Ketahui 5 Khasiat Lidah Buaya

Khasiat Lidah BuayaLIDAH Buaya merupakan tumbuhan hiasan yang banyak khasiatnya sejak zaman dahulu lagi. Khasiat Lidah Buaya bukan sahaja untuk kecantikan, malahan juga untuk kesihatan tubuh kita.

 

 

Itulah antara khasiat lidah buaya untuk kesihatan dan kecantikan.Jadi, jangan teragak-agak untuk menanam pokok lidah buaya di halaman rumah anda.

 

Lidah buaya atau aloe vera cukup terkenal sebagai salah satu tanaman yang berkhasiat dan digunakan sebagai ubat. Di dalam lidah buaya terdapat pelbagai nutrisi yang cukup bagus untuk kesihatan, antaranya asid amino,niacin, dan mineral. Selain itu, lidah buaya juga bersifat anti bakteria, anti kulat dan anti inflamasi.

 

Berikut beberapa khasiat lidah buaya untuk kesihatan dan juga kecantikan yang perlu diketahui:

 

  1. Menghilangkan Kelemumur & Mengatasi Rambut Gugur
    khasiat lidah buaya

    Foto: Internet

Daripada anda memilih produk rawatan rambut yang belum tahu lagi keberkesanannya, cuba selesaikan masalah kelemumur dengan khasiat lidah buaya.

 

Belah lidah buaya menjadi dua bahagian. Gunakan bahagian isi atau gelnya, sapukan pada rambut sehingga tepat ke bahagian akar rambut. Urut perlahan-lahan sehingga merata dan biarkan selama sejam. Kemudian barulah dibilas dan disyampu sehingga bersih.

 

 

Khasiat lidah buaya juga mampu mencegah kebotakan, memperlambatkan pertumbuhan uban kerana kandungannya mempunyai pelbagai kebaikan berguna sebagai vitamin untuk rambut.

 

 

  1. Merawat Kulit
    khasiat lidah buaya

    Kini sudah ada Gel aloe vera siap guna. Lebih mudah lebih murah!

Antara khasiat lidah buaya untuk kulit adalah:

  • Melembabkan kulit lebih lama.
  • Mengatasi kulit kering disebabkan dehidrasi dan kekurangan vitamin.
  • Menghaluskan kulit yang bersisik.
  • Menganjalkan kulit.
  • Mencerahkan kulit yang
  • Mengatasi kulit berminyak.

 

 

 

  1. Mengubati Luka Dan Gigitan Seranggakhasiat lidah buaya

Gunakan lidah buaya untuk mengurangkan rasa pedih dan gatal pada bekas gigitan seranggga. Gel lidah buaya dapat menyembuhkan dan memperbaiki kulit yang terluka.

 

 

  1. Mengeluarkan Racun Dalam Tubuh

Jus lidah buaya dikatakan dapat mengeluarkan racun dalam tubuh kita. Selain mengandungi antioksidan, lidah buaya juga ada gelatin yang berfungsi untuk menyerap racun yang terdapat pada usus dan mengeluarkannya bersama kotoran.

 

  1. Menghilangkan Jerawat
    khasiat lidah buaya

    Foto: Internet

Ambil lidah buaya, kemudian belah, ambil getah atau gel yang terdapat di dalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang berjerawat.

 

Biarkan selama 10-15 minit atau sehingga kering, selepas itu barulah dibilas dengan air suam sehingga bersih.

 

 

LIKE KAMI DI FACEBOOK

 

 

 

Leave a Reply