VITAGEN A-MAZE-ING CHALLENGE 2017 & KEPENTINGAN SISTEM PENGHADAMAN

Pemegang gelaran minuman Susu Kultur No. 1 Malaysia, VITAGEN Malaysia yang sedang menyambut ulang tahunnya yang ke-40 dalam penjagaan kesihatan dan kepentingan sistem penghadaman, menjemput semua rakyat Malaysia untuk mengunjungi roadshow seluruh negaranya, VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017, yang diadakan di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 14 September sehingga 17 September 2017.

 

Sebagai jenama yang sudah pun sinonim dengan penjagaan sistem penghadaman, VITAGEN bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan sistem penghadaman dan peranannya dalam meningkatkan imuniti, emosi dan kepekaan mental.

 

“Sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberi kami sokongon yang berterusan, kami ingin menyebarkan mesej mengenai dan kesihatan kepentingan sistem penghadaman ini kepada sebanyak mungkin keluarga di luar sana melalui Roadshow VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017 ini. Kami rasa sangat bersyukur atas keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama VITAGEN dan manfaatnya sepanjang tempoh empat dekad ini,” kata Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN.

 

Pengunjung ke roadshow yang bakal diadakan ini boleh ‘belajar sambil berhibur’ menerusi pelbagai aktiviti pendidikan dan interaktif yang direka khas untuk menekankan tiga manfaat utama kesihatan penghadaman – sistem imun yang lebih kuat, kepekaan mental yang lebih tinggi dan emosi yang positif.

 

Cabaran “Maze” (laluan selirat) dalam bentuk botol VITAGEN yang telah terbukti menjadi tarikan utama roadshow pertama yang diadakan di Putrajaya akan dibawa ke roadshow yang bakal diadakan di Pulau Pinang untuk memaparkan bagaimana kita boleh meningkatkan kesihatan dan kepentingan sistem penghadaman menerusi VITAGEN.

sistem penghadaman

Imuniti Kita Bermula Daripada Sistem Penghadaman

Setiap botol VITAGEN dihasilkan melalui proses penapaian susu skim dan berbilion-bilion kultur hidup dan aktif yang telah dirumuskan untuk melalui saluran gastrousus sambil membantu mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan jahat untuk penghadaman yang lebih baik dan sistem imun yang lebih kuat. Oleh sebab 70% daripada sistem imun kita terletak di dalam sistem penghadaman, kita mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menentang penyakit melalui sistem imun yang lebih kuat dengan bantuan penghadaman yang lebih sihat.

kepentingan sistem penghadaman

Kesihatan dan Kepentingan Sistem Penghadaman Mempengaruhi Kepekaan Mental

Pelbagai kajian yang dijalankan mendapati bahawa ekosistem bakteria kompleks yang didapati di dalam badan dan usus kita mengawal perasaan dan minda kita melalui hubungan sistem penghadaman dengan otak (gut-brain connection). VITAGEN membantu memastikan ekosistem bakteria dalam sistem penghadaman kita seimbang, justeru meningkatkan kepekaan mental.

kepentingan sistem penghadaman

Sistem Penghadaman Kita Mempengaruhi Emosi

Sistem penghadaman kita menempatkan dan menghasilkan kebanyakan bahan kimia yang diperlukan oleh badan untuk mengawal emosi kita. Malah, hampir 95% daripada serotonin, iaitu bahan kimia yang mencetus ‘perasaan gembira’ kita, dihasilkan oleh sistem penghadaman.

 

Probiotik yang dikandungi oleh VITAGEN membantu bahan-bahan kimia ini untuk memberikan isyarat kepada sistem saraf pusat dan mempengaruhi emosi kita secara langsung. Kehadiran baketria yang baik mempunyai hubungan positif dengan emosi kita.

 

Berikutan kejayaan roadshow di Putrajaya baru-baru ini, Poh mengulas, “Roadshow kami di seluruh negara menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh sistem penghadaman kita dan hubungannya terhadap kesejahteraan kita secara keseluruhan. Dengan mengamalkan penjagaan sistem penghadaman yang sepatutnya, kami dapat mencapai potensi kita yang sepenuhnya dan pelbagai masalah kesihatan boleh diredakan.”

kepentingan sistem penghadaman

 

VITAGEN – Asli, Kurang Gula dan Kolagen

Semua perisa VITAGEN mengandungi berbilion-bilion kultur hidup dan aktif ‘Lactobacillus acidophilus’ dan ‘Lactobacillus casei’ untuk penghadaman lebih baik dan sistem imun yang lebih kuat. VITAGEN Asli diperbuat daripada susu berkhasiat dan jus buah sebenar tanpa pengawet untuk perisa buah lazat yang digemari semua.

 

VITAGEN Kurang Gula mempunyai kandungan gula lebih rendah, dan dirumus khas untuk mereka yang mahu mengurangkan pengambilan gula tetapi masih ingin menikmati pelbagai manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh jenama ini. VITAGEN Kurang Gula baru-baru ini telah dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan. VITAGEN Kolagen diperbuat daripada ramuan berkhasiat dengan kultur hidup dan aktif yang sama, tetapi ditambah peptida kolagen kehidupan laut dan prebiotik untuk kulit yang berseri dan kelihatan muda.

 

Dapatkan butiran terperinci di roadshow seluruh negara VITAGEN.  Untuk maklumat lanjut mengenai roadshow atau acara-acara yang bakal diadakan, sila layari www.vitagen.com.my.

 

BACA 4 SOLUSI SOROK LEMAK DI PINGGANG, PERUT DAN PAHA