ALOESHAFY JENAMA PRODUK EKSTRAK ALOE VERA TERUNGGUL

PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJ Manufacturing), anak syarikat milikan penuh PIJ Holdings Sdn Bhd telah melancarkan ekstrak Aloe Vera di bawah jenama ALOESHAFY. Menjadikannya syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan ekstrak Aloe Vera ke pasaran tempatan dan luar negara.

aloe vera

Sebuah lagi anak syarikat Kumpulan PIJ Holdings, PPA Bio Sdn Bhd, telah mengkomersialkan penanaman secara organik Aloe Vera Barbadensis Miller, yang merupakan spesies Aloe Vera terbaik dunia di ladang berstatus MyOrganic seluas 120 ekar yang terletak Bio Desaru iaitu Lembah Makanan Organik Bersepadu Johor.

aloe vera

Operasi kilang dan pemasaran ekstrak Aloe Vera dengan kapasiti pengeluaran optimum sebanyak lapan tan sebulan terletak di POIC, Halal Park, Pasir Gudang, Johor.

aloe vera

Sebagai syarikat yang pertama dan peneraju dalam pengeluaran ekstrak Aloe Vera di Malaysia, PIJ Manufacturing berkelebihan mengawal seluruh rantaian bekalan industri, dari penanaman ke penuaian, mengekstrak dan memproses ekstrak Aloe Vera sehingga mengedarkan komoditi tersebut ke pasaran.

 

Tawar Peluang Kerjasama Dengan Dropshipper

Kaedah pemasaran produk ALOESHAFY adalah melalui pelantikan agen dropshipper tanpa perlu menyimpan stok atau menghantar produk kepada pelanggan. Ia bertujuan menarik mereka yang baru memulakan perniagaan, usahawan kecil dan beroperasi dari rumah agar menggunakan secara aktif platform media sosial yang kini terbukti lebih cepat, mudah dan kos efektif di dalam menarik pelanggan. PIJ Manufacturing juga menyediakan pelan insentif menarik kepada agen dropshippers dengan harga produk yang berpatutan tanpa kompromi kepada kualiti.

aloe vera

 

Semasa pelancaran produk ALOESHAFY di Shah Alam baru-baru ini, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn Bhd, Puan Sharifah Suziana Syed Ali, memaklumkan kapasiti pengeluaran di ladang sedia ada mampu mengeluarkan 10 tan daun Aloe Vera segar sebulan bersamaan dengan 120 tan setahun.

aloe vera

Kapasiti pengeluaran ini akan terus meningkat apabila keseluruhan kawasan tanaman ditingkatkan sekali ganda dalam tempoh dua tahun akan datang. Dari segi pengeluaran ekstrak Aloe Vera pula, PIJ Manufacturing menjangka mengeluarkan tiga tan ekstrak Aloe Vera sebulan dan bakal meningkat sekali ganda dalam tempoh dua tahun.

aloe vera

Beliau menambah, “PIJ Manufacturing komited dan memberikan jaminan kepada semua pelanggan bahawa produk kami mempunyai kualiti yang terbaik, harga berpatutan dan mempunyai perkhidmatan yang boleh diharapkan. Polisi keselamatan makanan dan kualiti produk merupakan keutamaan kami. Produk kami memenuhi akreditasi yang sepatutnya untuk industri ini, seperti ISO 22000:2005; HACCP; GMP dan yang paling penting HALAL.”

aloe vera

“Di samping membekalkan ekstrak Aloe Vera, PIJ Manufacturing turut menawarkan perkhidmatan OEM (perniagaan mengeluar-cipta dan pengilangan produk) kepada mana-mana pengilang atau usahawan yang mahu mengeluarkan produk premiumnya sendiri berasaskan Aloe Vera sama ada untuk industri berskala kecil mahupun besar.

aloe vera

Ini sejajar dengan wawasan korporat syarikat yang berhasrat melatih bakal usahawan muda yang baru berkecimpung dalam dunia bisnes ke pasaran yang lebih kompetitif. Pendekatan ini memberi peluang kepada para usahawan untuk bersama-sama mengambil peluang dan potensi daripada produk ALOESHAFY,” tambah beliau.

aloe vera

Sejak berdekad lamanya, Aloe Vera telah digunakan secara efektif dalam perubatan tradisional, produk kesihatan dan suplemen diet, produk penjagaan diri dan kosmetik, farmasuetikal serta dijadikan makanan dan minuman.

Facebook : Aloeshafy

BACA: KETAHUI 5 KHASIAT POKOK LIDAH BUAYA