Kerja Dari Rumah – 5 Perkara Wajib Buat!

Kerja dari rumah memang menyeronokkan. Apatah lagi dengan suasana ruang kerja atau working mom space yang selesa akan membantu anda tetap fokus jika anda melakukan kerja dari rumah.

 

 

kerja dari rumah

 

Walaupun kedengaran seronok atau enjoy bekerja dari rumah kerana bebas dari segala macam peraturan ketat seperti bekerja di pejabat, namun cabarannya tetap ada.

 

Ada beberapa perkara yang perlu dititikberat atau diberikan perhatian ketika memilih untuk bekerja dari rumah.

 

Mudah-mudahan artikel yang Mamanet kongsikan ini bermanfaat dan dapat memotivasikan anda supaya lebih bersemangat dalam bekerja walaupun kerja dari rumah!

 

CARA TANGANI STRES LEPAS BERHENTI, KLIK SINI

 

Berikut beberapa perkara penting yang wajib diberikan perhatian bila buat kerja dari rumah:

 

 

  1. kerja dari rumahSuasana Ruang Kerja

Keadaan serta ruang kerja yang selesa dapat membantu anda supaya tetap fokus.Ruang kerja yang berselerak tentunya akan membuatkan anda cepat bosan dan mungkin juga hilang idea dan semangat untuk buat kerja dari rumah.

 

Bagi mendapatkan ruang kerja yang lebih selesa, ada baiknya jika dipisahkan ruang kerja dengan ruang tamu. Berikan sentuhan deko yang menarik, tenang serta pencahayaan yang mencukupi.

 

Selain itu, pastikan peralatan untuk bekerja juga tersedia. Anda perlu menentukan jenis peralatan yang perlu ada serta sesuai dengan jenis kerja yang dibuat dari rumah.

 

 

 

  1. kerja dari rumahSusun Jadual Kerja

Buat kerja dari rumah biarpun nampak santai, tetapi tetap perlu mempunyai jadual kerja harian.

 

Pastikan anda menyusunnya dengan baik dan mematuhinya demi kelancaran segala kerja yang perlu anda selesaikan itu.

 

 

  1. kerja dari rumahDisiplin Diri

Disiplin sangat penting jika buat kerja dari rumah. Ramai yang menganggap perkara ini remeh dan berfikir boleh menyiapkan segala kerja mengikut sesuka hati sendiri.

 

Sebaiknya elakkan dari melakukan perkara tersebut. Walaupun sekadar  bekerja dari rumah, anda tetap juga perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan professionalism tinggi meskipun tanpa pengawasan dari pihak atasan.

 

 

  1. kerja dari rumahHasil Kerja Terbaik

Biarpun secara langsung tidak ada siapa yang mengawasi atau mengatur jadual kerja anda, tetaplah tunjukkan potensi atau hasil kerja yang baik terdapat syarikat yang telah mengajikan anda.

 

Jika anda memerah keringat sendiri, berilah hasil yang memuaskan  supaya pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja anda itu.

 

 

  1. kerja dari rumahKena Jaga Kesihatan

Terlalu leka buat bekerja dari rumah, tanpa mengira masa adakalanya membuatkan orang lupa untuk menjaga kesihatan mereka sendiri.

 

Jadi, jangan abaikan kesihatan badan walaupun seronok sangat buat kerja dari rumah. Ketika badan terasa penat, segeralah beristirahat, dan sambunglah kerja tersebut setelah badan terasa segar.

 

Semoga artikel mengenai kerja dari rumah ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang atau akan memulakan kerja dari rumah.

 

LIKE & SHARE MAMANET