Hot Stuff! Wanita Tetap Punya Keinginan Seksual Yang Tinggi!

TIDAK dinafikan faktor usia turut mempengaruhi prestasi seks wanita. Biasanya wanita yang mencecah usia 20 tahun mempunyai keinginan seksual yang sangat memuncak! Tetapi kenyataan itu mungkin silap sebab wanita 30-an dan 40-an pula lebih matang dan pantang dicabar!

 

Sepertimana yang telah dikutip daripada sumber Womenhealthmag, terdapat perbezaan keinginan seksual berusia 20,30 dan 40 tahun.

Berikut ini perbezaan keinginan seksual wanita berumur 20-an, 30-an dan 40-an tahun:

 

  1. Wanita Berumur 20-an
keinginan seksual wanita

Kredit: theswexperts

Pada usia yang sebegini, kebanyakan wanita mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi dalam kehidupan seksualnya.

 

Mereka dikatakan berasa amat yakin mampu menyaingi stamina pasangannya di katil! Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan mampu membuatkan pasangannya pasrah ketika berasmara.

 

Selain itu, pada usia begini juga pasangan yang baru berkahwin juga akan selalu mencuba pelbagai variasi berasmara  bagi mendapatkan kepuasan bersama yang luar biasa.

 

  1. Wanita Berumur 30-an

Ketika mencecah usia 30-an, sebahagian besar wanita menemui keselesaan seksual bersama pasangannya. Apa yang ada dalam diri masaing-masing, kedua-duanya lebih cenderung bersikap terbuka dan saling menerima kelebihan dan kekurangan diri.

 

Pada usia begini juga, kebanyakan wanita tidak suka mempersoalkan perbezaan fizikal termasuklah stamina pasangannya yang mula menurun. Aktiviti seksual dilakukan adalah untuk menjaga keharmonian hubungan dan kesihatan tubuh badan.

 

  1. Wanita Berumur 40-an

Mencecah umur 40-an, keinginan seksual wanita sering dianggap telah menurun. Bagaimanapun, perkara ini banyak dipengaruhi oleh aktiviti harian mereka. Aktiviti harian yang mungkin sibuk membuatkan ramai wanita ‘keletihan’ untuk melakukan hubungan seksual dengan pasangannya.

 

Bukan itu sahaja, wanita berumur 40-an dikatakan mengalami penurunan ghairah seksualnya disebabkan faktor biologi  seperti menopaus. Hakikatnya ia mungkin hanya metos kerana wanita pada umur begini tetap mempunyai keinginan seksual yang memuncak, seperti di usia muda (Melainkan jika dia sememangnya kurang ghairah sejak dari usia 20-an lagi).

 

Sebenarnya keinginan seksual wanita dipengaruhi oleh banyak faktor. Selain keadaan fizikal dan pertambahan usia, ia turut dipengaruhi oleh emosional, pengalaman, keyakinan diri, gaya hidup serta hubungan sosial yang sedang dijalinkan.

 

Jika anda dan pasangan berada pada usia ini, jangan bimbang terhadap kemungkinan terjadinya penurunan kuantiti hubungan seksual. Anda suami isteri masih boleh menikmati keintiman hebat jika kedua-duanya sama-sama mengingininya.

 

#Hot Stuff 1: Biarpun hanya sekali seminggu atau sekali sebulan, yang penting ialah kualiti dan kepuasan yang maksimum.

#Hot Stuff 2: Cuba bertindak dan berfikiran ‘nakal’ untuk undang ghairah pasangan setiap hari. Gaya bercakap, gaya memandang, menyentuh, pakaian dan apa-apa sahaja ‘kod rahsia’ yang anda berdua tahu. Biarkan ia berlangsung selama beberapa hari hingga pasangan anda sudah tidak mampu menahan panahan asmara dan meledak pada hari ke-10!!!

Selamat berasmara – serius hal ini bukan ‘kerja sambil lewa’. Buat lelaki, anda hanya boleh nikmati keinginan seksual wanita jika anda sendiri sentiasa ‘seksi’ di depannya.

 

LIKE MAMANET DI FACEBOOK