AYAM BRAND™ RAIKAN ULANG TAHUN KE-125 DENGAN KEMPEN INOVASI PERLUMBAAN-KE-ANGKASA

Ayam Brand™ sedang menggapai bintang seiring dengan sambutan ulang tahun ke-125 jenama ini dengan pelancaran kempen inovasi Perlumbaan-Ke-Angkasa (Racing-To-Space).  

 

Kempen inovasi yang julung kali diadakan ini akan mengetengahkan produk-produk utamanya dalam konteks usaha-usaha kemampanan serantau yang sedang dijalankannya ketika ini.

 

Jenama isi rumah yang tersohor dengan barisan meluas produk-produk bertin yang sihat dan memudahkan; bebas pengawet dan tiada tambahan MSG ini sedang mendefinasikan semula makna kemampanan; hayat panjang; kesedaran alam sekitar dan komitmennya kepada masyarakat.

 

Tema bagi sambutan ulang tahun ke-125  Kami Prihatin, Kami Keluarga (We Care, We Are Family) amat jelas apabila jenama ini berkongsi video altitud tinggi yang dirakamkan di Kahang, Johor di Malaysia. Video-video berkenaan diambil dari ketinggian 29,000 meter dari aras laut membolehkan permandangan menakjubkan kawasan serantau yang meliputi Malaysia, Singapura dan Indonesia dirakamkan.

inovasi

Inovasi Perlumbaan-Ke-Angkasa Dengan 4 Produk Ayam Brand

Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand melibatkan empat belon altitud tinggi dengan rig khas dilepaskan bersama empat produk terkemuka Ayam Brand iaitu Sardin Dalam Sos Tomato; Tuna Cili; Kacang Panggang dan Santan.

 

Tujuan perlumbaan ini ialah untuk mengetahui yang mana antara produk-produk klasik Ayam Brand akan berjaya sampai ke altitud tertinggi terlebih dahulu dan dalam masa sama memberikan jutaan pengguna Ayam Brand pemandangan udara rantau ini yang menakjubkan.

 

Bagi memastikan video-video berkenaan dapat dirakam dalam suhu beku dan tekanan rendah terlampau persekitran altitud tinggi, Ayam Brand turut mereka bentuk bekas kameranya sendiri.

 

Satu tayangan khas video Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini telah diadakan di Pawagam GSC Premiere Class di Gardens Mall untuk pihak media menikmati kesan layar besar Perlumbaan-Ke-Angkasa  Ayam Brand Race-to-Space diikuti dengan tayangan sebuah filem pecah panggung.

 

Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand  ini akan dilangsungkan bermula 20 November hingga 1 Disember 2017 dan peserta yang berminat boleh mendaftar di pautan http://www.ayambrand.com.my/racing-to-space untuk menyertainya. Para peserta dikehendaki menonton dua video pendek daripada belon-belon berkenaan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang mana satu antara kedua-dua belon itu yang sampai dahulu ke ketinggian 12,000 meter; yang mana satu terbang paling tinggi; satu soalan mengenai Ayam Brand dan mengarang satu slogan untuk jenama berkenaan sebagai penentu kemenangan.

inovasi

Pertandingan Serentak Di 8 Negara

Pertandingan ini akan diadakan serentak di Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Australia, China, Jepun dan Perancis. Untuk Malaysia, sejumlah 1,000 hadiah Ayam Brand dan 5 gogel VR ditawarkan sebagai hadiah yang mana jumlah keseluruhan hadiah-hadiah ini adalah RM53,000!  Para pemenang bertuah yang memenangi gogel VR berkenaan akan dapar menyaksikan rakaman Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand dalam paparan 360 darjah untuk pengalaman yang mengujakan.

 

Menurut Pengarah Pemasaran Kumpulan Ayam Brand, Herve Simon, kempen Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini diilhamkan meraikn rantau-rantau yang menyumbang kepada hayat panjang Ayam Brand serta untuk mendapatkan satu rekod visual rantau ini dari aras tinggi bagi mereka yang tidakpernah menaiki kapal terbang dan juga generasi masa hadapan badi menggalakkan kesedaran mengenai alam sekitar.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Denise Westerhout, Pemimpin Program Pasaran Mampan WWF-Malaysia WWF yang memuji perlaksanaan strategi kesedaran alam sekitar Ayam Brand.

 

Baru-baru ini, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai pendahulu dalam Kad Markah Pembeli Minyak Sawit WWF– Malaysia dan Singapura 2017 di atas penggunaan minyak sawit mampan yang disahkan. Jenama ini bertukar kepada penggunaan minyak sawit mampan pada 2010 dan menjadi salah satu daripada sejumlah kecil syarikat tempatan yang membuat komitmen ini.

 

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyertai Pertandingan Inovasi Racing-to-space Ayam Brand.

 

Untuk menyertai pertandingan RACE TO SPACE

Laman web Ayambrand.com.my

Facebook: AyamBrand.Recipes

BACA: 3 RESEPI TERKINI CILI TUNA AYAM BRAND