KEMPEN PUMA MALAYSIA ‘RUN THE STREETS’ UNTUK MEREKA YANG MAHU BERBEZA DAN BEBAS

Puma Malaysia melancarkan kempen ‘Run the Streets’ khas buat mereka yang sentiasa ingin mengikut naluri mereka dalam mengejar kehidupan.

Bersempena dengan kelahiran IGNITE Limitless, siluet pakaian jalanan baru dan bergaya yang dipandankan dengan  kemampuan prestasi, PUMA Malaysia telah menyenaraikan lima personaliti Malaysia yang mempunyai latar belakang dan bakat yang berbeza .

Edisi Malaysia didorong dengan motivasi untuk menjuarai semangat kempen  ‘Run the Streets’ – percaya untuk bermula, berpegang teguh kepada diri dan sentiasa bergerak ke depan tidak kira apa pun yang berlaku.

Sesuai dengan konsep ini, lima personaliti tersebut telah dipiih untuk mengangkat semangat ‘Run the Streets’ berdasarkan bidang masing-masing. Mereka terdiri daripada penyanyi rap Aman Ra, penari Bboy Khenobu,  penari Orange,  jurufoto Wee Loong, dan artis grafiti Kenji. Duta tempatan ini akan menerajui  kempen tersebut menerusi beberapa siri imej dan video.

YouTube: please specify correct url

WAJAH-WAJAH KEMPEN  ‘RUN THE STREETS’ PUMA MALAYSIA

AMAN RA, Penyanyi Rap

Sesetengah orang hidup untuk seni, sesetengah orang mati untuk seni. Aman Ra sentiasa cenderung kepada seni.  Katanya, beliau tidak memilih bentuk seni, bentuk seni yang memilihnya. Dia sentiasa pantas macam lipas kudung.

“Apabila saya di atas pentas, tujuan saya adalah untuk melihat semangat membara penonton. Saya dilahirkan untuk melakukan ini dan saya akan mati untuknya.”

Industri muzik mengenali beliau sebagai MVP dan orang jalanan kenal dia sebagai  Budak Flat.

puma malaysia

KHENOBU, Penari

“Saya menari kerana saya melihat orang lain tersenyum apabila mereka menonton saya. Ia mendorong saya untuk terus melakukan apa yang saya suka. Orang terpaku dan melihat anda. Ia memberi inspirasi kepada mereka, dan itulah yang saya mahu lakukan.”

Khenobu tentunya memberi inspirasi kepada orang lain agar tampil berbeza dan mengejar impian mereka. “Nyalakan impian anda tanpa takut untuk mencuba. Sama ada anda berseorangan atau berkumpulan , orang akan terpaku dan melihat anda. Mengapa tidak beri mereka satu persembahan yang tak dapat dilupakan?”

puma malaysia

ORANGE, Penari

Seperti penari lain, bukan mudah bagi Orange untuk meneruskan tarian sebagai kerjaya.

“Kita semua mempunyai kenangan bagaimana ibu bapa memberitahu kita bahawa  tarian tidak ada masa depan. Seperti kebanyakan penari, saya memburu impian saya tak kira apa pun yang berlaku.”

Tarian adalah satu perkara yang amat dia minati. Dia menyertai kelab tarian dan apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan tarian. Dia dapat meluahkan dirinya melalui tarian.

“Saya bebas. Saya tiada batasan dan sayalah orang yang paling gembira yang pernah saya rasakan kerana setiap hari saya bangun, saya dapat lakukan perkara yang saya paling suka.  Menari”.

puma malaysia

WEE LOONG, Jurufoto

Dia terkenal dengan fotografi berani mati dan lamaran perkahwinan yang viral. Wee Leong merakamkan detik-detik sejarah tatkala hidup dan masa sentiasa bergerak, berubah, tetapi gambar dapat merakamkan waktu – saat yang takkan berubah dalam sejarah. Wee Loong mendokumenkan kehidupan seharian, dia pergi ke mana sahaja tanpa batasan. Dia mula melakukan apa yang ingin dia lakukan kerana hidup adalah lebih daripada rutin – cabar diri anda dan bawa diri anda ke tahap yang baru.  Jangan penah takut dan tiada batasan dalam apa sahaja yang anda lakukan. Wee Loong sedang dalam proses mencipta sejarah sendiri, dalam perjalanan ke destinasi seterusnya untuk melengkapkan tugasnya.

YouTube: please specify correct url

 KENJI CHAI, Pelukis Grafiti

Dilahirkan sebagai  Chai Vui Yung, Kenji mula bekerja sebagai pereka grafik sebelum menceburi grafiti. Sewaktu bekerja, dia merasakan bahawa terdapat terlalu banyak peratura dan sekatan serta dia tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan apa yang dia mahu. Dia memutuskan untuk meninggalkan kerja 9-5 dan sebalikya memilih grafiti. Apabila dia berada di luar sana dengan lukisan jalanan, fikirannya bebas. Dia membuat garis peraturannya sendiri.

“Kita tidak perlu mengubah persepsi orang terhadap seni. Kami berada di sini untuk menyatakan apa yang kita perlukan untuk meluahkan dan orang menerimanya. Saya hanya perlu seorang untuk menerima saya dan itu sudah cukup bagi saya untuk terus melakukan apa yang saya suka.”

puma malaysia

Kepada mereka yang mahu tampil berbeza dan memberikan kelainan, kempen Puma Malaysia ‘Run the Streets’ ini mampu memberikan anda inspirasi.