KEMBARA SELERA BUFET RAMADAN MEMIKAT JIWA DI LAMAN KAYANGAN

Bulan Ramadan adalah  bulan keberkatan yang sering dinanti-nantikan oleh umat Islam. Bahkan lebih istimewa bila ada pelbagai hidangan enak untuk dinikmat sewaktu iftar. Seperti tahun-tahun sebelumnya  team Mamanet telah dijemput oleh Segi Seri Sdn Bhd untuk hadir ke majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan mereka. 

Majlis yang diadakan di  Laman Kayangan, Shah Alam bertujuan untuk mempromosikan juadah istimewa dan lazat sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.  Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Segi Seri Sdn Bhd,  Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul.

ramadan

88 Menu Lazat Dihidangkan di Bufet Ramadan

Terdapat lebih kurang 88 menu yang akan disediakan  di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.  Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan antara ‘signature dish’  yang bakal  menjadi tarikan utama pengunjung  yang datang berbuka puasaa di Laman Kayangan nanti.

ramadan

Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.

ramadan

Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar.

Untuk  pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Puan Nor Iliana (Nana) di talian 019-3117443 / 03-5542 4200

 ramadan

Harga Bufet Ramadan 2018

 

Sah digunakan bermula 19 Mei 2018 – 29 Mei 2018

Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)

RM50 Dewasa

RM35 Kanak-kanak dan warga emas

 

Harga Normal

RM65 Dewasa

RM35 Kanak-kanak / warga emas

 

Pakej Famili (rujuk flyers yg diberikan)

Beli 5 dewasa , PERCUMA 2 kanak-kanak / warga emas

Beli 9 dewasa, PERCUMA 1 dewasa

 

Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)

Beli 50 meja

PERCUMA

*500 cenderahati istimewa

*5 Hamper

*PA System & Projector

 

Beli 10 meja

PERCUMA

*1 meja

*100 cenderahati istimewa