PPZ-MAIWP ANJUR KEMPEN YEZ 2017 – PERMUDAHKAN URUSAN MEMBAYAR ZAKAT

Tahun 2017 bakal berakhir tidak lama lagi. Jadi, bagi yang layak untuk membayar zakat, jangan bertangguh-tangguh lagi. Ini adalah kerana hukum membayar zakat adalah wajib jika sudah cukup syaratnya dan perlu dilaksanakan dengan sempurna.

 

Justeru itu, PPZ-MAIWP sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) ini dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat berzakat sebelum 2017 melabuhkan tirainya.

membayar zakat

Kempen Yez 2017 – Membayar Zakat Selama Sebulan!

Kempen Yez 2017 ini diadakan selama sebulan, bermula pada bermula 1 Disember 2017 lalu sehingga 31 Disember 2017. Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017,  termasuk cuti umum. 11 kaunter tersebut mula beroperasi bermula jam 8.15 pagi  sehinga 4.45 petang.

 

Manakala pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 nanti, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam. Jadi, janganlah kita terus terleka atau alpa akan kewajipan berzakat pada tahun ini.

 membayar zakat

 Banyak Keistimewaan Menanti Pembayar

Pelbagai keistimewaan yang bakal diperoleh oleh para pembayar zakat yang turut serta dalam Kempen Yez 2017. Antaranya pemberian cenderahati  khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP  iaitu CD  MAU’ IZATI  oleh  Ustaz   Ahmad  Dusuki  Abd  Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam turut akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP.

 

Di samping itu turut diadakan cabutan hadiah bertuah untuk para pembayar zakat yang telah melunaskan zakatnya di kaunter PPZ-MAIWP. Satu cabutan bertuah akan diadakan pada  setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.

 

Maskot Omar Dan Hana Pun Ada

Turut ditampilkan, maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk  memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017.

membayar zakat

Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula,  anda boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan turut berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.

 

Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

Facebook: Pusat Pungutan Zakat

 

BACA: SKIM THOHIR PERMUDAHKAN BAYARAN ZAKAT