ENFAGROW A+ DENGAN MFGM UNTUK KECERDASAN EMOSI KANAK-KANAK

KAJIAN TERBARU MENDAPATI 96% IBU-IBU DI MALAYSIA MENYATAKAN BAHAWA KECERDASAN INTELEK (IQ) SAHAJA TIDAK MEMADAI UNTUK BERJAYA. SEBALIKNYA KECERDASAN EMOSI (EQ) ADALAH SUBJEK PALING PENTING.

 

Walaupun kecemerlangan akademik akan sentiasa menjadi keutamaan, ibu-ibu di Malaysia menekankan bahawa aspek-aspek kecerdasan emosi (EQ) seperti keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, keupayaan untuk empati, kemahiran bersosial dan berkomunikasi dengan baik adalah sama penting dengan penguasaan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

 

Dianggarkan lebih daripada separuh kanak-kanak yang bersekolah hari ini dijangka akan bekerja dalam bidang pekerjaan yang masih belum wujud, justeru keupayaan untuk menyesuaikan diri merupakan kemahiran yang teras.

 

“Malaysia sedang menuju ke perkembangan fasa baru. Memandangkan dunia menjadi semakin kompetitif, ibu bapa sentiasa mencari jalan agar anak-anak mereka mempunyai permulaan yang terbaik. Sebagai ibu bapa, kami memahami keadaan ini sepenuhnya,” kata Martin Wever, Naib Pengerusi & Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia.

 

Tambahnya lagi, “Sebab itulah kami ingin memainkan peranan dalam membantu memastikan kanak-kanak bersedia untuk masa depan dengan memperkenalkan Enfagrow A+ baharu yang ditambah baik dengan MFGM Complex serta 40% lebih DHA bagi membantu membekalkan asas nutrisi untuk kanak-kanak di Malaysia”

 

kecerdasan emosi

SUSU FORMULA DENGAN GLOBUL LEMAK SUSU

Mead Johnson Nutrition Malaysia merupakan syarikat pertama di negara ini yang melancarkan DHA dalam susu formula Enfagrow A+ lebih dari sedekad yang lalu, dan kini meneruskan keunggulannya sebagai syarikat yang pertama melancarkan susu formula rumusan untuk kanak-kanak dengan Membran Globul Lemak Susu/Milk Fat Globule Membrane (MFGM) – salah satu penemuan saintifik terbaru dalam bidang nutrisi pemakanan kanak-kanak.

 

Kemajuan saintifik dan pembaharuan teknologi telah berjaya membantu dalam inovasi nutrient untuk nutrisi yang lebih seimbang, diberikan bersama dengan stimulasi membantu dalam perkembangan minda dan emosi. Penambahan MFGM Complex dalam susu formula rumusan untuk kanak-kanak merupakan penemuan terbaru dalam bidang pemakanan kanak-kanak yang diterajui oleh Mead Johnson Nutrition.

 

MFGM merupakan komponen yang terdiri daripada molekul-molekul bioaktif yang berfaedah, termasuklah kompleks lipid berpolar yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan membentuk imuniti2.

 

Maksudnya, ia berperanan untuk “menyelaputi” sel-sel saraf otak (menggalakkan myelinasi & penghantaran sinaps3,4), membantu menjadikannya lebih stabil dan menghantar maklumat dengan lebih pantas.

kecerdasan emosi

KANAK-KANAK LEBIH MAMPU MENGAWAL EMOSI BILA MINUM SUSU DENGAN MFDM 

 

Satu kajian mendapati kanak-kanak yang mengambil susu yang diperkaya dengan MFGM menunjukkan peningkatan skor yang ketara dari segi pengawalan emosi berbanding dengan kanak-kanak yang mengambil rumusan sama tanpa MFGM.

 

Otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda pada dua tahun pertama, dan mencapai sehingga 90% saiz dewasa pada lima tahun pertama, menunjukkan betapa pentingnya nutrisi dan stimulasi yang baik pada peringkat yang kritikal ini.

 

Pada masa inilah, otak berkembang dengan pesat, membina asas bagi perkembangan kognitif dan emosi yang akan berterusan sehingga dewasa. Justeru, pembekalan nutrisi dan stimulasi pada peringkat yang kritikal ini adalah penting untuk memastikan kecerdasan emosi dan perkembangan minda yang baik dan seimbang.

 

Kajian juga mendapati MFGM bergabung dengan DHA untuk membantu menyokong perkembangan kognitif dan emosi.

kecerdasan emosi

 

“Kepercayaan yang berterusan daripada ibu-ibu terhadap Enfagrow A+ adalah inspirasi kepada dedikasi kami dalam pembaharuan dan kajian di Mead Johnson Nutrition. Kami komited untuk membekalkan nutrisi terbaik kepada kanak-kanak di seluruh dunia demi memberi permulaan hidup yang terbaik,” kata Monchan Pruekvimolphan, Pengarah Pemasaran Mead Johnson Nutrition Malaysia.

 

Tambahnya lagi, “Dengan pelancaran produk Enfagrow A+ dengan MFGM Complex dan 40% lebih DHA▪, kami berharap untuk memberi sokongan nutrisi terbaik untuk membantu mencapai potensi kanak-kanak dan menyediakan permulaan yang baik untuk bersiap-sedia untuk masa hadapan.”

 

Tiada siapa yang dapat meramal tentang masa depan, namun untuk menyediakan permulaan yang baik untuk masa hadapan, adalah  penting untuk kanak-kanak mendapatkan nutrisi bersama stimulasi yang baik untuk membantu merangsang perkembangan minda dan emosi mereka bagi menghadapi cabaran yang akan datang.

 

Enfagrow A+ baharu dengan MFGM Complex & 40% lebih DHA▪ dirumus secara saintifik untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas, kini boleh didapati di semua pasar raya utama di seluruh negara.

 

Untuk maklumat lanjut, layari  ENFAGROW

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Facebook