KUAT BERPELUH MASA TIDUR? INI PUNCANYA!

TENTU ADA DI ANTARA KITA YANG TERJAGA PADA MASA TIDUR DAN MENDAPATI BADAN KUYUP DIBASAHI OLEH PELUH, SEDANGKAN KITA TIDUR DI DALAM BILIK YANG BERHAWA DINGIN. APAKAH PUNCA YANG MENJADIKAN KITA KUAT BERPELUH?

 

Berpeluh pada malam hari atau ketika tidur boleh disebabkan oleh banyak perkara. Apabila keadaan ini sering terjadi, kemungkinan besar kita mengalami gangguan kesihatan. Masalah kuat berpeluh juga boleh terjadi kepada kaum wanita yang memasuki masa menopaus.

BERIKUT BEBERAPA PERKARA YANG BOLEH MEMBUATKAN KITA KUAT BERPELUH PADA MALAM HARI:

 

  1. SUHU BADAN DAN SUHU BILIK

Disebabkan suhu badan kita yang meningkat disebabkan suhu bilik tidur yang terlalu panas juga boleh menjadi salah satu punca kita kuat berpeluh pada malam hari. Lagipun, biasalah suhu badan kita akan berubah-ubah ketika tidur.

 

Perkara ini disebabkan pada tahap tidur tertentu, sistem saraf otonomi yang berfungsi mengatur suhu badan, denyutan jantung, tekanan darah dan lain-lain lagi akan terstimulasi sehingga suhu badan kita pun jadi meningkat.

 

Namun, ada sebahagian daripada kita akan mengalami penurunan suhu pada waktu subuh.

kuat berpeluh

 

  1. MASALAH SLEEP APNEA

Salah satu gangguan tidur yang boleh membuatkan kita berpeluh ialah kerana gangguan sleep apnea. Ketika masalah ini terjadi, kita biasanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Keadaan ini membuatkan kita memerlukan tenaga dan usaha ekstra untuk bernafas.

kuat berpeluh

 

  1. PERUBAHAN HORMON/MENOPAUS

Perubahan hormon juga boleh menjadi penyebab wanita berpeluh pada malam hari terutama wanita yang berusia 40 tahun ke atas. Hot flashes atau kulit kemerahan dan panas merupakan gejala menopaus.

kuat berpeluh

  1. KANSER

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui bahawa berpeluh pada malam hari juga merupakan tanda-tanda awal dari beberapa jenis kanser.

Jenis kanser yang paling dekat berkaitan dengan berpeluh pada malam hari ialah kanser limfoma.

kuat berpeluh

 

  1. HIPOGLIKEMIA

Gula darah rendah di bawah paras normal juga boleh membuatkan kita jadi kuat berpeluh pada malam hari.

Biasanya orang yang menggunakan insulin atau ubat diabetis oral lebih mengalami masalah hipoglikemia pada malam hari yang salah satunya petandanya adalah kuat berpeluh pada malam hari.

Selain itu, berpeluh ketika tidur juga boleh disebabkan mimpi buruk, rasa pening atau sakit kepala ketika bangun tidur.

kuat berpeluh

 

Itulah beberapa penyebab kuat berpeluh ketika tidur pada malam hari. Jika keadaan berlarutan sehingga menganggu tidur dan diserta petanda-petanda lain yang mencurigakan, jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

BACA: KETIAK HANGIT? KETAHUI PUNCANYA YANG MENGEJUTKAN!