7 KEBAIKAN VASELINE PETROLEUM JELLY YANG MEMANG KITA PATUT AMBIL TAHU

JIKA ADA PENGEMAR VASELINE SUDAH PASTI TAHU KEBAIKAN VASELINE YANG CUKUP BANYAK. PRODUK INI SANGAT EFEKTIF UNTUK MENGATASI KULIT KERING KERING.

 

Vaseline mengandungi petroleum jelly, minyak mineral dan lilin. Fungsinya bukan sahaja menjaga kelembapan kulit sehingga mempercepatkan proses pemulihan semulajadi kulit.

 

Bagimanapun, kesannya bersifat sementara sama seperti produk penjagaan yang lain. Oleh itu, anda perlulah memakainya berulang-ulang antara 4-5 kali sehari untuk mendapat kesan yang maksimum. Waktu yang paling penting ialah sebelum tidur kerana waktu itulah sel-sel baru akan tumbuh.

 

Misalnya jika anda menyapu vaseline pada bibir, kesannya akan hilang selepas anda makan atau membasuh muka. Jadi, biasakan diri untuk mengoles vaseline pada bibir anda selepas anda basuh muka atau makan.

kebaikan vaseline

BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN VASELINE PETROLEUM JELLY YANG WAJAR KITA KETAHUI:

 

  1. MELEMBABKAN KULIT KERING YANG PARAH

Vaseline mampu melembabkan kulit kering yang parah. Jika kita mengalami masalah kulit yang terlalu kering ataupun nampak seperti bersisik, sebaiknya selepas mandi, sapukan Vaseline secukupnya  secara merata pada bahagian kulit yang selalu nampak kering itu.

 

Vaseline berufngsi melembabkan kulit dengan membentuk lapisan minyak yang menghalang terjadinya proses pengewapan air pada permukaan kulit sebagai faktor utama penyebab kulit kering.

kebaikan vaseline

  1. MENGHALUSKAN DAN MENGHILANGKAN KEDUTAN DI MUKA

Pemakaian Vaseline dapat melembabkan kulit muka serta dapat menghindari jerawat tumbuh.

 

Pemakaian Vaseline tidak akan menyumbuatkan liang pori-pori muka, bahkan membuatkan kulit muka menjadi lebih halus dan bersinar.

 

Disebabkan Vaseline melembabkan kulit,secara tak langsung ia dapat mencegah kedutan ataupun garis-garis halus di muka.

 

Vaseline juga mempunyai sifat anti penuaan dan mampu melembutkan kulit kering yang berkedut. Sebaiknya gunakan Vaseline sebagai pelembab kulit terutama pada malam hari sebelum tidur.

kebaikan vaseline

  1. MENGUATKAN AKAR RAMBUT

Pemakaian Vaseline secara teratur mampu menguatkan akar rambut serta melembabkan kulit kepala.

Sapukan sedikit Vaseline pada kulit kepala dan akar rambut dengan cara mengurut perlahan-ahan. Sebaiknya pakai Vaseline waktu rambut dalam keadaan kering (tidak basah atau lembab).

Rambut kita akan lebih sihat dan bersinar. Kebaikan Vaseline petroleum jelly ini juga sangat sesuai untuk kita yang menghadapi masalah kelemumur termasuk gatal kulit kepala serta rambut bercabang.

 

Untuk rambut bercabang atau pecah-pecah, ambil Vaseline dan sapukan hanya di hujung rambut tersebut.

kebaikan vaseline

 

 

TEMPAH VASELINE ANDA DI SINI

 

 

  1. KEHARUMAN BAU MINYAK WANGI TAHAN LEBIH LAMA

Kita boleh menggunakan Vaseline untuk menjaga keharuman minyak wangi kita sampai berjam-jam.

 

Caranya cukup mudah, kita hanya perlu menyapu Vaseline secukupnya pada tempat yang akan kita sembur dengan minyak wangi tersebut. Misalnya di tengkuk, belakang siku, belakang pergelangan tangan ataupun di belakang telinga.

 

Hasilnya cukup mengagumkan, keharuman bau minyak wangi kita itu akan kekal lebih lebih lama.

kebaikan vaseline

  1. MERAWAT BIBIR YANG PECAH-PECAH

Jika kita mengalami masalah bibir pecah, menggelupas ataupun bibir hitam, sapukan Vaseline secara merata pada kawasan bibir yang bermasalah.

 

Selain itu, Vaseline boleh juga digunakan sebagai skrub bibir. Kita hanya perlu mencampurkan sedikit Vaseline dengan garam pink, gaul sebati kemudian sapukan pada bibir secara perlahan-lahan, sehingga kulit matinya mengelupas.

 

Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, lakukannya secara rutin tiga kali seminggu. Insya-Allah bibir kita akan kembali lembab dan anjal.

kebaikan vaseline

  1. MELEMBUTKAN TELAPAK KAKI

Sapukan Vaseline  di telapak kaki sebelum tidur. Setelah itu pakai stoking, dan telapak kaki kita akan menjadi lebih lembab dan lembut pada keesokan harinya.

kebaikan vaseline

  1. BULU MATA LEBIH LENTIK DAN PANJANG

Ingin memiliki bulu mata yang lebih lentik? Jangan tunggu lagi, manfaatkan kebaikan Vaseline ini untuk melentikkan bulu mata kita.

 

Caranya pun sangat mudah, sapukan sedikit Vaseline petroleum jelly ini pada bulu mata secara horizontal, dari akar bulu mata sampailah ke hujungnya.

 

Buatlah teknik ini sebelum tidur dan biarkan semalaman. Hasilnya perlahan, jadi kita perlu bersabar dan merawatnya pada setiap hari secara rutin.

 

Rugi jika anda tidak mengambil kesempatan terhadap kelebihan vaseline ini kerana harganya sangat murah dan anda tidak perlu membeli produk mahal untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Modal anda hanyalah RAJIN mengamalkannya.

kebaikan vaseline

BONUS: Bawalah Vaseline bila anda mengerjakan umrah/haji atau melancong ke negara kering dan sejuk. Sentiasa sapu pada muka, tangan dan kaki untuk mengelakkan kerengsaan kulit akibat perubahan cuaca.