KEJOHANAN FUTSAL: GILIRAN KUALA LUMPUR  DILANDA ADIDAS TANGO LEAGUE

Selepas menjelajah beberapa negara di seluruh dunia, kini Adidas Tango League berada di Kuala Lumpur. Kejohanan Futsal ini bakal diadakan di Makespace, Quill City Mall bermula pada 19 Mac 2017.

Tango League bukanlah seperti kejohanan futsal biasa tetapi ia adalah satu platform untuk pemain muda berbakat merasai sendiri suasana seakan-akan pemain professional yang beraksi di dalam stadium. Sudah tentu ini adalah satu pengalaman tidak ternilai buat pemain yang akan menyertai liga ini.

Tango League memberikan peluang kepada pemain amatur menyerlahkan bakat mereka dengan memperagakan aksi seolah-olah idola terkenal.

Sama seperti edisi kejohanan futsal yang berlangsung di Bangkok, Paris, London dan Berlin, liga ini bukan sahaja untuk mengeratkan masyarakat setempat, Malahan ia juga memberi fokus dalam mewujudkan generasi baru yang menggunakan media sosial untuk pengaruh jenama sama seperti medium lain.kejohanan futsal

 BACA: KEBAIKAN BERSENAM SELEPAS USIA MENINGKAT

LIKE & SHARE MAMANET

KEJOHANAN FUTSAL TANGO LEAGUE MENYERLAHKAN BAKAT MUDA

Melalui liga hebat anjuran adidas ini, pemain bola sepak yang berumur antara 16-25 tahun berpeluang untuk menyerlahkan bakat mereka, memperagakan skil bola sepak, meningkatkan pengikut dalam media sosial dan sudah tentulah memenangi hadiah lumayan yang disediakan adidas.

Dengan minimum pendaftaran tujuh pemain untuk setiap pasukan, empat pemain daripada setiap pasukan akan bersaing berdepan lawan masing-masing dalam masa 10 minit permainan. Satu kumpulan pula terdiri daripada empat pasukan–Kumpulan 1 dan Kumpulan 2- dengan dua pasukan teratas akan mara ke peringkat separuh akhir.

RM5,000 hadiah wang tunai akan diberikan kepada pasukan yang dinobatkan sebagai juara manakala naib juara pula akan menerima RM3,000.

kejohanan futsal

Selepas selesai setiap perlawanan, Pemain Terbaik Perlawanan (PTP) atau Pemain Paling Bernilai (PPB) akan dipilih oleh tiga pemain profesional tajaan adidas yang sedang beraksi dalam Liga Super Malaysia.

Pemain yang paling banyak dipilih sebagai PTP/PPB akan digelar sebagai Tango Pro dan bakal pulang bersama Adidas boot deal.

Selain Tango League, para pengunjung juga berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti lain yang disediakan seperti perlawanan game FIFA 2017 Playstation 4, Tango Pro Mini Drill (cabaran satu lawan satu, rembat target, cabaran freestyle) serta aktiviti di booth Tango Pro Live Instagram. Pelbagai pilihan makanan juga akan dijual di lokasi pertandingan pada hari tersebut.

Antara pasukan hebat yang sudah mengesahkan penyertaan di kejohanan futsal Adidas Tango League  ketika ini adalah Hang FC, Tot United, Red Galacticos, dan One United.