KULIT LEBIH MULUS BAK SELEBRITI DENGAN MASKER ANJERI

Teringin nak memiliki kulit wajah yang licin, mulus tanpa cela bak selebriti? Rahsianya ada di Masker Anjeri! Sejak sekian lama, ramai tertanya-tanya bagaimana golongan selebriti Asia mengekalkan wajah licin tanpa cela walaupun berdepan dengan jadual kerja yang padat, berjaga lewat malam dan kurang tidur.

Hari ini, rahsia tersebut terbongkar. Masker Anjeri dari Thailand ini merupakan rahsia yang membuatkan kulit wajah golongan selebriti seluruh Asia kelihatan berseri, halus dan lembut.

Dicipta oleh pengasasnya, Thanadon Yingsiriworakun dari Rayanskin International Co. Ltd., jenama masker untuk penjagaan kecantikan berpangkalan di Thailand ini, menjadi ikutan dalam kalangan selebriti di Thailand dan Asia Tenggara, termasuk China, di mana ia meraih tempat utama di hati penggunanya.

Masker Anjeri

Sudah Ada Di Pasaran Tempatan

Siri masker Anjeri yang bakal memasuki pasaran Malaysia termasuk Anjeri Gold Facial Mask, Anjeri Silver Facial Mask, Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask.

Anjeri Gold Facial Mask dan Anjeri Silver Facial Mask dihasilkan 100% daripada sutera semulajadi, dengan komposisi dan strukturnya menyamai kulit manusia.

Ini membuatkan ia lebih hebat berbanding masker konvensional daripada fabrik gentian (woven), memandangkan sutera kurang menimbulkan iritasi, alahan dan kegatalan pada kulit. Dengan ketebalan hanya 0.1 milimeter, kepingan masker Anjeri melekap pada kulit dengan sempurna dan lembut selain selesa pada kulit.

masker anjeri

Duta Jenama Anjeri Malaysia, Venice Min bergambar dengan produk Anjeri.

 

Kulit Lebih Awet Muda

masker anjeri

Anjeri Gold Facial Mask direka untuk menjadikan kulit yang matang kelihatan muda dengan kandungan sumber anti-penuaan dan pencerah daripada bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak Centella Asiatica, ekstrak akar Polygonum Cuspidatum, ekstrak akar Scutellaria Baicalensis, ekstrak daun Camellia Sinensis, ekstrak akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), ekstrak daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), ekstrak bunga Chamomilla Recutita (Matricaria) dan ekstrak bunga Rose Rugosa.

Penggunaan masker ini akan membuatkan kulit lebih lembab, cerah, dan berseri dengan penurunan kedalaman kedut dan pigmentasi selepas hanya 15 minit pemakaiannya yang mengikut masa disarankan.

Mungkin bahan paling menarik dalam masker ini adalah emas 24k, yang diakui mampu memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa sama meningkatkan keanjalan dan pengaliran darah pada kulit, sekali gus mengekang tanda- tanda penuaan.

anjeri masker

Anjeri Silver Facial Mask pula diperkaya dengan bahan pelembap dan pencerah yang hebat dengan kandungan seperti ekstrak Centella Asiatica, ekstrak akar Polygonum Cuspidatum, ekstrak akar Scutellaria Baicalensis, ekstrak daun Camellia Sinensis, ekstrak akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), ekstrak daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), ekstrak bunga Chamomilla Recutita (Matricaria), ekstrak bunga Rosa Rugosa, Pentapeptide-1, Hexapeptide-1, Oligopeptide-1, Ascorbic Acid, ekstrak daun Aloe Barbadensis dan Betaine.

Anjeri Silver Facial Mask mengembalikan semula kelembapan yang hilang bagi menghasilkan kulit yang cerah, licin seperti kulit bayi. Penggunanya bakal menyaksikan saiz pori-pori yang mengecil, kedalaman kedut berkurangan, tiada lagi kulit kemerahan atau merengsa, sebaliknya semakin licin, cerah dan berseri.

Anjeri Gold dan Silver Facial Mask boleh didapati dalam kotak 10 helai keping masker pada harga runcit RM89.00 dan RM86.00.

anjeri masker

 

Anjeri Sleeping Mask diperbaharui dengan gel unik di samping pembungkusan berbentuk kapsul untuk sekali guna. Direka untuk dipakai sebelum tidur, masker ini memberikan penyerapan yang mendalam dan menyeluruh bagi mendapatkan kulit yang berseri, nyaman dan sihat pada sebelah pagi. Siri masker untuk dibawa tidur berasaskan gel ini terdiri daripada Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask yang boleh didapati dalam kotak 16 kapsul pada harga RM89.00 dan RM86.00.

Anjeri Gold Sleeping Mask direka untuk rawatan wajah bagi meremajakan, mencerah dan anti-penuaan. Pengguna akan bangun tidur dengan kulit wajah yang lebih cerah selain tanda-tanda kedut, pigmentasi dan cela yang semakin pudar.

Seperti juga Anjeri Gold Facial Mask, masker Anjeri Gold Sleeping Mask ini juga mengandungi emas 24k yang diyakini mampu memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa sama meningkatkan keanjalan dan pengaliran darah pada kulit untuk menghalang tanda-tanda penuaan.

 anjeri masker

Anjeri Silver Sleeping Mask mengandungi ekstrak buah Cornus Officinalis untuk kulit yang licin. Ia mengandungi bahan-bahan anti-oksidan dan anti-bakteria, selain membantu membuatkan kulit tampak lembut, lembab dan berseri.

 

Dari kiri ke kanan Venice Min (Duta Jenama Anjeri Malaysia), Michelle Yin (Ketua Pegawai Eksekutif Black Belt (M) Sdn Bhd), Mr. Fedric Chin (Pengarah Urusan Black Belt (M) Sdn Bhd) di majlis pelancaran Anjeri Malaysia.

Kulit Kekal Cantik

Semua produk Anjeri mengandungi kod QR unik yang membolehkan pengguna mengimbas dan memastikan produk yang mereka beli asli dari kilang.

“Kami mempunyai matlamat untuk menjadi pendahulu dalam produk masker di Asia Tenggara. Sejumlah besar selebriti yang menjadi pengguna kami adalah bukti testimoni kepada kualiti produk kami.

“Dengan Anjeri, kulit seakan-akan anda membuat rawatan muka setiap hari dengan hasil yang tiada bandingan. Anda hanya perlu mencuba sekali untuk mempercayai apa yang diperkatakan tentang produk ini dan melihat sendiri mengapa ia menjadi kegemaran para selebriti,“ kata Michelle Yin, Ketua Pegawai Eksekutif Black Belt Idea (M) Sdn. Bhd., pengedar masker Anjeri di Malaysia.

anjeri masker

Michelle Yin membuat demo mengenai cara pemakaian facial mask dan berkongsi tentang faedahnya.

“Sudah tentu satu penghormatan apabila dipilih menjadi ‘wajah’ masker Anjeri di Malaysia. Masker ini sangat mudah bagi saya mengekalkan kulit yang cantik walaupun berdepan dengan gaya hidup sangat sibuk. Saya memperoleh seri wajah yang seumpama selepas rawatan muka tanpa berbelanja lebih atau perlu melangkah keluar dari rumah,” kata Venice Min, Duta Anjeri Malaysia.

anjeri masker

Rangkaian lengkap topeng kecantikan Anjeri kini boleh didapati di www.anjeri.com.my

Untuk maklumat lanjut layari

Facebook: https://www.facebook.com/anjerimalaysia/

Instagram @anjerimalaysia_official

#AnjeriMalaysia

 

(Visited 2,710 times, 1 visits today)