60 HADIAH BERNILAI LEBIH RM16 RIBU MENANTI ANDA!

Anda pasti terkejut, kenapa bayar zakat dapat hadiah? Bukanlah hadiah yang hendak dikejar dalam kita melaksanakan kewajipan berzakat tapi dalam 3 bulan ini ada sedikit kelainan kerana SeriGroup Global Sdn. Bhd. berbesar hati menaja hadiah sebagai menghargai para pembayar zakat.

Jadi, apa tunggu lagi? Hanya klik link ini www.zakat.com.my/kempen dan klik butang “BAYAR ZAKAT ANDA” dalam link tersebut untuk membuat pembayaran zakat. Ketahui syarat-syarat penyertaan anda di sana.

Bayar zakat dapat hadiah?
Selama 3 bulan (Ogos, September & Oktober 2018) bayaran zakat melalui portal kami anda berpeluang memenangi hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd.

bayar zakat

Terima kasih kepada penaja hadiah bagi kempen Jom Berzakat@zakat.com.my iaitu SeriGroup Global Sdn Bhd. Para pemenang hadiah bulanan akan diumumkan pada setiap bulan berikutnya dan majlis penyampaian hadiah akan dilangsungkan pada Karnival Zakat yang diadakan nanti pada 01 Disember 2018 nanti.

bayar zakat

Sempena dengan kempen Jom Berzakat@zakat.com.my ini, satu majlis pelancaran telah diadakan siang tadi di ibu pejabat PPZ-MAIWP Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Turut serta ialah Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan En. Mohammed Hassan, Pengurus Besar Kanan Operasi PPZ-MAIWP.

bayar zakat

Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

Antara objektif lain kempen ini adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, syarikat yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan media sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portall PPZ-MAIWP.

Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta. Umat Islam diseru menunaikan zakat sebanyak 2.5% daripada harta atau pendapatan mereka untuk membantu asnaf.

SELAMAT BERZAKAT
BERZAKAT MEMBAWA BERKAT

Talian zakat: ☎️1300885757

 

#bayarsekarang

#jomberzakat

#ppzmaiwp

#ppzwilayah