Rakan Kongsi Perniagaan? Beri Perhatian 4 Perkara Ini!

Memulakan perniagaan dengan memilih kawan baik sebagai rakan kongsi perniagaan memang jauh lebih mudah dan menyenangkan jika dibandingkan dengan orang yang baru kita kenali.

 rakan kongsi perniagaan

 

Bersandarkan keserasian di sebalik hubungan persahabatan yang terbina selama bertahun-tahun, ramai yang mengambil keputusan untuk memulakan bisnes sebagai rakan kongsi perniagaan.

 

Memahami karakter dan hati budi masing-masing juga menjadi modal awal untuk memperkukuhkan lagi semangat kerjasama tersebut. Namun, tidak semua bisnes yang dijalankan bersama kawan baik itu indah belaka.

 

Banyak rintangan dan dugaan yang terbentang di depan mata. Bahkan boleh mengancam ikatan persahabatan, hubungan terkandas dan berakhir sebagai musuh!

 

UNTUK BISNES PALING SELAMAT WAKTU GAWAT, KLIK SINI

 

 

Berikut beberapa tip dan juga  rahsia bisnes sukses apabila memilih kawan baik sebagai rakan kongsi perniagaan:

 

  1. Sentiasa Jujur

Kejujuran adalah landasan utama jika ingin menjalankan bisnes atau mengambil kawan baik sebagai rakan kongsi pernigaan.

 

Jangan sesekali melakukan sesuatu yang tidak jujur dalam bisnes yang dijalankan. Sekali sahaja anda melakukan ketidakjujuran itu terhadap kawan baik anda, maka selamanya anda akan sukar mendapat kepercayaan lagi daripadanya.

 

Kedua-dua belah pihak harus transparent terutama soal kewangan ataupun keuntungan syarikat. Semua itu akan memperkukuhkan lagi persahabatan serta rasa hormat dan saling percaya di antara kalian berdua.

 

Di samping itu juga, anda berdua harus bersiap sedia berkorban demi perniagaan yang dijalankan. Buat kesepakatan tentang pembahagian modal dan keuntungan. Setiap keuntungan perlu dibahagi dengan jujur dan adil supaya tidak menimbulkan sebarang pertikaian di kemudian hari.

 

 

  1. rakan kongsi perniagaanMengutamakan Komunikasi

Antara punca utama permasalahan dalam hubungan bisnes dengan kawan-kawan ini adalah berpangkal dari masalah komunikasi.

 

Ketika komunikasi tidak berjalan lancar, maka masalah akan mudah terjadi. Perspektif anda berdua mungkin berbeza dari  pelbagai sudut pandang. Jadi, komunikasilah yang menjadi kunci utamanya.

 

Jika ada sebarang masalah, jangan bertangguh untuk membincangkannya. Biasakan untuk berterus-terang secara jujur dan berusaha mencari jalan keluar bersama-sama demi bisnes yang sedang dibangunkan.

 

 

  1. rakan kongsi perniagaanBekerja Secara Profesional

Pastikan anda dan juga kawan karib bekerja secara professional, bezakan antara bekerja dan bermain.Sebagai rakan kongsi perniagaan, disiplin dan ketegasan perlu dimiliki oleh kedua belah pihak sesuai dengan kesepakatan perniagaan yang telah disusun sejak awal.

 

Masing-masing perlu faham dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing demi kelancaran bisnes yang sedang diusahakan. Jangan lupa, bisnes juga memerlukan give-and-take.

 

Meskipun sudah memikul tanggungjawab yang berbeza, bisnes tidak boleh dilakukan secara berasingan dan tetap perlu membantu di antara satu sama lain.

 

Dengan cara ini, segala bentuk perselisihan faham atau apa sahaja yang boleh menghancurkan bisnes tersebut dapat dihindari.

 

 

  1. rakan kongsi perniagaanSaling Mengingati Tujuan Utama

Salah satu faktor yang menyebabkan sebuah perniagaan itu gagal adalah disebabkan ketidakfokusan si pemiliknya.

 

Penyebabnya boleh jadi disebabkan ingin cuba-mencuba atau tergoda untuk menjalankan bisnes lain yang kelihatan lebih menguntungkan. Jadi, jika anda memiliki perasaan itu, cuba ingat kembali tujuan dan impian anda untuk membangunkan suatu perniagaan bersama-sama dengan kawan karib.

 

Apa yang pasti, memutuskan untuk berbisnes bersama kawan karib sebagai rakan kongsi perniagaan  mempunyai keunikkan dan cabaran yang tersendiri. Apa sahaja yang dilakukan memerlukan pertimbangan yang matang.

 

Semoga artikel ini bermanfaat dan menjadikan anda semakin bijak dan professional dalam merintis kejayaan bisnes sebagai rakan kongsi perniagaan bersama kawan karib yang anda sayangi.

LIKE & SHARE MAMANET