Ayuh, Langsingkan Tubuh Anda Dengan Diet Atkin

Diet AtkinDiet Atkin? Tahu tak apa sebenarnya yang dikatakan Diet Atkin? Kalau belum jelas, biar Mamanet ceritakan sikit, mana tau ada di antara kita yang mahu menurunkan berat badan dengan cara Diet ini.

Apa Itu Diet Atkin?

Diet Atkin merupakan salah satu jenis diet yang dikatakan mampu menurunkan berat badan serta cukup menyihatkan.Diet atkin telah diperkenalkan oleh seorang doktor bernama Robert Coleman Atkins pada tahun 1970. Diet Atkin cukup popular kerana dikatakan dapat menurunkan berat badan dalam waktu singkat. Ia adalah jenis program diet tinggi protein, rendah karbohidrat.

 

Biasanya orang yang mengamalkan diet Atkin akan menghindari ataupun mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi unsur karbohidrat dan lainnya seperti kentang, jagung, roti dan nasi. Untuk mencegah daripada mengambil makanan tersebut biasanya mereka akan mengambil makanan yang lebih banyak mengandungi protein.

 

Baca juga: Scarlett si ibu penyayang redah api demi anak

 

Diet ini sebenarnya cukup ringkas dan unik, kerana dalam proses diet kita dibenarkan untuk menikmati makanan yang berlemak, dan mengurangi makanan berkarbohidrat.

 

Tujuannya supaya tubuh mampu membakar pengumpulan lemak dengan maksimum dan diubah menjadi sumber energi. Secara tidak langsung pembakaran lemak dengan mengubahnya menjadi energi membuatkan kita dapat menurunkan berat badan dalam waktu yang singkat.

 

5 Tip Supaya Diet Atkin Anda Sukses

  1. Jaga pola pemakanan. Makan seadanya dan tidak berlebihan mengikut nafsu yang nak makan itu dan ini.

Diet Atkin

  1. Jangan lupa, masukkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda. Diet ini adalah diet rendah karbohidrat. Ini bermakna sayur-sayuran boleh menjadi pengganti karbohidrat kerana ia mempunyai kandungan serat yang diperlukan untuk penghadaman yang efektif.

 

 

3. Hindari pengambilan keju yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan sembelit. Ambil dalam jumlah yang secukupnya. Begitu juga dengan gula dan pemanis buatan.

 

Baca juga: Penyebab Jerawat Mudah Tumbuh Di Muka

 

Diet Atkin4. Pastikan anda minum banyak air masak agar tubuh terhidrasi dengan baik. Air membantu tubuh membilas racun sekaligus mengganjal perut agar tidak mudah berasa lapar.

 

 

 

  1. Sertakan protein seperti daging tanpa lemak, ikan, dan telur. Pastikan bahan makanan tersebut dalam keadaan segar dan tanpa pengawet. Di samping itu, di awal program diet cubalah makan putih telur sahaja. Hindari kuning telur ya!

 

p/s: Jika anda ingin diet ini berhasil, anda perlu  mengimbanginya dengan senaman fizikal yang berat secara rutin. Di samping itu teruskan memotivasikan diri sendiri supaya anda lebih yakin bahawa diet Atkin ini bakal merubah diri anda menjadi lebih sihat dan menarik.

Leave a Reply