NIKMATI 18% PULANGAN TUNAI SEMPENA KEMPEN HARI GAJI SHOPEE

Tentu ramai yang dah tak sabar menanti Kempen Hari Gaji Shopee, pada 26 hingga 28 februari ini. Ada banyak tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi.

 

Ini merupakan satu inisiatif Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan untuk mendorong tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji dengan harga yang lebih murah.

 

Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat. Malah, bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

hari gaji

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, pada tahun lepas, mereka mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan.

 

Melihatkan reaksi positif para pengguna itulah yang mendorong mereka untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia  berjimat-cermat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah berlangsung.

 

Aktiviti membeli-belah tersebut lebih mendapat sambutan pada waktu makan tengah hari (12.00 hingga 1 tengahari) dan selepas makan malam (jam 8.00 hingga 9.00 malam).

 

Pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

 

Jualan Pra-Kempen Sebelum Hari Gaji

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.

hari gaji

Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.

 

Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia.

hari gaji

Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

 

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.

 

Di samping itu, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh www.shopee.com.my atau muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

 

BACA: SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA, SHOPEE TAWAR HADIAH BERNILAI RM1JUTA