KEMPEN MAKAN THAI, LAWAT THAILAND 2019 DI MR TUK TUK

Pelancaran kempen “Makan Thai, Lawat Thailand 2019”, menandakan permulaan kolaborasi antara Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (TAT) bersama restoran-restoran di negara ini.

Ini selari dengan kempen “Membuka Lembaran Baharu” dalam Amazing Thailand, yang menumpukan kepada lima sektor utama pelancongan bagi membantu pelancong-pelancong antarabangsa merasai pengalaman mengenai negara itu daripada perspektif baharu. Sektor tersebut termasuk Gastronomi, Seni dan Kraf, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan Gaya Hidup Thai.

makan thai

(Dari Kiri) Mrs & Mr Ken Leong, Ms Jacquelynn Leong (dari Mr Tuk Tuk) dan Mr Ahman & Ms Sirinthara (dari TAT).

Kolaborasi Antara TAT Dan 8 Cawangan Mr Tuk Tuk

Kempen “Makan Thai, Lawat Thailand 2019” yang bermula dari 20 Mac hingga 30 April ini, adalah kolaborasi antara  TAT dan kesemua lapan cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia. Restoran tersebut akan memperkenalkan beberapa sajian  makanan dan minuman baharu sempena kempen.

makan thai

Makanan jalanan Thailand sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Mr Tuk Tuk mengalu-alukan pengunjungnya dengan makanan halal Thai yang sedap dan berkualiti. Setiap sajian telah terbukti keenakkannya dan rasa yang autentik, dan sememangnya terdapat banyak restoran halal seumpama itu di Thailand.

makan thai

Hidangan terbaru di Mr Tuk Tuk

Sepanjang kempen tersebut juga, pengunjung restoran yang membelanjakan lebih RM50 dalam satu resit di mana-mana lapan cawangan Mr Tuk Tuk akan berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang disediakan, antaranya lawatan PERCUMA ke Bangkok untuk dua orang termasuk penginapan hotel tiga hari dua malam, lima bagasi, 10 beg tangan dan empat baucer makan di Mr Tuk Tuk.

makan thai

Garis Panduan MICHELIN

Pengarah TAT, Kuala Lumpur, Encik Ahman Mad-Adam, berkata, “Makanan Thai bukan sekadar satu sajian, sebaliknya ia adalah satu keterujaan yang seumur hidup. Ia umpama kisah cinta yang telah berakar umbi dalam budaya negara itu dan paling penting, di dalam keluarga.

Kami percaya ia sama juga di Malaysia yang masyarakatnya sangat suka makan dan makanan menyatukan rakyat. Ramai pelancong Malaysia yang melawat Thailand dengan tujuan untuk merasai makanan Thai.

makan thai

Boon Rawd Field atau Singha Park, Chiang Rai

“Tahun ini kami mempunyai Garis Panduan MICHELIN edisi terbaharu 2019 yang menjangkau hingga ke Phuket dan Phang-nga. Ini membuktikan bahawa Thailand mempunyai kepelbagaian makanan yang begitu luas untuk setiap orang daripada restoran bertaraf MICHELIN, makanan jalanan, makanan Halal hingga ke restoran mewah (fine dining) dan banyak lagi.

“Kami menerima 4 juta pelawat dari Malaysia pada 2018, iaitu merupakan jumlah tertinggi dalam rekod TAT-KL. Kami berterima kasih terhadap semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Pada 2019 ini, kami akan terus bekerja keras untuk mempromosikan Thailand melalui apa juga cara dan berharap mampu menjangkau kumpulan audien yang lebih luas, sebagai contoh pelancong-pelancong muda atau generasi milinium, pencinta makanan,
pelancong-pelancong mewah, pencinta kesihatan, pencinta sukan, pasangan bulan madu, dan sebagainya.”

Ken Leong dari Mr Tuk Tuk berkata, “Saya berasa bangga dipilih sebagai rakan kolaborasi bagi mempromosikan pelancongan Thailand. Kesemua lapan cawangan kami akan menyertai kempen ini, iaitu di Setia City Mall, Gamuda Walk, The Gardens, The Starling Mall, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Empire City dan Nu Sentral. Untuk kempen ini, kami akan memperkenalkan lima sajian makanan dan jenama minuman baharu.”

#amazingthailand
#eatthaivisitthailand

(Visited 7,699 times, 1 visits today)