LISA SURIHANI DUTA MAX FACTOR MALAYSIA #UNLOCKINGREALWOMEN

Baru-baru ini telah berlangsung satu majlis pelancaran salah satu ikon dalam industri kosmestik iaitu Max Factor yang mana kini telahpun berada di pasaran Malaysia. Majlis yang diadakan dalam suasana yang cukup meriah itu turut menyaksikan pelancaran The Max Factor Beauty House, yang mana secara rasminya menampilkan Lisa Surihani sebagai duta Max Factor.

max factor

Menurut Pengarah Pemasaran di Coty Malaysia, Pink Fong, mereka sangat gembira kerana Max Factor kini telah pun berada di pasaran tempatan selepas kejayaan luar biasanya di seluruh Asia.

max factor

“Sebagai perintis dalam industri kecantikan, jenama ini sentiasa memainkan peranan penting dalam menaikkan taraf wanita untuk tampil lebih menarik, menawan dan punya keyakinan diri,” jelas beliau.

max factor

 

Bersempena dengan pelancaran tersebut, kempen #UnlockingRealWomen  turut dilancarkan, di mana diperkenalkan empat orang wanita hebat yang sering menjadi idola di Malaysia iaitu  Kavitha Sidhu(pelakon dan model), Ling Oo (pereka barangan kemas), Raja Nadia Sabrina(blogger) dan, Lisa Surihani (pelakon), selaku duta Max Factor Malaysia.

 

Apa yang cukup menarik, produk kosmetik Max Factor ini dijual secara eksklusif di Watsons Malaysia. Bagi yang mahu mendapatkan kosmetik ini bolehlah jenguk-jenguk di Watson.Pelbagai produk yang ditawarkan, antaranya Foundation, CC Cream, Eye shadow, Eyeliner, Lipstick dan Lipgloss.

 

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang produk Max Factor layari, https://www.maxfactor.com/int/