SERLAHKAN KEYAKINAN DIRI ANDA #MAKEYOURMARK DENGAN BIO-OIL

Bio-Oil Malaysia telah memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia yang luar biasa menerusi kempennya  #makeyourmark. Kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya ada keyakinan diri dan mengingati mereka tentang nilai diri.

 

Langkah ini dibuat setelah menyedari bahawa masyarakat kini mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai bentuk badan yang sempurna sehingga menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri.

 

“Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang, rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi yang terbaik. Dan dalam perjalanan kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah dengan penuh keyakinan diri serta bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran.” kata Ms. Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.

keyakinan diri

Kempen #Makeyourmark

Kempen  #makeyourmark adalah bahagian pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018 untuk memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk kelihatan terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri sendiri serta punya keyakinan diri.

 

Berikut Adalah Perkongsian Beberapa Wanita Dengan Keyakinan Diri Luar Biasa Tentang Pengalaman Mereka Dengan Bio-Oil :

 keyakinan diri

Elaine Daly, Pelakon, Hos TV, Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia Kebangsaan& Pengarah Saluran www.hurr.tv.

“Banyak yang saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual semua perlu dijaga.Sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya biarkan ia memainkan peranannya iaitu menjaga kulit saya dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya sebagai langkah pencegahan dari kesan regangan. Ia melembapkan kulit dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak.”

keyakinan diri

Madam Molly Khoo, Pengasas Heritage Village Restaurant

“Bio-Oil membantu saya kelihatan muda selama mana yang termampu. Ia membantu dalam masalah kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya lebih yakin dan selesa dengan kulit saya sekarang!”

keyakinan diri

Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel

“Semua wanita ingin kelihatan dan berasa yang terbaik pada semua peringkat hidup dan mempunyai pakar penjagaan kulit yang boleh menggalak para wanita adalah amat hebat sekali. Bio-Oil ialah produk yang mengkagumkan kerana baunya menakjubkan, tidak berminyak dan mudah menyerap ke dalam kulit. Saya menggunakan ia sebagai pelembap dan merasa kulit saya lembut seperti kulit bayi!”

keyakinan diri

Jesrina Arshad, Pengasas & CEO of PurelyB

“Jangan sesekali memberitahu diri anda tidak boleh melakukan sesuatu tanpa mencuba terlebih dahulu. Anda tidak akan mampu, sekiranya anda mempunyai fikiran sedemikian. Fikiran yang negatif merupakan halangan yang paling besar dalam segala yang anda buat. Tidak kira apa pilihan yang dibuat, buatlah dengan terbaik. Dan sekiranya gagal, haruslah ingat, anda telah cuba dengan sedaya upaya. Saya sendiri telah bergelut dengan keyakinan diri dan rasa tidak puas hati dengan keupayaan saya, merasakan diri tidak layak.

 

Bio-Oil merupakan produk yang pelbagai fungsi dalam satu botol. Saya menggunakan Bio-Oil sebagai pelembap untuk muka dan juga badan saya. Apa yang saya juga suka tentang Bio-Oil ialah ia seperti seorang rakan baik kepada wanita, menggalakkan anda untuk membuat yang terbaik serta tetap menyayangi anda tanpa mengira apa! ”

keyakinan diri

Stephanie Looi, Pengasas dan CEO of PurelyB

“Menjadi ibu dan bos sangat meletihkan. Tetapi satu perkara yang saya pelajari adalah meminta bantuan dan berkata “TIDAK”. Kadang-kadang anda tidak boleh menggembirakan semua orang. Jadi, lakukan yang terbaik untuk diri sendiri.

 

Saya menggunakan Bio-Oil ketika kedua-dua kehamilan saya. Menjadi ibu ketika kali pertama, saya bimbang akan kesan regangan. Saya menggunakannya dengan tetap dan saya gembira mengatakannya, saya tidak mempunyai sebarang regangan kulit langsung. Begitu juga ketika hamil anak kedua, saya menggunakannya sekali lagi dan mendapat hasil yang sama. Bio-Oil memberi saya keyakinan dan ketenangan minda sepanjang kehamilan saya. Ini penting kerana sebagai ibu mengandung, anda sudah mempunyai sejuta perkara di fikiran anda, sekurang-kurangnya anda tahu ada yang dijaga oleh Bio-Oil!”

keyakinan diri

Aamal Farhain, Managing Director of Foby Houz

“Bio-Oil memberi inspirasi kepada saya untuk memperbaiki diri, dan kekal dengan pendirian sendiri. Ia menyakitkan hati apabila nampak parut-parut saya, tetapi dengan Bio-Oil, ia membantu memperbaiki kesan parut saya, dan turut meningkatkan keyakinan saya terhadap diri. Jangan biarkan parut (nyata atau kiasan) melemahkan semangat anda.

 

Pelbagai cabaran yang dihadapi saya telah membantu saya menjadi lebih matang dan turut mengembalikan keyakinan diri untuk menghadapi segala cabaran yang akan datang. Sebagai wanita, kita semua harus belajar untuk merangkul keunikan kita dan mencari kejayaan dalam setiap masa dan perjalanan kehidupan.”