TAMBAH KHASIAT KEBAIKAN BUAH HARIAN DENGAN MARIGOLD PEEL FRESH

MARIGOLD PEEL FRESH minuman Jus Buah-Buahan Pasteur pilihan nombor satu di Malaysia, merupakan jenama tempatan yang telah membekalkan khasiat pemakanan dan kebaikan jus buah-buahan kepada seisi keluarga di seluruh negara selama 30 tahun, menjadikannya minuman pilihan utama di Malaysia.

 

Sebagai usaha untuk menangani pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kurang dan semakin membimbangkan dalam kalangan rakyat Malaysia, MARIGOLD PEEL FRESH telah mengadakan roadshow Kebaikan Buah-Buahan Harian MARIGOLD PEEL FRESH di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh,. Peratusan orang dewasa yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut kadar yang disyorkan setiap hari semakin berkurangan. Buat masa ini, dianggarkan hanya 6% orang dewasa di Malaysia mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya berbanding 7.5% yang dicatatkan pada 2011.

 

Menampilkan selebriti popular tempatan dan duta jenama Lisa Surihani, roadshow ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mendidik rakyat Malaysia dari segenap lapisan hidup tentang pentingnya pengambilan buah-buahan dan jus buah-buahan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

 

“Saya berasa bangga dan bersyukur untuk menjadi “wajah” MARIGOLD PEEL FRESH buat tahun ketiga berturut-turut. Jus ini memang sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup saya dan akan terus menjadi teman keluarga kami. Ia adalah Minuman Jus Buah pasteur. Ini bermakna jus ini segar dan perlu disimpan dalam peti sejuk,” kata Lisa Surihani.

 

Tambahnya lagi, “Jika tidak, ia akan rosak. Minuman Jus Buah mengandungi sekurang-kurangnya 35% atau lebih kandungan jus buah berbanding Minuman Buah yang mungkin mengandungi jus serendah 5%. Ia sesuai diambil bersama keluarga ketika menjamu selera dan apabila saya berada di luar untuk menambah khasiat kebaikan buah-buahan harian keluarga saya.”

MARIGOLD PEEL FRESH

 

Roadshow Kebaikan Buah-Buahan Harian MARIGOLD PEEL FRESH

Mengulas mengenai roadshow Kebaikan Buah-Buahan Harian MARIGOLD PEEL FRESH, Michael Ong, Timbalan Pengurus Besar berkata, “Kami faham persaingan sengit yang wujud dalam gaya hidup kita pada hari ini dan semua orang sentiasa sibuk dan terkejar-kejar. Kementerian Kesihatan juga mengesyorkan pengambilan sekurang-kurangnya dua hidangan buah setiap hari. Roadshow Kebaikan Buah-Buahan Harian kami menyokong saranan ini dan MARIGOLD PEEL FRESH membekalkan khasiat kebaikan buah-buahan harian tambahan yang diperlukan. Minuman Jus Buah kami boleh didapati dalam pakej yang sedia diminum untuk kemudahan sekalian.”

 

Semasa roadshow di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh, baru-baru ini, pelbagai jenis jus MARIGOLD PEEL FRESH yang berkhasiat dalam rangkaian Asli (sembilan pilihan perisa) dan rangkaian Tiada Tambahan Gula (enam pilihan perisa) yang diperkuat dengan Vitamin A, C, E dan antioksidan disediakan untuk dikongsi dengan orang ramai. Pengunjung bertuah juga membawa pulang hadiah yang dimenangi daripada penyertaan permainan yang dianjurkan sepanjang roadshow ini.

MARIGOLD PEEL FRESH

Para peminat Lisa yang berkumpul untuk mendapatkan tandatangan autograf serta berpeluang untuk mengikuti bual bicara dan berkongsi cerita hidupnya sebagai ibu kepada dua orang cahaya mata, yang sentiasa sibuk tetapi masih dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat.

 

“Sebagai ibu kepada dua orang anak, saya dan suami saya lebih mementingkan apa yang kami makan dan kami cuba sedaya upaya untuk mengekalkan gaya hidup sihat sebagai teladan yang baik kepada anak-anak kami, terutama sekali dengan jadual tugas kami yang sibuk sebagai ibu bapa yang bekerja,” tambah Lisa.

 

Roadshow Kebaikan Buah-Buahan Harian MARIGOLD PEEL FRESH di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh, bermula pada 4 Oktober sehingga 8 Oktober 2017 dengan roadshow selanjutnya di MyTown Shopping Centre, Cheras (1 sehingga 4 November 2017) dan Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru (16 sehingga 19 November 2017) untuk mendidik rakyat Malaysia sebanyak mungkin.

 

Untuk maklumat lanjut tentang roadshow atau acara MARIGOLD PEEL FRESH yang akan datang, sila kunjungi https://www.facebook.com/ilovepeelfresh.my/.

 

BACA – JUS CARROT DENGAN 6 KEBAIKAN LUAR BIASA