Jus carrot dengan 6 Kebaikan Luar Biasa

jus carrotTENTU ramai yang suka menikmati jus carrot. Tak kiralah tanpa gula ataupun susu. Jus carrot atau jus lobak merah  merupakan salah satu jus yang banyak khasiat untuk kesihatan tubuh kita.


Jus carrot kaya dengan vitamin dan mineral yang bagus kita ambil pada setiap hari agar tubuh jadi lebih sihat dan segar. Vitamin A adalah penting bagi pertumbuhan tisu dalam badan. Malahan, vitamin A yang terdapat pada carrot sangat penting dalam penjagaan kulit.
Di samping itu, kandungan glucosinolates  dalam carrot ini dapat membantu mencegah kanser serta mengurangkan efek daripada kanser. Glucosinolates adalah bahan kimia semulajadi yang mampu bertindak sebagai agen yang kuat dalam menghilangkan sel-sel tumor serta membantu mengurangkan pertumbuhan sel ganas tersebut.

 

Kebaikan luas biasa jus carrotjus carrot

Mereka yang rajin makan carrot dikatakan kurang berisiko terkena kanser terutama kanser payudara.
Berikut beberapa kebaikan luas biasa jus carrot yang patut diketahui:
1. Mengawal Gula Dalam Darah

Selain rasanya yang segar dan nikmat, minum jus ini setiap hari juga bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah di tubuh kita. Kandungan karotenoid yang tinggi inilah yang berperanan aktif untuk mengawal keseimbangan kadar gula di dalam tubuh kita.

 

2. Menyihatkan Kulit

Jus carrot juga kaya dengan antioksida semulajadi yang berfungsi untuk melambatkan proses penuaan semulajadi, serta mengandungi vitamin A dan C bagi melindungi kulit daripada masalah iritasi, noda hitam sehingga kulit kelihatan lebih bersinar dan sihat.

 

3. Memperkuatkan Sistem Ketahanan Tubuh

Jika minum jus carrot pada setiap hari, ia berguna untuk memperkuatkan sistem ketahanan tubuh. Tambahan pula jus ini kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan serta nutrisi yang berguna untuk melindungi sistem ketahanan tubuh, sehingga tubuh akan jadi lebih sihat dan jauh dari sebarang penyakit.
4. Menyihatkan Sistem Penghadaman

Minum jus ini setiap hari juga dapat membantu sistem penghadaman kita  agar menjadi lebih sihat. Lagipun, jus carrot ini mengandungi serat larut yang sangat bagus dihadamkan oleh sistem penghadaman kita.

 

5. Meningkatkan Penglihatan

Disebabkan carrot ini kaya dengan vitamin A, ia sangat berkhasiat untuk meningkatkan penglihatan mata kita. Jika anda memiliki masalah pada indera penglihatan, ia adalah pilihan terbaik.
6. Mencegah Bau Badan

Jus corrat dapat membantu dalam menyingkirkan bau badan yang kurang menyenangkan. Ternyata jus ini betul-betul baik untuk kesihatan terutama untuk mengindari bau badan.

(Visited 494 times, 2 visits today)

Leave a Reply