JOM KE KARNIVAL YEAR-END-ZAKAT (YEZ) 2018 PADA 1 & 2 DISEMBER

Karnival YEAR-END-ZAKAT (YEZ) 2018 sedang berlangsung dari 1 & 2 Disember, 2018 di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kalau anda tak berkesempatan untuk datang pada hari ini, datanglah pada hari esok. Masuk adalah percuma dan seawal jam 9.00 pagi anda boleh datang ke sini.

karnival

Karnival Year-End-Zakat (YEZ) 2018, merupakan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan gabungan kerjasama Karnival Geng Masjid (KGM).  Hari ini juga telah diadakan majlis perasmian Karnival YEZ 2018 dan juga Pelancaran Bulan YEZ 2018, yang mana telah disempurnakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali,  serta turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff  bersama para penaja Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my

karnival

karnival

LUASKAN PROMOSI DAKWAH ZAKAT

Objektif Karnival Year-End-Zakat (YEZ) 2018, diadakan adalah bertujuan untuk meluaskan promosi dakwah zakat di sekitar Wilayah Persekutuan. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat, sekaligus meningkatkan kepada kutipan zakat.

karnival

Di samping itu, ianya dapat mendekatkan umum tentang kewajipan berzakat terutama zakat harga dan juga sebagai satu landasan kecemerlangan diri kita sebagai umat Islam kepada penghayatan agama dengan pelbagai aktiviti santapan rohani yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP.

karnival

 

Bagi anda yang masih belum menunaikan kewajipan berzakat, jangan sia-siakan kesempatan ini. Kaunter Zakat Bergerak dan Kaunter Baitulmal juga ada dibuka.

karnival

ADA BANYAK AKTIVITI MENARIK

Pelbagai aktiviti menarik bercirikan islamiah yang disediakan untuk orang dewasa serta kanak-kanak yang berkunjung ke Karnival Year-End-Zakat (YEZ) 2018. Terdapat 90 booth menarik yang boleh anda kunjungi di sini termasuklah booth jualan dari asnaf-asnaf. Selain itu, terdapat juga aktiviti memanah, pertandingan azan dan pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir.

karnival

Untuk anak-anak pula, diadakan pertandingan mewarna, Didi & Friends dan Maskot Omar dan Hana. Bagi menyerikan lagi karnival ini, ramai selebriti jemputan yang hadir, antaranya Raihan, Hijjaz,Ali XPDC, Shuk HotFM, Atu Zero Ustaz Wan Akasyah, Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, Heliza Helmi, Imam Asyraf, PU Amin dan PU  Idris.

karnival

Selain menyaksikan persembahan artis-artis hebat tanah air dalam konsert  YEZ jam 9.00 malam nanti para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama Cabutan bertuah bernilai RM2,50.00  dan 37 Cabutan Bertuah bernilai RM7,500.00.

karnival

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah yang ada pada semua aktiviti yang dianjurkan. Jadi, jangan lepaskan kesempatan terbaik ini.

karnival

SELAMAT BERZAKAT

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my

 

Talian zakat: 1300885757

 

 

 

 

(Visited 12,023 times, 1 visits today)