JOM CARI PAHALA DUNIA, KEJAR SAHAM AKHIRAT!

Pilihan hidup sentiasa di tangan kita. Bergantung kepada kebijaksaan dan kekuatan iman kita dalam memilih jalan hidup di dunia ini. Mahu mengejar kenikmatan duniawi sahaja atau mahu seiring mengejar saham  akhirat!

Ada yang kata, jika kita memilih tujuan hidup untuk akhirat, insyaAllah kita akan memperoleh kebahagian di akhirat dan di dunia. Sebaliknya jika memilih duniawi, maka kita hanya akan memperoleh sebahagian kenikmatan dunia dan saham kita di akhirat nanti bagaikan tin kosong, yang tidak memberikan apa-apa makna.

Proses mengeluarkan zakat adalah asas kesempurnaan dan ketakwaan kita sebagai seorang muslim dalam melaksanakan kewajipan menunaikan salah satu daripada rukun Islam kelima. Membayar zakat wajib dilakukan jika telah cukup syarat-syaratnya.

saham akhirat

Kaunter Di Buka Sepanjang Disember

Justeru itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah membuat pelbagai inisiatif bagi menggalakkan umat Islam membayar zakat mereka sebelum tahun 2018 berakhir.Antaranya sejak 1 Disember lalu, PPZ-MAIWP telah membuka 11 kaunter.

Semua cawangan Zakat PPZ-MAIWP dibuka setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad serta cuti umum bagi memudahkan pembayaran zakat dibuat sepanjang bulan terahir 2018 ini. Jadi,

terpulanglah kepada empunya diri untuk bertindak. Kalau nak ikutkan, memang dah tak ada alasan lagi. Kalau rasa susah nak menjengah ke lokasi kaunter PPZ-MAIWP berdekatan, boleh jer bayar zakat secara online. Susah nak singgah, hari bekerja, hari Sabtu dan Ahad pun buka.Jadi, tak perlulah nak cipta pelbagai alasan lagi!

Ada 11 Lokasi Kaunter PPZ-MAIWP

Anda yang ingin menunaikan zakat, seperti zakat pendapatan, perniagaan, saham, wang simpanan, KWSP bolehlah mengunjungi 11 lokasi kaunter PPZ-MAIWP berhampiran.

Anda boleh ke Dataran Shamelin, Plaza Rah Kg Baru, Masjid Negara, KLSC Wangsa Maju, Presint 9 Putrajaya, Presint 15 Diplomatik Putrajaya, Masjid Al-Imam Al Ghazali Kepong, Anjung Niaga Masjid At-Taqwa TTDI,Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong, UTC KL Pudu Sentral atau Labuan Times Square. Kesemua kaunter ini dibuka setiap hari, jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

saham akhirat

Kredit Foto; Sinar Harian

Kelebihan Bayar Di kaunter PPZ-MAIWP

Untuk menghargai anda yang telah membuat pembayaran di kaunter PPZ-MAIWP, anda  akan menerima pelbagai cenderahati khas seperti produk asnaf dan kalendar 2019. Di samping itu turut berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti pilihan di kaunter PPZ-MAIWP. Antaranya:

  • Ustaz Haslin Baharim di kaunter Dataran Shemelin pada13 Disember 2018
  • Norman Hakim di KLSC Wangsa Maju pada 18 Disember 2018
  • Ustaz Elyas Ismail Persint 9, Putrajaya pada 22, Disember, 2018

Masa: Bermula jam 12.30 tengahari hingga 1.00 petang

Rebut Peluang

Jadi, tunggu apa lagi. Pilihlah cara yang anda rasa paling mudah untuk menunaikan kewajipan berzakat itu. Marilah kita sama-sama

mengutamakan saham di akhirat. Insyaallah kita akan mendapatkan kebahagian hidup di dunia dan juga akhirat nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my

Talian zakat: 1300885757

(Visited 14,659 times, 1 visits today)