KIDZANIA KUALA LUMPUR PERSEMBAHKAN KIDZ & TECH 2.0: MASA DEPAN KINI BERMULA!

KANAK-KANAK DIBERI PELUANG MENEROKAI MASA DEPAN MENERUSI AKTIVITI-AKTIVITI MENGGUNAKAN REALITI MAYA, TELEKOMUNIKASI, DAN PENGIMEJAN DIGITAL.

Teknologi adalah penggerak utama dunia moden dan akan memainkan peranan yang penting di masa depan. Oleh itu, generasi masa kini perlu bersedia untuk menghadapi cabaran arus digital yang semakin mencabar.
Bagi meningkatkan minat yang mendalam dalam teknologi dan penggunaannya di kalangan kanak-kanak, KidZania Kuala Lumpur mengumumkan KidZ & Tech 2.0: Masa Depan Kini Bermula dengan kerjasama VR Lab Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Gleneagles Kuala Lumpur dan Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd.
Dari 16 Mei hingga 24 Jun 2017, pelbagai bengkel interaktif dan aktiviti praktikal yang bercirikan teknologi akan dianjurkan, sejajar dengan misi KidZania “Learn Life Today” untuk membantu kanak-kanak mengenali dunia sebenar.
Aktiviti-aktiviti yang turut disokong oleh rakan-rakan kerjasama program ini bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak dan mengenali teknologi menerusi cara berbeza.
masa depan

BERIKUT IALAH AKTIVITI BERASASKAN TEKNOLOGI MASA DEPAN DI KIDZANIA

REALITI MAYA BERSAMA VR LAB
Gogal yang direka khas membolehkan para kanak-kanak menerokai persekitaran 3 dimensi secara 360 darjah yang dijanakan oleh komputer. Lengkap dengan sistem kawalan terkini, mereka boleh menyentuh dan berinteraksi dengan item-item yang dipaparkan dalam persekitaran itu seolah-olah berada dalam dunia sebenar.
MENGAMBIL FOTO SECARA 360 DARJAH DENGAN U MOBILE
Serlahkan kreativiti dengan telefon pintar – peserta hanya perlu berdiri tegak dan membuat pusingan 360 darjah untuk mengambil gambar yang mengagumkan. Pilihan yang disediakan termasuklah Street View, Surround Shot atau paparan Photo Sphere.Gambar-gambar ini akan dikongsi di laman Facebook KidZania Kuala Lumpur!
MEWARNA DALAM REALITI BERPERANTARA
Lukisan biasa dan watak animasi kini bergabung menjadi hasil seni canggih! Kanak-kanak boleh melihat sendiri hasil lukisan mereka di atas kertas bertukar menjadi animasi bergerak menggunakan aplikasi di telefon pintar/tablet.
PENGEKODAN
Kanak-kanak akan diajar untuk mencipta galaksi Star Wars mereka atau mereka permainan sendiri menggunakan kod iaitu blok atau Javascript, contohnya memprogram BB-8 untuk mengutip besi terbuang. Semua ini boleh dilakukan dalam masa 30 minit sahaja!
Pada hujung minggu pula, kanak-kanak boleh menyertai dua lagi aktiviti menarik  iaitu Mystery Skype yang mesra keluarga di mana seorang pemanggil misteri akan memberikan petunjuk kepada kanak-kanak dan ibu bapa untuk meneka identiti pemanggil tersebut.
AKTIVITI KAHOOT
Terdapat juga aktiviti Kahoot!, iaitu sebuah permainan berbentuk pelajaran terkenal yang memberi peluang untuk kanak-kanak menguji pengetahuan mereka tentang KidZania Kuala Lumpur.
“Kanak-kanak hari ini membesar dengan kemudahan teknologi, namun kebanyakan dari mereka hanya terdedah kepada hiburan sahaja. Di KidZania Kuala Lumpur, kami melihat teknologi sebagai alat pendidikan yang penting. Oleh itu peranan utama KidZ & Tech 2.0: Masa Depan Kini Bermula adalah untuk memanfaatkan pengetahuan teknologi kanak-kanak dengan memperkenalkan mereka dengan cara-cara positif dan menarik agar teknologi dapat digunakan sebagai alat pembelajaran berguna,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.
masa depan
Sementara itu, Datin Shireen Tan, Ketua Pegawai Eksekutif VR Lab Bhd pula berkata, “Bersama-sama dengan rakan kerjasama KidZ & Tech 2.0: Masa Depan Kini Bermula, VR Lab Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Gleneagles Kuala Lumpur dan Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, kami berharap usaha ini dapat menanam minat yang mendalam terhadap teknologi kepada pengunjung-pengunjung cilik kami.”
“Menerusi persekitaran maya,” tambah beliau, “Kanak-kanak dapat menonjolkan kreativiti dan mendapat inspirasi untuk mencipta pelbagai hasil hebat. Oleh itu, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan KidZania Kuala Lumpur untuk KidZ & Tech 2.0: Masa Depan Kini Bermula tahun ini.
“Di VR Lab Bhd, kami percaya dengan kuasa imaginasi kerana jika kita boleh berimaginasi untuk menghasilkan sesuatu, tidak mustahil untuk ia menjadi realiti. Apabila digabungkan dengan teknologi terkini, generasi masa hadapan pasti akan menghasilkan ciptaan-ciptaan yang mengagumkan,” ujarnya lagi.
Ketahui lebih lanjut tentang jadual bengkel dan aktiviti KidZ & Tech 2.0: Masa Depan Kini Bermula di www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, dan terokai pengalaman lakon peranan dan aktiviti menarik di KidZania Kuala Lumpur!
Jangan ketinggalan untuk menyertai KidZ & Tech 2.0: Masa Depan Kini Bermula (16 May – 24 June 2017) di KidZania Kuala Lumpur – untuk waktu terhad, dapatkan diskaun 40% dengan kod promo KZKT40 di laman web KidZania Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidzania.com.my.

 

(Visited 3 times, 1 visits today)