6 KHASIAT VITAMIN E UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KECANTIKAN KULIT

TENTU ADA DI ANTARA KITA YANG SEMEMANGNYA TAHU DENGAN KHASIAT VITAMIN E DALAM DUNIA KECANTIKAN WANITA. VITAMIN E ADALAH SALAH SATU VITAMIN YANG MAMPU MERAWAT DAN MENGATASI MASALAH KULIT.

 

Kandungan zat di dalam vitamin E bukan sahaja berfungsi di bahagian luar sahaja, malahan turut bekerja dari dalam badan.

 

Dari luar, khasiat vitamin E memainkan peranan bagi kesihatan kulit iaitu untuk melindungi kulit daripada kerosakan sinaran ultra violet (UV), mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mencegah penuaan semulajadi.

 

Di samping itu, vitamin E juga berguna sebagai antioksidan semulajadi. Pengambilan vitamin E secara teratur (bekerja dari dalam badan) dapat meningkatkan daya ketahanan badan dan mengatasi stress.

 

Selain krim ataupun suplemen, khasiat vitamin E juga boleh kita peroleh daripada makanan. Antaranya kuning telur, kacang almond, avokado,udang, labu, brokoli, minyak zaitun dan juga sayur bayam.

khasiat vitamin E

BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN ATAU KHASIAT VITAMIN E YANG PERLU KITA KETAHUI:

 

  1. MENCEGAH PENUAAN KULIT

Vitamin E  mengandungi antioksidan yang mampu mencegah penuaan kulit. Vitamin ini berupaya mengurangkan garis-garis halus dan kedutan serta membantu menegangkan kembali kulit yang kendur.

khasiat vitamin E

 

  1. MERAWAT KULIT TERBAKAR ATAU SUNBURN

Minyak vitamin E mudah diserap oleh lapisan kulit epidermis. Radikal bebas daripada terkena sinaran cahaya matahari boleh merosakkan kulit.

 

Penggunaan vitamin E boleh digunakan untuk melegakan dan merawat kulit yang terbakar disebabkan sinaran cahaya matahari.

 

Carilah losyen pelindung cahaya matahari yang mengandungi vitamin E dan sapukan pada kulit sebelum kita keluar ke tempat-tempat yang terdedah pada cahaya matahari terutama ketika di pantai atau pada cuaca panas terik.

khasiat vitamin E

 

  1. MEMBANTU MELEMBABKAN KULIT

Vitamin E boleh dijadikan salah satu alternatif untuk dijadikan pelembab untuk kulit. Daripada memilih pelembab yang mengandungi banyak bahan-bahan kimia adalah lebih baik jika kita memilih produk pelembab yang mengandungi vitamin E.

khasiat vitamin E

 

  1. MENGURANGKAN PERIOD PAIN

Vitamin E dikatakan dapat meredakan period pain ketika menstruasi. Sebaiknya ambil suplemen vitamin E, satu atau dua kali setiap hari dua minggu sebelum datang period.

khasiat vitamin E

 

  1. MENGURANGKAN TOMPOK-TOMPOK HITAM DI KULIT

Penuaan kulit jelas kelihatan dengan adanya tompok-tompok hitam pada kulit. Perkara ini disebabkan oleh radikal bebas dan gerak kerja hati yang kurang baik. Sapukan minyak vitamin E pada tompok-tompok hitam untuk menghilangkannya.

 

Di samping itu, kulit muka yang kasar atau kusam akan menjadi lembut kembali. Caranya mudah sahaja, titiskan minyak vitamin E pada kapas, kemudian sapukan pada kulit muka. Lakukan dua kali sehari bagi mendapatkan kulit wajah yang kembali bersih dan berseri.

khasiat vitamin E

  1. MENCEGAH SAKIT JANTUNG DAN STROKE

Vitamin E juga berguna untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Secara tak langsung khasiat vitamin E dapat mencegah terjadinya plak pada dinding arteri. Pengumpulan atau penimbunan plak tersebut boleh menyebabkan penyakit jantung dan stroke.

khasiat vitamin E

Itulah antara khasiat vitamin E yang sebaiknya kita ketahui. Sungguhpun begitu penggunaan vitamin E tidak boleh sembarang atau diambil secara berlebihan kerana ia boleh memberikan efek negatif pada tubuh.