TARGET PRO BY WATSONS: MERAWAT KULIT AGAR KEKAL AWET MUDA DAN SIHAT

Petanda awal kesan penuaan kulit wajah boleh dilihat pada usia 21 tahun. Cara mencegah penuaan awal perlu dilakukan dengan segera agar kulit lebih awet muda dan sihat!

 

Siapa yang tidak risau kalau kulitnya kelihatan lebih tua berbanding usia. Malah lebih membimbangkan apabila ada yang meneka usia kita jauh lebih tua berbanding umur sebenar. Jadi, sudah pastilah kita tidak mahu hal itu berlaku.

 

Kulit menjadi tua disebabkan pelbagai faktor, antaranya gaya hidup seseorang dan diet hingga kepada tabiat penjagaan kulit.

 

Paling penting, wajah kita sentiasa sihat dan segar tanpa ada cela atau kusam hingga orang menyangka yang kita sedang hidup dalam tekanan atau stress.

 

Mengatasi penuaan awal pada wajah, baik lelaki mahupun kaum wanita boleh dilakukan dengan merawat kulit wajah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

 

Apatah lagi di zaman moden ini terdapat banyak cara untuk memperlambatkan proses penuaan sehingga nampak lebih awet muda dengan mencari produk penjagaan kulit yang ultra lembut dan dengan berkesan membersihkan kulit tanpa merosakkannya.

awet muda

Target Pro By Watsons: Menggunakan Teknologi Jepun

Rangkaian penjagaan kulit Target Pro by Watsons Essential Range ini mampu merawat dan mempertahankan penampilan awet muda anda.

 

Diamond Sirt dan Ceramide adalah bahan utama yang digunakan dalam produk yang berasal dari Jepun ini. Diamond Sirt bertindak sebagai pelindung DNA penting yang menghalang kerosakan sel kulit dan memperlambatkan proses degenerasi sel kulit. Ini bermakna kulit wajah  anda  akan menjadi lebih muda untuk tempoh yang lebih lama.

 

Ceramide adalah ramuan pelembab penting yang terdapat secara semulajadi di kulit. Ia dapat  memberikan kelembapan berpanjangan sehingga mampu melindungi kulit daripada kekeringan dan kerengsaan luaran. Secara tak langsung kulit menjadi sentiasa lembap dan sihat.

 

Pro Target by Watsons Essentials Range adalah penyelesaian yang sempurna bagi mereka yang ingin meningkatkan sistem pertahanan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

 

Target Pro by Watsons ini menawarkan produk seperti gel pembersih, toner, pelembap harian dan juga krim malam

 

Laman web: Watson

Facebook:  WatsonsMalaysia

 

BACA: SOLUSI MUKA CANTIK BILA BANGUN TIDUR, BACA 5 TIP BERGUNA INI