KETAHUI 5 KEBAIKAN BERCINTA YANG BUKAN SEKADAR PUASKAN NAFSU SAJA!

SEKS, ‘MAKE LOVE’, ASMARA, SENGGAMA, HUBUNGAN KELAMIN ADALAH ANTARA ISTILAH MENGENAI HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTERI. IA BOLEH JUGA DISEBUT SEBAGAI ‘BERCINTA’  AGAR ENAK DIDENGAR. BACA LANJUT UNTUK KETAHUI KEBAIKAN BERCINTA.

 

Melakukan hubungan seks bukan sekadar untuk mendapatkan zuriat atau untuk memuaskan nafsu semata-mata. Sebaliknya ada banyak kebaikan bercinta yang patut kita ketahui.

 

Seks merupakan elemen dalam hubungan cinta yang menguatkan lagi keharmonian dan kebahagian pasangan suami isteri.

 

Selain itu melakukan hubungan seks ternyata mampu memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan badan, khususnya kaum buat wanita.

kebaikan bercinta

BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN BERCINTA YANG WAJAR KITA KETAHUI:

 

LEBIH AWET MUDA

Kehidupan seks yang baik merupakan kunci awet muda. Melakukan hubungan seks mampu mengurangkan stres, memberikan jiwa yang lebih tenang dan semua perkara itu akan membuatkan kita nampak lebih muda dan sihat.

kebaikan bercinta

MEMBAKAR KALORI

Seperti bersenam juga, kebaikan bercinta juga mampu membuatkan tubuh membakar lemak dan kalori, iaitu sekitar 96 kalori sepanjang 20 minit setiap kali kita melakukan hubungan seks.

kebaikan bercinta

MOOD JADI LEBIH BAIK

Aktiviti seksual juga boleh mengalirkan aura yang lebih gembira. Adanya peningkatan hormon oxytocin dan endorphin ketika seseorang itu sedang berahi membuatkannya berasa lebih tenang dan gembira.

 

Bahkan, kebahagian wanita terkait dengan kepuasan seks atau klimaks yang optimum.

kebaikan bercinta

MENGURANGKAN KESAKITAN

Kita tentu pernah melupakan seketika kesakitan yang ditanggung ketika bercinta. Rangsangan seksual telah membuatkan kita lebih tahan sakit sekaligus memberikan efek menghilangkan rasa migrain, sakit perut dan sebagainya.

 

Wanita yang teratur melakukan hubungan ini, minimum seminggu sekali akan mempunyai kitaran period yang teratur.

 

Hormon endorphin adalah hormon bius semulajadi yang dikeluarkan oleh tubuh. Melakukan hubungan seks secara teratur akan meningkatkan pengeluaran hormon endorphin sehingga penyakit arthritis dan sebu perut ketika menstruasi  dapat diatasi.

 

Kebaikan seks adalah membantu tubuh mengeluarkan hormon endorphin lebih banyak.

kebaikan bercinta

 

MEMBANTU MENGUATKAN DAYA KETAHANAN BADAN

Melakukan hubungan seks sekali ataupun dua kali seminggu dikatakan dapat meningkatkan pengeluaran  immunoglobulin A, 30 peratus lebih banyak sehingga sistem ketahanan badan kita jadi meningkat.

 

Orang yang memiliki kehidupan seks yang aktif mempuyai risiko lebih rendah untuk terkena kanser, serangan kanser dan strok.

 

Malahan semakin kerap seorang lelaki itu ejakulasi, semakin kecil risikonya untuk terkena kanser prostat. Di samping itu, kebaikan seks juga menjadi penawar untuk sakit demam dan selesema.

kebaikan bercinta

 

 

Hubungan seks yang berakhir dengan kepuasan akan mencipta perasaan sayang dan cinta yang mendalam kepada pasangan. Semoga artikel kebaikan bercinta ini bermanfaat untuk semua.