KEBAIKAN KHASIAT SEMULAJADI NESTUM BROWN RICE UNTUK ANDA

Nestlé (Malaysia) Berhad telah memperkenalkan produk NESTUM Brown Rice. Edisi Istimewa, minuman bijirin panas yang mengandungi khasiat semulajadi untuk anda.

 

Dengan 54% lebih bijirin dan 26% kurang gula*, NESTUM Brown Rice adalah minuman yang enak dan mengenyangkan serta membantu anda memulakan amalan makan secara sihat. Ini adalah produk terbaru Nestlé Malaysia yang diiktiraf dengan logo ‘Healthier Choice Logo, (HCL).’NESTUM Brown Rice

Sarapan Berkhasiat

Minuman bijirin panas NESTUM Brown Rice adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang sentiasa sibuk tetapi inginkan sarapan yang seimbang dan berkhasiat, terutama sekali apabila dicampurkan dengan buah-buahan segar. Sarapan yang seimbang adalah faktor penting untuk mengekalkan berat badan sihat, mengurangkan risiko penyakit kronik dan memberikan kecerdasan mental yang positif.

 NESTUM Brown Rice

Kekal Bertenaga Lebih Lama

Bagi mereka yang sentiasa dalam keadaan sibuk, NESTUM Brown Ricejuga boleh dihidangkan sebagai minuman berkhasiat yang cepat dan mudah disediakan dan membuatkan mereka kekal bertenaga lebih lama.

 

“NESTUM Brown Ricemengandungi semua kebaikan beras perang dan bijirin penuh dalam campuran sedia minum yang mudah. Tidak hairanlah jika ia bakal menjadi pilihan pertama golongan profesional di Malaysia yang sentiasa mencari pilihan sarapan serta minuman bijirin snek yang mengenyangkan dan berkhasiat, serta mudah untuk diminum terutama sekali di kala situasi sibuk di mana-mana sahaja,” kata Nurul Iliani binti Ahmad, Pengurus Kategori Nutrisi Nestlé.

 

Minuman NESTUM® Brown Ricememudahkan golongan dewasa memilih makanan sihat yang penting untuk kualiti kehidupan optimum, dan ia selari dengan komitmen Nestlé untuk sentiasa memberikan produk yang lebih sihat dan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia. Minuman berkhasiat yang sesuai untuk semua situasi ini diiktirafkan dengan logo ‘Pilihan Lebih Sihat’-inisiatif pelabelan pek makanan dan minuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendidik para pengguna membuat pilihan makanan yang lebih sihat.

 

 

“NESTUM Brown Rice kaya dengan zat multi-bijirin seperti beras perang, gandum penuh, jagung dan beras. Ia menepati keperluan pengambilan harian bijirin penuh setiap sajian, selari dengan Garis Panduan Diet Malaysia. Bijirin penuh adalah penting dalam pemakanan harian kita kerana ia kaya dengan vitamin B, E dan mineral, serta serabut makanan yang boleh mengurangkan risiko obesiti dan diabetes,” tambah Nurul Iliani lagi.

 

NESTUM Brown Riceboleh didapati di kedai-kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia pada harga RM11.20 setiap pek di Semenanjung Malaysia dan RM11.80 setiap pek di Sabah dan Sarawak.

 

Untuk maklumat lebih lanjut, layarihttps://www.facebook.com/NestumMalaysiaatauwww.nestum.com.my

 

(Visited 3,468 times, 1 visits today)