COKLAT PERISA AIS KRIM POTONG DARIPADA KITKAT “CHOCOLATORY”

KITKAT DAN KEDAI ISTIMEWA PERTAMANYA, KITKAT “CHOCOLATORY” TELAH BERJAYA MENAMBAT HATI RAKYAT MALAYSIA. KINI IA MENAWARKAN PENGALAMAN PERIBADI LEBIH BERMAKNA BUAT PELANGGANNYA DENGAN MEMPERKENALKAN CIPTAAN TERBARU –  AIS KRIM POTONG.

 

Bersandarkan kepada konsep ciptaan bersama, KitKat “Chocolatory” memberikan peluang kepada pelanggan untuk meneroka lebih 10,000 kombinasi bahan bagi mencipta perisa dan bungkusan yang diingini serta menyaksikan sendiri bagaimana pilihan mereka itu dihasilkan.

 

KitKat “Chocolatory” turut menawarkan beberapa edisi khas KitKat yang tidak boleh didapati di mana-mana selain di kedai konsep tersebut yang terletak di Mid Valley Megamall.

 

Dalam tempoh beberapa bulan sejak KitKat “Chocolatory” dilancarkan di pasaran Malaysia, pelbagai ciptaan dengan citarasa Malaysia telah dihasilkan seperti Nasi Lemak Tradisional, Raja Buah dan Ais Kacang.

 

AIS KRIM POTONG YANG MENJADI KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA

 

Cef Anis Nabilah membantu KitKat memperbanyakkan lagi perisa tempatan dengan memperkenalkan ciptaan Ais Krim Potong yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

 

Ciptaan ini diilhamkan oleh kelazatan ais krim potong, iaitu makanan ringan yang dekat di hati rakyat Malaysia dan dihasilkan dengan teliti bagi mencerminkan citarasa serta perisa tradisional sebenar yang terbaik berdasarkan selera Malaysia.

 

“KitKat “Chocolatory” menandakan pendekatan dan wawasan baharu dalam menyediakan produk yang disesuaikan dengan kemahuan setiap individu, selari dengan evolusi yang sedang dialami pengeluar coklat. Trend penghasilan makanan yang bersifat peribadi semakin popular di seluruh dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ia telah terbukti amat berjaya,” kata Encik Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Pasaran ASEAN, Nestlé (Malaysia) Berhad.

 

ais krim potong

 

Cef Selebriti, Anis Nabilah berkata, “Diilhamkan daripada kepelbagaian perisa Ais Krim Potong Malaysia, kami pasti ciptaan baharu ini akan menggamit memori zaman indah kanak-kanak; bunyi loceng motosikal penjual ais krim di taman perumahan yang membawa pelbagai pilihan perisa ais krim yang ‘dipotong’ itu.”

 

 

Dia menambah, “Apatah lagi dengan musim perayaan yang bakal tiba ini, Ciptaan Ais Krim Potong ini boleh dijadikan buah tangan semasa rumah terbuka yang pastinya digemari ramai rakyat Malaysia.”

ais krim potong

CIPTAAN AIS KRIM POTONG ANIS NABILAH

Ciptaan lapan kepingan jejari coklat menakjubkan yang menjanjikan pengalaman terbaik dalam menikmati citarasa Malaysia. Pelbagai aneka ciptaan ini disusun rapi dalam satu bungkusan khas bagi meraikan setiap perisa, daripada minuman ros yang menyegarkan, pencuci mulut berperisa mangga yang lazat kepada adunan krim santan kelapa lembut yang rangup dan diakhiri dengan bar coklat berperisa teh klasik yang mewah.

 

Ros Sirap Bandung: Wafer rangup istimewa bersalut coklat lembut berperisa ros yang disempurnakan dengan sentuhan akhir kelopak bunga mawar.

Mangga Harum Manis: Coklat berperisa mangga ditambah dengan kerangupan badam yang menyelaputi wafer terkenal KitKat.

Santan Kelapa: Coklat putih berperisa kelapa lazat dengan kerisik dan kacang pistasio untuk memberikan lebih kerangupan, menjadi adunan yang menyelimuti wafer istimewa KitKat.

Teh Tiga Lapis Klasik: Perisa tradisional gula Melaka diadun dengan coklat mewah, kacang gajus, teh hitam dan wafer rangup untuk sebuah pengalaman yang sempurna.

ais krim potong

Sempena bulan Ramadan dan musim Raya ini, KitKat “Chocolatory” akan mengadakan promosi Balik Kampung di Kiosk Ramadan, Centre Court Mid Valley Megamall dari 8 Jun sehingga 2 Julai. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh mendapatkan empat edisi khas istimewa KitKat serta satu pek hadiah PERCUMA untuk keluarga dan rakan-rakan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia atau Ciptaan Anis sila layari www.kitkat.com.my

 

 

 

 

(Visited 1 times, 1 visits today)