MAYBANK ANJUR PERTANDINGAN DI SMULE BAGI LAGU MAYBANKJOMRAYA

BERIKUTAN SAMBUTAN HANGAT YANG DITERIMA PADA TAHUN 2016 BAGI LAGU MAYBANK JOMRAYA, MAYBANK TELAH MENERBITKAN SEMULA VIDEO BARU MAYBANKJOMRAYA YANG MENGETENGAHKAN KANAK-KANAK SEBAGAI FOKUS UTAMA.

 

MaybankJomRaya, ialah satu inisiatif yang dicipta mengunakan melodi lagu korporat Maybank yang dimainkan setiap hari melalui pelbagai platform di semua pejabat di seluruh dunia.

 

Lirik lagu MaybankJomRaya yang telah menyentuh hati pendengar menumpukan pada nilai-nilai yang menjadi asas kejayaan Maybank. Antara nilai-nilai yang dipaparkan adalah nilai keluarga, harapan, kesyukuran dan kebersamaan untuk perayaan Hari Raya yang akan datang.

 

Emosi yang menyayat hati dalam video ini dibangkitkan melalui anak-anak yang menyampaikan mesej menggunakan muzik dimana lagu tersebut menunjukkan Hari Raya sebagai perayan yang menerapkan nilai-nilai pengampunan, kebahagiaan, kegembiraan, dan kesyukuran.

 

Hari Raya merupakan hari di mana semua bersatu tanpa mengira bangsa atau agama untuk meraikan perayaan yang bahagia ini.

 

MaybankJomRaya

 

VIDEO MAYBANKJOMRAYA MENUNJUKKAN PELBAGAI ADEGAN HARI RAYA

Keunikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan bangsa terserlah dengan cara perayaan tersebut yang disambut oleh lebih daripada 30 juta orang dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan dari pelbagai budaya, agama, latar belakang dan bahasa.

 

Tiada cara yang lebih baik untuk menunjukkan sentimen tersebut di mana ia digambarkan melalui mata kanak-kanak yang suci dan murni.

 

Video MaybankJomRaya tahun ini yang menunjukkan pelbagai adegan Hari Raya bermula daripada persiapan bagi musim perayaan yang diambil dari perspektif seorang kanak-kanak.

 

Melalui video ini, mesej penting mengenai nilai-nilai kehidupan seperti perpaduan, persahabatan, dan penghormatan yang telah lama diterapkan sebagai asas yang menyatukan semua rakyat Malaysia, ASEAN dan warga dunia.

 

Bagi memastikan terdapat sentuhan peribadi dalam video tersebut, ia menampilkan anak-anak perkerja Maybank sendiri yang secara langsung memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan bakat terpendam.

MaybankJomRaya

PERTANDINGAN DI SMULE  DNGAN MEMUAT NAIK VIDEO LAGU MAYBANKJOMRAYA

Akan tetapi, sambutan ini tidak lengkap tanpa penglibatan keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja. Oleh itu, Maybank telah mencipta satu pertandingan di Smule di mana para peserta boleh memuat naik video mereka menyanyi lagu MaybankJomRaya. Pertandingan ini terbuka kepada warganegara empat (4) negara – Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

 

Pertandingan tersebut akan bermula pada hari pertama Hari Raya (25 Jun). Pelbagai hadiah menarik ditawarkan oleh Maybank yang akan menambahkan lagi kegembiraan bagi musim perayaan ini!

 

Sejajar dengan semangat Hari Raya, Maybank bukan sahaja mengeluarkan video dan menganjurkan peraduan, malah mereka juga berusaha untuk membangunkan dan menyatukan komuniti-komuniti di seluruh Malaysia.

 

Youtube:

Regional – https://youtu.be/rwWsAhgv_II

Malaysia – https://youtu.be/hPS-XlGeWFw

 

Facebook:

https://www.facebook.com/Maybank/videos/1595445527154937/

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook