KODOMO LION LANCAR KEMPEN GIGI SIHAT, SENYUMAN BERSERI

Rasanya tak ramai yang tahu, ada cara mudah untuk anak memiliki gigi sihat. Justeru itu, Kodomo Lion, jenama ubat gigi kanak-kanak No.1  di Malaysia yang disokong oleh Lion Japan yakin bahawa didikan penjagaan gigi yang baik bermula dari kanak-kanak sejak kecil lagi bagi  mendapatkan gigi sihat dan senyuman yang ceria.

Kodomo dalam bahasa Jepun bermaksud kanak-kanak. Jenama Kodomo Lion menawarkan penyelesaian penjagaan oral yang diperluaskan khas untuk kanak-kanak berusia di antara 6 bulan hingga 12 tahun. Ia merangkumi dua rangkaian berus gigi yang memenuhi keperluan peringkat perkembangan oral yang berbeza serta empat perisa ubat gigi untuk kanak-kanak.

gigi sihat

Masalah Kesihatan Oral

Kempen penjagaan oral yang disasarkan khusus kepada kanak-kanak dan ibu bapa itu  perlu kerana masalah gigi reput yang secara saintifiknya dikenali sebagai karies gigi  memberi kesan kepada pertumbuhan fizikal serta mental  kanak-kanak. Kajian yang dilakukan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia menganggarkan 7 daripada 10 kanak-kanak  mengalami masalah kesihatan oral .

Menyedari permasalahan ini, Kodomo melancarkan Kempen Kodomo Lion “Healthy Teeth, Happy Smile” (Gigi Sihat, Senyuman Berseri). Kempen tersebut bertujuan menjadikan proses memberus gigi sebagai satu aktiviti keluarga yang sihat dan menyeronokkan. Ibu bapa akan menunjukkan cara memberus gigi dengan betul kepada anak-anak supaya mereka mengamalkan kesihatan oral yang baik sepanjang hayat.

“Sebagai jenama ubat gigi kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Kodomo Lion rasa bertanggungjawab untuk menggalakkan kesihatan oral yang lebih baik dalam kalangan kanak-kanak. Cadangan yang kami berikan adalah berdasarkan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) LION Japan selama bertahun-tahun. LION Japan ialah syarikat penjagaan oral No. 1 di Jepun yang menawarkan pelbagai produk  yang sesuai untuk setiap peringkat pertumbuhan kanak-kanak demi kesihatan oral jangka masa panjang yang lebih baik.

“Kempen kami sangat mudah, kerana kanak-kanak memerlukan Gigi yang Sihat untuk Senyuman Berseri. Ia mudah dicapai – lengkapkan mereka dengan ubat gigi, berus gigi, teknik dan model contoh yang betul iaitu ibu bapa. Dengan sedikit usaha dan masa berkualiti bersama setiap hari, semua kanak-kanak boleh memiliki Gigi Sihat, Senyuman Berseri sepanjang hayat. Menjaga gigi susu anak-anak sangat penting kerana ia akan membentuk gigi yang sihat ketika dewasa,” ujar Pengurus Kanan Jenama, Divisyen Penjagaan Oral Southern Lion Sdn Bhd, Cik Loo Mei Fong.

 gigi sihat

Kesihatan Pergigian Anak

Kanak-kanak dan ibu bapa digalak untuk mencuba pelbagai aktiviti sebagai satu pasukan sebelum menyertai sesi interaktif bersama doktor pergigian, Dr. Lim Zi Wei. Beliau akan berkongsi tentang cabaran penjagaan oral dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah dan peranan ibu bapa dalam membentuk tabiat penjagaan oral yang baik.

“Kesihatan pergigian anak adalah sama pentingnya dengan seluruh kesejahteraannya. Sebaik sahaja anak anda mula mendapat gigi yang pertama, sudah tiba masanya untuk mengambil tiub ubat gigi kanak-kanak yang berfluorida dan mula memberus. Memberus gigi bayi atau anak kecil harus menjadi tugas bagi ibu bapa, sekurang-kurangnya sehingga anak anda dapat memberus giginya sendiri sekitar umur 5 atau lebih tua.”

“Masa yang dihabiskan bersama-sama antara ibu bapa dan anak-anak semasa memberus gigi adalah berharga untuk ikatan perhubungan mereka. Ia juga membantu mengekalkan rongga dan menanam tabiat penjagaan gigi yang sihat sepanjang hayat. Apabila anak anda membesar, rancanglah pemeriksaan pergigian yang rutin berdasarkan cadangan doktor gigi anda. Mengawal pengambilan makanan manis, menggalakkan memberus gigi dan flos, serta bekerjasama dengan doktor gigi anda akan membawa kepada kesihatan pergigian yang baik,” jelas Dr Lim.

Kodomo Lion juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membawa kempen ini ke pra-sekolah. Kodomo juga telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah di Johor sejak 20 tahun lalu melibatkan penjagaan oral kanak-kanak dan merancang untuk meluaskan kerjasama ini ke negeri-negeri lain di Malaysia.

gigi sihat

Guna Teknologi Pergigian Termaju

Kodomo Lion menggunakan teknologi pergigian termaju Lion Japan untuk menghasilkan satu formulasi ubat gigi “5% Xylitol + Active Fluoride” yang canggih, bagi membantu mengembalikan mineral dan membaiki masalah karies di peringkat awal . Ia berfungsi menguatkan gigi, mencegah kaviti serta membantu memastikan gigi kanak-kanak kekal kuat dan sihat. Formulasi kurang buih secara tidak langsung menggalakkan kanak-kanak untuk memberus gigi dengan lebih lama. Manakala formulasi bebas gula pula membantu mengurangkan pembentukan plak untuk gigi yang lebih sihat.

Kajian juga menunjukkan bahawa florida boleh membantu mencegah dan mengurangkan karies gigi untuk semua peringkat umur . Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana ubat gigi Kodomo Lion mempunyai jumlah florida yang selamat untuk gigi kanak-kanak.

“Bagi ibu bapa yang anak-anak mereka sudah menunjukkan tanda awal karies gigi, ubat gigi Kodomo Lion boleh membantu membaik pulih karies di peringkat permulaan. Rahsianya adalah ibu bapa dan anak-anak perlu memberus gigi dua kali sehari menggunakan berus gigi kanak-kanak yang berkualiti seperti yang ditawarkan oleh Kodomo Lion. Ini kerana ia sesuai untuk pertumbuhan oral kanak-kanak dan gosok selama sekurang-kurangnya dua minit serta lakukan secara konsisten,” kata Loo.

 

Ubat Gigi Kodomo

Ubat gigi kanak-kanak Kodomo didatangkan dalam rekaan menarik dengan Dr. Lion, rakan-rakan dan empat perisa tanpa gula (Strawberi, Anggur, Oren dan Epal) untuk membuatkan proses memberus gigi lebih efektif dan menyeronokkan.

Untuk menjadikan memberus gigi lebih efektif, Kodomo Lion mempunyai dua rangkaian berus gigi – Kodomo Lion Progress dan Soft & Slim bagi peringkat umur berbeza. Ubat gigi dan berus gigi boleh didapati di semua hypermarket, supermarket dan farmasi pada harga RM3.40 hingga RM5.05.

 

Kelebihan Ubat Gigi Kodomo Lion

  1. Membantu mengembalikan mineral dan membaiki masalah karies gigi peringkat awal dalam masa 14 hari.
  2. Xylitol – satu kandungan semula jadi dan selamat untuk meningkatkan kesan florida; membantu menguatkan enamel gigi
  3. Florida Aktif membantu melawan kaviti A
  4. “5% Xylitol + Active Fluoride” membantu memulihari mineral dan membaiki masalah karies gigi di peringkat awal.

Boleh didapati dalam empat perisa buah-buahan bebas gula:

Strawberi, Anggur, Oren, Epal (40g, 80g) Harga Runcit: RM3.40 (40g), RM5.00 (80g)

 

Kelebihan Berus Gigi Kanak-Kanak Soft & Slim Kodomo Lion

  • Butiran khas yang lembut & nipis mengeluarkan sisa makanan & plak sepenuhnya serta lembut pada gusi.
  • Rekaan leher yang panjang dan nipis direka untuk membersihkan semua bahagian dalam gigi, pemegang “Thumb Lock” membolehkan berus gigi dipegang dengan kemas.
  • Didatangkan dengan saiz kepala yang sesuai untuk 3 kumpulan umur:

0.5 – 2 tahun, 3-5 tahun, 6-9 tahun

Harga Runcit: RM5.05

 

Kelebihan Berus Gigi Kanak-Kanak Progress Professional Kodomo Lion

  • Butiran lembut berbentuk bulat menawarkan tahap pembersihan yang efektif.
  • Rekaan leher yang panjang dan nipis direka untuk membersih bahagian belakang gigi dengan lebih berkesan supaya gigi sihat.
  • Didatangkan dengan saiz kepala yang kompak untuk 4 kumpulan umur:

0.5-3 tahun, 3-6 tahun, 6-9 tahun, 9-12 tahun

Harga Runcit: RM3.95

(Visited 1,728 times, 1 visits today)