LAMPU PHILIPS KINI DI LAZADA MALAYSIA

Philips Lighting (Euronext Amsterdam ticker: LIGHT), peneraju global industri pembuatan lampu hari ini mengumumkan pelancaran rasmi e-stor khasnya di Lazada Malaysia, gedung membeli-belah dalam talian nombor satu di negara ini yang menerima lebih 25 juta kunjungan sebulan.  

Kerjasama ini menandakan satu langkah penting bagi Philips Lighting dan industri lampu di Malaysia. Ini kerana ia menawarkan satu saluran serba baharu untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada golongan pembeli secara dalam talian yang kian meningkat dengan menawarkan rangkaian lampu yang komprehensif untuk kegunaan dalam dan luar bangunan.

lampu

Mr. Alok Ghose Managing Director, Philips Lighting (kiri) dan Mr. Kevin Lee Fong Siang, COO of Lazada Malaysia (kanan) sewaktu melancarkan e-store Philips Lighting di Lazada.

LIKE & SHARE MAMANET

BACA: 5 CARA ANAK MUDAH TIDUR

PASARAN LAMPU TERHUBUNG DENGAN LET’S GET CONNECTED

Pengarah Urusan Philips Lighting Malaysia dan Singapore, Alok Ghose memberitahu kerjasama ini selari dengan kedudukan syarikat selaku peneraju dalam pasaran lampu yang terhubung, bersesuaian dengan temanya pada tahun ini iaitu Let’s Get Connected!

“Philips Lighting mahu mengambil langkah utama dengan memperkenalkan pelbagai produk lampu pintar, sekali gus menjadikannya sebahagian daripada ekosistem Internet of Things (IoT) dalam usaha menawarkan pengalaman yang terbaik kepada pengguna. Tema tahun ini merupakan kemuncak dari pelan 3-tahun yang telah kami mulakan pada 2015 dengan Let’s Go Green diikuti dengan Light Beyond Illumination pada tahun 2016.” kata Ghose.

Jelas beliau lagi, kerjasama dengan Lazada Malaysia memberi peluang terbaik kepada Philips Lighting untuk meneroka segmen pasaran e-Dagang dan mencipta perolehan perniagaan yang baharu. Pada masa yang sama menawarkan pengalaman membeli lampu yang lebih menarik kepada pengguna di Malaysia menerusi platform tersebut.

Menurut agensi statistik terkemuka dalam talian Statista, perolehan e-Dagang di Malaysia dijangka berkembang pesat kepada lebih USD2 bilion (RM8.9 bilion) menjelang tahun 2020, daripada USD991  juta (RM4.4 bilion) pada masa sekarang.

“E-Dagang dilihat kian berkembang pantas dan menjadi penyumbang utama kepada trend peruncitan omni. Selaku peneraju dalam pasaran lampu yang terhubung, kami mahu sentiasa berada di hadapan dengan menjadi syarikat lampu pertama meneroka segmen yang sedang berkembang ini.

“Menerusi kerjasama Philips Lighting – Lazada, pengguna boleh mengakses dan membeli rangkaian penuh produk Philips Lighting di hujung jari mereka. Mereka juga dijanjikan dengan pengalaman pembelian yang boleh dipercayai melalui penghantaran pantas ke rumah oleh pihak Lazada Malaysia,“ kata Ghose.

Lampu

Mr. Alok Ghose, Managing Director of Philips Lighting

LAMPU UNTUK ORANG BERASA LEBIH GEMBIRA DAN SELAMAT

Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia, Kevin Lee Fong Siang berkata, “Sebagai peneraju dalam e-Dagang, Lazada bukan sahaja menjadi destinasi membeli-belah dalam talian dalam kalangan pengguna, malah ia merupakan platform pilihan buat para peniaga dan jenama. Pelancaran rasmi stor dalam talian Philips Lighting di Lazada Malaysia membuktikan komitmen Lazada Malaysia untuk mengembangkan pilihan jenama dan akses kepada para pelanggan. Kami tidak sabar untuk melihat kerjasama yang menarik dengan Philips Lighting untuk bulan-bulan akan datang.”

Selama lebih 120 tahun, Philips Lighting telah menjadi peneraju dari segi inovasi, menawarkan produk lampu yang penuh makna dengan menggabungkan keperluan orang ramai dengan kepakarannya dalam teknologi lampu, tingkah laku manusia dan kesan biologikal cahaya lampu.

Bagi Philips Lighting, lampu digunakan untuk membuatkan orang berasa lebih gembira dan selamat – cahaya yang menghiburkan, memberi inspirasi dan pengetahuan, menjadikan bandar-bandar lebih sesuai didiami serta memenuhi keperluan harian manusia.

Selain melancarkan e-stor khasnya di Lazada Malaysia, Philips Lighting ada menganjurkan Hari Rakan-rakan Kongsi untuk lebih 140 pengedar di seluruh negara. Sempena pelancaran e-stor khas itu, Philips Lighting juga menawarkan satu siri promosi yang menarik buat pelanggan Lazada Malaysia.

Dengan pelancaran hari ini, diskaun sehingga 66% boleh dinikmati ke atas setiap pembelian produk Philips Lighting secara dalam talian di Lazada Malaysia, sah sehingga stok masih ada. Bukan itu sahaja, 100 pembelian pertama akan menerima dua keping tiket wayang jika jumlah keseluruhan pembelian mereka melebihi RM100 – tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman web: www.lazada.com.my/philips-lighting-official-store