TIMEWISE® MIRACLE SET 3D™ REVOLUSI KULIT CANTIK ANTI-AGING

TimeWise® Miracle Set 3D™ adalah revolusi kulit cantik anti-aging terkini daripada Mary Kay. Ia dikatakan mampu mempertahankan, memperlambatkan dan membuktikan kulit anda kelihatan muda lebih lama.

 

Sebagai wanita kita pasti mahu memiliki kulit yang sentiasa sihat dan cantik. Namun, tanpa disedari pertambahan usia membuatkan pengeluaran kolagen di dalam tubuh menjadi semakin berkurangan.

 

Dan tahukah anda yang hanya 20 peratus penuaan kulit yang kelihatan disebabkan proses penuaan semulajadi? Ini bermakna faktor lain datang dari kehidupan seharian. Sinaran UV, pencemaran, debu, pemakanan, merokok, kekurangan tidur dan tekanan – semua ini merupakan faktor yang mempercepatkan proses penuaan, yang boleh membawa kepada penuaan kulit pra-matang. Disebabkan kita tak dapat menghentikan masa, Mary Kay telah menemui cara untuk kita melambatkannya.

kulit cantik

Rahsia Kulit Cantik Dengan TimeWise® Miracle Set 3D™

* MEMPERTAHANKAN kulit dari radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit dengan khasiat pelbagai antioksidan.

 

* MEMPERLAMBATKAN penuaan yang jelas dengan perlindungan UVA/UVB yang Kompleks Age Minimize 3D eksklusif.

 

MEMBUKTIKAN keberkesanan dengan pelbagai tanda penundaan penuaan dalam empat minggu dan lebih jelas lagi sepanjang penggunaan.

 

Kompleks eksklusif Age Minimize 3D™ Complex terkandung dalam setiap produk dan menampilkan tiga bahan inovatif:

  • Encapsulated resveratrol menyediakan khasiat antioksidan sebanyak 3 kali, di samping membantu warna kulit lebih sekata dan menyokong penghasilan kolajen kulit semulajadi. **
  • Vitamin B3 terkenal sebagai pencerah berkuasa tinggi yang juga bertindak sebagai antioksidan.
  • Pepitda menentang-penuaan menyokong penghasilan kolajen semulajadi dan elastin** untuk rupa yang lebih remaja dan mantap.

kulit cantik

Rejimen Pertahanan Kulit Dari Radikal Bebas Paling Berkuasa

Setiap produk menampilkan Kompleks Age Minimize 3D dan bertindak sebagai antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas di permukaan kulit. Setiap langkah dirumus khas untuk bekerjasama demi memberi anda asas memiliki kulit cantik.

 

TimeWise® Miracle Set 3D™ boleh didapati dalam 2 formula: kering ke normal dan kombinasi ke berminyak.

Khasiat Dalam Setiap Langkah:

Langkah 1:

Pencuci 4 dalam 1 TimeWise® Age Minimize 3D™ RM115

4 Manfaat Untuk Kulit

Membuang ejen-ejen pemalapan kulit .

Membuatkan kulit terasa bersih.

Mengelupas kulit lama yang kusam.

Kulit kelihatan cerah.

 

Pilih formula yang sesuai dengan kulit: Normal ke kering untuk melegakan kulit di samping membersih atau kombinasi ke berminyak untuk membuang minyak berlebihan tanpa pengeringan.

 

Langkah 2:

Krim Siang TimeWise® Age Minimize 3D™ SPF 30 (RM 139)

Krim menambah kelembapan ini membantu melambatkan kesan jelas penuaan. Ia juga menyediakan perlindungan spektrum UVA/UVB yang meluas.

 

Mampu menyegarkan kembali rupa kulit agar kelihatan semulajadi dan muda remaja serta membantu membaiki garisan halus dan kedut. Di samping membantu kulit kelihatan agar lebih mempersona sepanjang hari dengan pelembapan 12 jam berterusan.

 

Langkah 3:

Krim Malam TimeWise® Age Minimize 3D™ (RM 139)

Krim menambah kelembapan agar kulit lebih segar dengan aura muda dan semulajadi membantu mengurangkan garis halus dan kedut. Apabila dipakai pada waktu malam, ianya bertindak semasa kulit anda membina semula sel-sel.

Bangun dengan kulit yang tampak lebih sihat, gebu dan lebih menawan. Krim yang tidak berminyak ini melembapkan selama 12 jam.

 

Langkah 4:

Krim Mata TimeWise® Age Minimize 3D™ (RM 135)

Krim mata ini menolong memperbaiki kesan penuaan dan kepenatan yang jelas, termasuk lingkaran hitam di bawah mata, bengkak di bahagian bawah mata, garis halus dan kedut. Kulit tampak lebih anjal kerana krim yang meresap pantas ini segera melembapkan dan mencerahkan kawasan mata anda.

 

Tambahan pula, ianya mengekalkan kelembapan di bahagian mata selama 12 jam. Anda akan melihat keberkesanannya dengan pencitraan kulit yang lebih muda remaja secara keseluruhan.

 

Kulit Lebih Awet Muda

“TimeWise® Miracle Set 3D™ mencerminkan bukan sahaja hasil kajian bahan terkini yang inovatif yang mengambil bertahun lamanya, tetapi juga pemahaman bagaimana impak alam sekitar kita ke atas penuaan kulit. Ia telah diketahui yang radikal bebas menyumbang pendan pra-matang kulit, tapi satu skop lebih luas menyebabkan radikal bebas untuk muncul dalam beberapa tahun ini. Bukan sekadar sinaran UV, faktor semulajadi lain seperti ekzos kereta, pencemaran udara, tekanan, kurang tidur dan banyak lagi boleh menyebabkan radikal bebas. Oleh kerana kita tidak dapat menghalang faktor-faktor ini secara keseluruhan, TimeWise® Miracle Set 3D™ menggunakan maklumat dalaman sains kulit terkini nutuk menyediakan pertahanan antioksidan berkuasa di samping membuktikan kesan pelambatan penuaan kulit anda.”

– Dr. Lucy Gildea, Pegawai Saintifik Mary Kay Chief