KITKAT BAHARU, LEBIH CREAMY DAN LEBIH RASA COKLAT

Dah cuba KitKat yang baharu ni? Sedap, kan? Rasanya lebih nikmat. Lebih creamy dan lebih rasa coklat. Memang lebih sedap dan enak!

 

Sejak diperkenalkan pada tahun 1936, susu dan koko telah menjadi asas dalam resipi KITKAT. Kini, produk konfeksioneri utama Nestlé; jenama KITKAT mengumumkan bahawa mereka telah membuat pembaharuan rasa dalam resipi mereka apabila menambah lebih banyak susu dan koko untuk nikmati rasa lebih krim dan lebih coklat.

 

Melalui kekuatan dalam penyelidikan dan inovasi, KITKAT menukar resipi yang sudah sedia hebat untuk menyediakan coklat yang lebih krim dan lebih coklat malahan masih memberikan keseimbangan rasa sempurna antara coklat dan wafer. Ia “lebih krim, lebih coklat” adalah langkah pertama dalam haluan ke arah menjadikannya lebih enak dan pada masa yang sama mengikut kehendak pengguna.

kitkat

KITKAT Jenama Dinamik Yang Sentiasa Berkembang

Menurut Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Bisnes Konfeksioneri (Pasaran ASEAN), Nestlé Malaysia, sebagai jenama coklat #1 di Malaysia, peranan mereka adalah untuk terus-menerus dan konsisten dalam usaha menyediakan lebih banyak produk konfeksioneri yang berkualiti.

 

“KITKAT adalah jenama dinamik yang sentiasa berkembang untuk menggembirakan para penggunanya dengan pengalaman nikmat terbaik. Kami telah melabur banyak masa dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menggunakan bahan-bahan terbaik, mencipta resipi hebat dan memberi pengguna rasa yang terbaik.

 

“Mengubah sesuatu resipi adalah sangat rumit dan boleh mengambil masa yang banyak untuk mendapatkan yang terbaik. KITKAT baharu ini yang mengandungi lebih krim, lebih coklat, tidak mempunyai perisa tambahan dan perasa baharu; kami hanya menambah lebih banyak susu dan koko sambil mengurangkan gula, untuk KITKAT lebih enak dan pada masa yang sama mengikut kehendak pengguna,” jelas beliau.

 

Tambahnya lagi, “Itulah sebabnya kami sangat berbangga dengan resipi “lebih krim, lebih coklat” kami yang kini lebih enak, dengan mengambil KITKAT yang sedia hebat ke tahap yang lebih menarik lagi. Ia sudah pasti akan meningkatkan rasa khas wafer dan rasa coklat yang seimbang. Kami akan terus membuat penambahbaikan kerana komitmen kami adalah untuk menawarkan yang terbaik kepada pengguna kami. ‘Berehatlah bersama KITKAT’.

 

Resipi yang dipertingkatkan ini akan menggantikan rangkaian coklat susu KITKAT semasa, termasuk KitKat 2 jari, 4 jari, serta KitKat CHUNKY, dan akan diperkenalkan dengan ungkapan ‘More Creamy, More Chocolatey’ yang tertera di rekaan bungkusan baru yang telah berada pasaran sejak bulan Mac 2018.

 kitkat

NIKMATI WAKTU REHAT, NIKMATI KITKAT!

  1. Tolak wafer keluar daripada pembalut merah.
  2. Gariskan pembalut foil jejari wafer dengan jari.
  3. Pisahkan sekeping daripada jejari wafer satu per satu.
  4. Patahkan jejari wafer menjadi separuh dan nikmatinya!

Laman web: Nestle.com.my

Facebook: KitKatMalaysia

BACA: COKLAT PERISA AISKRIM POTONG DARIPADA KITKAT