KIDZANIA KUALA LUMPUR DAN SHARP MALAYSIA BEKERJASAMA TINGKATKAN MINAT R&D DI KALANGAN KANAK-KANAK

KidZania Kuala Lumpur dan SHARP Malaysia, pengeluar alam pembersih udara nombor satu ASEAN dan dunia amnya telah bekerjasama untuk memberi satu pengalaman pembelajaran baru kepada kanak-kanak.

SHARP Malaysia telah membawakan teknologi di sebalik pembersih udara dan bagaimana udara kualiti boleh memberi kesan kepada kehidupan seharian.

“Di KidZania Kuala Lumpur, motto kami adalah Learn Life Today – kami percaya dengan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak, akan dapat membantu mereka memahami dunia di sekeliling mereka. Dengan cara ini, mereka dapat membangunkan kemahiran hidup yang berharga akan memberi manfaat bila dewasa kelak.”

“Dengan sains dan teknologi yang menjadi tumpuan utama masa depan Malaysia – sebagaimana penyelidikan dan pembangunan perlu seiring – kami berbangga dapat bekerjasama dengan SHARP untuk mencetuskan minat di kalangan kanak-kanak dalam bidang ini,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

sharp malaysia

“Sains dan teknologi adalah sebahagian daripada kehidupan seharian kita, daripada alat peribadi seperti telefon bimbit dan komputer kepada perkhidmatan awam seperti perbankan dan industri berskala besar seperti sektor perkhidmatan udara serta perkilangan. Dengan menerapkan minat dan menyediakan pengalaman interaktif untuk kanak-kanak, kami berharap dapat memainkan peranan kecil dalam membina generasi yang memahami dan menggunakan teknologi demi masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.sharp malaysia

SHARP MALAYSIA SEDIAKAN PUSAT R&D AIR PURIFIER DI KIDZANIA

Untuk memperlihatkan bagaimana pembersih udara boleh memberi kesan positif terhadap kualiti udara di rumah dan persekitaran dalaman yang lain, Pusat Penyelidikan & Pembangunan Air Purifier SHARP di KidZania akan menampilkan ujian penapisan asap dan ujian bau yang boleh dilakukan anak-anak  – ini akan mempamerkan teknologi  tersendiri SHARP iaitu Plasmacluster Ion untuk mengekalkan udara yang bersih.

“Membesarkan kanak-kanak menjadi orang dewasa yang berilmu adalah satu usaha berbaloi, dan kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan KidZania Kuala Lumpur untuk mendidik kanak-kanak. Dunia ini begitu cepat berubah, dengan kemajuan dan penemuan baru berlaku setiap hari dalam pelbagai industri – masa depan kita bergantung kepada anak-anak muda yang berani meneroka dan menemui perkara-perkara baru, ” kata Tadashi Ohyama, Pengarah Urusan Jualan Sharp-Roxy and Service Company (M) Sdn. Bhd.

“Di SHARP, kami berdedikasi untuk menghasilkan produk yang boleh dicontohi oleh syarikat lain, seterusnya menjadikan kehidupan lebih sihat dan lebih baik. Bahkan udara bersih adalah projek terbaik untuk bermula. Kami berharap kanak-kanak yang terdidik di Pusat Penyelidikan & Pembangunan Air Purifier SHARP ini akan mendapat inspirasi untuk lebih mengkaji dan akur untuk terlibat dalam menjaga alam sekitar, ” tambah Ohyama.

sharp malaysia

KIDZANIA GO! TURUT DAPAT SOKONGAN SHARP MALAYSIA

Selain daripada pelancaran Pusat Penyelidikan & Pembangunan Air Purifier SHARP di KidZania Kuala Lumpur, ia juga mengumumkan penyertaannya dalam KidZania Go! – program jelajah ke sekolah bergerak. Aktiviti dalam program ini termasuk perbincangan mengenai topik-topik alam sekitar seperti kualiti udara, Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan perlindungan jerebu supaya pelajar dapat memahami dengan lebih baik bagaimana isu-isu ini memberi kesan kepada kesihatan mereka dan apa yang mereka boleh lakukan tentangnya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, lawati www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur