THE KL JOURNAL HOTEL JANJIKAN PENGINAPAN YANG SELESA & MENDAMAIKAN

ADVERTORIAL: Nikmati  suasana yang selesa dan cukup mendamaikan jiwa apabila anda memilih untuk menginap di sebuah hotel butik berprestij, The KL Journal Hotel. 

Ketika merancang untuk bercuti, sudah pasti kita akan mencari tempat untuk beristirahat atau menginap yang mempunyai fasiliti yang lengkap, selesa dan menenangkan.

KL Journal Hotel

 

Jadi, jika anda mahukan suasana  yang mendamaikan, hiasan dalaman yang moden minimalis dan lokasi yang strategik untuk meneroka atau berjalan-jalan di tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur, pastikan anda memilih The KL Journal Hotel.

KL Journal Hotel

 

The KL Journal Hotel ini sangat strategik kedudukannya kerana ia terletak di tengah-tengah Kawasan Bukit Bintang. Antara 5-10 minit dari pusat membeli-belah Lot 10, Sungei Wang dan Pavillion. Senang sangatlah kalau nak bershopping! Jalan  kaki pun boleh. Lagipun MRT Bukit Bintang dan Manorail Bukit Bintang pun terletak tidak  jauh dari hotel ini.

KL Journal Hotel

 

Hiasan Dalaman Cukup Memikat

Meninjau ke seluruh persekitaran hotel ini, hati terus tertawan. Hiasan dalamannya benar-benar memikat pandangan mata. Suasana tenang dan santai dapat dirasakan. Apatah lagi, warna-warna yang mendominasi setiap ruang yang ada amat menyejukkan mata yang memandang, sehingga mencetuskan suasana yang tenang dan santai.

KL Journal Hotel

 

Bilik-bilik yang disediakan untuk pengunjung juga  sangat selesa. Paling menarik, setiap bilik yang berjumlah 117 buah bilik itu dihiasi dengan koleksi gambar klasik hitam putih, hasil jurugambar jalanan Che Ahmad Azhar.

KL Journal Hotel

Jika diamati setiap lukisan yang tergantung di bilik dan juga sekitar ruang yang dipanggil The Gallery itu menyingkap seribu satu kisah kehidupan warga Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

 

KL Journal Hotel

 

Terdapat 76 buah bilik untuk  jenis Deluxe King. 32 buah bilik untuk Deluxe Twin , 8 buah bilik Superior Deluxe dan 1 bilik Journal Suites. Semuanya menjamin keselesaan dan mampu menyegaran badan yang penat!

KL Journal Hotel

 

Hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, termasuklah perkhidmatan WiFi percuma. Harga bilik bermula daripada RM360 satu malam, jika ditempah melalui talian.

 

Manfaatkan Kemudahan Sedia Ada

Selain itu, bagi anda yang suka melakukan aktiviti sihat, naik sahaja ke tingkat 10, ada gym di situ. Kalau nak mandi-manda pula, ada infinity pool  yang terletak rooftop. Sambil mandi-manda boleh juga menikmati keindahan malam bandar Kuala Lumpur.

KL Journal Hotel

 

Untuk menjamu selera  sambil bersantai, disediakan dua tempat. Satu di tingkat atas, berkonsepkan terbuka iaitu The Terrace Bar & Grill dan satu lagi kafenya dikenali sebagai Kedai Kopi Journal.

KL Journal Hotel

KL Journal Hotel

 

The KL Journal Hotel ini bukan sahaja unik. Malahan cukup istimewa, ada ruang untuk bersantai, galeri dan sebuah hub ‘business hotel’ yang membolehkan anda memanfaatkan urusan kerja, mesyuarat, seminar dan sebagainya di situ. Inilah tarikan istimewa The KL Journal Hotel yang anda perlu tahu.

KL Journal Hotel

 

Jomlah rasai sendiri pengalaman menginap di KL Journal Hotel ini dan sudah pasti ia menawarkan satu pengalaman percutian atau bisnes anda yang berbeza dan cukup menarik.

Untuk keterangan lanjut, layari  layari  kljournalhotel.com

 

BACA: MELAKA DESTINASI SULUNG TRAVELOGUE MALAYSIA