KEMPEN KHAS POTONGAN GAJI ZAKAT SKIM THOHIR AKAN BERAKHIR PADA 31 OKTOBER!

Pada Julai 2018 yang lalu, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat iaitu melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018). Acara pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Kini kempen yang berlangsung selama 4 bulan iaitu mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018, telah pun hampir ke garisan penamat. Bagaimanapun, peluang pada saat-saat akhir ini tidak harus dilepaskan. Anda mungkin akan menjadi pemenang bertuah sempena kempen ini.

Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji. Melalui skim Thohir ini, kakitangan sewasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa. Bahkan dengan cara ini, kutipan zakat akan meningkatkan dan sekali gus membantu meninggakan ekonomi lebih ramai asnaf.

kempen khas

Hadiah Percutian Menarik Sempena Kempen Khas Skim Thohir

Bagi menggalakkan lagi penglibatan orang ramai terhadap kempen ini, 10 hadiah percutian bernilai RM28,000 turut ditawarkan kepada pembayar zakat melalui Skim Thohir yang bertuah.  Hadiah percutian ini telah ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd.  Para pemenang bakal diumumkan pada Karnival Zakat pada bulan Disember nanti.

kempen khas

 

Senarai hadiah yang menanti:

Pemenang utama Pakej Umrah bagi 2 orang

Pemenang kedua : Percutian ke Beijing 6H5M

Pemenang ketiga : Percutian ke Bangkok 5H4M

Pemenang keempat – kelima : Percutian ke Jakarta 3H2M

Pemenang keenam – ketujuh : Percutian ke Pekan Baru 3H2M

Pemenang kelapan – kesepuluh : Percutian ke Medan 3H2M

 

PPZ-MAIWP telah menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini. Selain itu, penerangan mengenai fungsi utama PPZ-MAIWP sebagai agensi yang dilantik untuk mengutip zakat di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP.  Jadi, jangan ketinggalan! Rebut peluang anda! Jom berzakat sekarang dan menangi hadiah sempena kempen khas ini!

Syarat-syarat penyertaan kempen:

Baru pertama kali membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:

-11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP

-Portal PPZ-MAIWP www.zakat.com.my

-Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

-Majikan di syarikat atau organisasi

-Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 1 JULAI – 31 OKTOBER 2018

Cara untuk menyertai peraduan ini:

1. Permohonan pembayaran zakat secara online: www.zakat2u.com.my/bayar-zakat

2. Pembayaran di Kaunter-kaunter PPZ

3. Hantar borang yg lengkap kepada majikan anda dan emailkan ke skimthohir@zakat.com.my

Jadi, usah berlengah lagi. Rebut peluang anda. Sertai kempen khas membayar zakat melalui Skim Thohir hari ini juga dan anda berpeluang untuk menangi pakej umrah atau percutian menarik!