5 KESALAHAN BESAR BILA KITA PAKAI LIPSTIK

Kuasa lipstik sangat luar biasa. Mana-mana wanita yang pakai lipstik pasti akan nampak lain penampilannya. Lipstik bukan sahaja mampu merubah penampilan, bahkan memanipuasikan wajah wanita yang nampak pucat menjadi lebih berseri dan segar!

 

Lipstik adalah salah satu produk kecantikan yang wajib dimiliki hampir semua wanita. Namun, ramai di antara kita yang  masih salah dalam mengaplikasikan lipstik.

 

Berikut Ada Beberapa Cara Untuk Mengatasi Beberapa Kesalahan Pakai Lipstik Sehingga Membuatkan Bibir Rosak:

 

  1. Tidak Pakai Pelembab Bibir

Ramai di antara kita yang tidak melembabkan bibir terlebih dahulu sebelum memakai lipstik.

 

Untuk memiliki bibir yang nampak segar, selain memperbanyakkan minum air masalah, selalu mengaplikasi pelembab atau primer terlebih dahulu.

pakai lipstik

  1. Membiarkan Bibir Pecah-Pecah Atau Meggelupas

Mengaplikasikan lipstik pada bibir yang kering ataupun pecah-pecah boleh membuatkan bibir kering kita semakin parah.

 

Rawat bibir dengan menggunakan berus gigi untuk melakukan skrub gula yang dicampur dengan madu secara rutin.

  1. Rawat Lipstik

Adakalanya lipstik senang patah disebabkan tidak dijaga dengan betul. Manfaatkan kertas ‘blotting’ untuk menjaga lipstik supaya terus berada dalam keadaan yang baik.

 

Selain itu, kita boleh juga calit degan sediki bedak untuk mencegah lipstik daripada mencair dan membuatkan lipstik glossy menjadi sedikit matte.

pakai lipstik

 

 

  1. Salah Pilih Jenis Lipstik

Masih ramai di antara kita yang tidak menggunakan jenis lipstik yang sesuai dengan keadaan bibir sendiri. Misalnya, bibir kita jenis kering tapi kita masih menggunakan lipstik cair jenis matte.

 

Selain itu, terlalu banyak memakai lipstik juga boleh membuatkan bibir menjadi kering. Ia akan menjadi bertambah parah jika kita mengaplikasikan lipstik dengan formula glossy kerana akan membuatkan bibir menjadi nampak berminyak.

pakai lipstik

  1. Pakai Lipstik Sudah Luput Tarikh

Mungkin ramai di antara kita yang masih belum tahu bahawa alat mekap yang dipakai walaupun masih belum habis sebaiknya diganti 6 bulan sekali.

 

Bahaya akan timbul jika kita memakai alat mekap atau produk kecantikan yang sudah tamat tempohnya. Pemakaian lipstik yang sudah tamat tempoh pasti akan membuatkan bibir kita menjadi lebih kering, pecah-pecah atau menggelupas.

pakai lipstik

 

Demikianlah 5 tip pemakaian lisptik yang betul untuk anda mendapatkan bibir yang cantik dan pada masa yang sama sihat.

 

BACA 7 TIP PILIHAN TERBAIK WARNA LIPSTIK UNTUK WANITA BERTUDUNG