CHILL CHILL TAMPIL MERAH JAMBU BAGI WUJUDKAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA

Sebagai sokongan terhadap bulan kesedaran kanser payudara, Chill Chill, jenama Malaysia inspirasi Thai, akan berganding bahu dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) untuk mencegah kanser ini.

 

Untuk mempromosikan kesedaran kesihatan payudara dan mendidik wanita tentang pentingnya pemeriksaan diri dan pengesanan awal kanser payudara Mobile Unit Reaching Nationwide with Information (Murni) milik BCWA  akan memberikan pemeriksaan payudara klinikal secara percuma. Klinik bergerak ini akan ditempatkan di Sunway Pyramid pada 8 Oktober 2017 dan Nu Sentral pada 22 Oktober 2017 dari 11 pagi hingga 11 malam.

kesedaran kanser payudara

Setiap RM1 Daripada Jualan Disumbangkan Bagi Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Bagi menyokong lagi perkara mulia ini, sepanjang bulan Oktober, RM1 daripada penjualan setiap minuman Nom Yen, minuman berasaskan susu dengan perasa ros yang wangi, akan disumbangkan kepada BCWA.

 

Mainkan peranan anda dalam menyokong BCWA dengan membeli minuman Nom Yen di mana-mana outlet Chill Chill. Selain itu, dengan penggunaan setiap hashtag #pinktobermy pada media sosial, RM0.50 akan disumbangkan kepada BCWA, dengan sasaran sebanyak RM10,000 dapat dikumpulkan untuk tujuan tersebut.

 

“Tanpa orang lain kita tidak akan jadi seperti hati ini. Maka kami komited untuk memberi balik kepada masyarakat. Kami ingin memainkan peranan dalam memerangi kanser payudara dan bekerjasama dengan BCWA dalam inisiatif mulia ini,” kata Tony Lim, Pengasas Utara 5 F&B Sdn. Bhd.

kesedaran kanser payudara

Kerjasama ini akan diperluaskan kepada 4 lokasi lagi pada November tahun ini. Oleh itu, jangan gunakan peluang ini hanya untuk mendapatkan pemeriksaan untuk diri sendiri dan orang yang disayangi, tetapi yang penting mendidik diri sendiri tentang kanser payudara dan sedar apa yang diperlukan.

Jom sertai kesedaran kanser payudara ini dan sebarkan kepada rakan-rakan serta saudara mara untuk turut sama menyokong program ‘Pink’ ChillChilll sepanjang bulan Oktober ini. Bahkan semangat perjuangan ini perlu diteruskan sampai bila-bila.

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook ChillChillah atau Instagram chillchill

 

BACA NIKMATI RASA TEH THAI SEBENAR DI CHILLCHILL