5 SOLUSI MUDAH LEGAKAN SAKIT KEPALA BERDENYUT DENYUT

PERNAH TAK DISERANG SAKIT KEPALA BERDENYUT DENYUT, RASA MACAM MIGRAIN? SAKIT KEPALA BERDENYUT DENYUT INI BIASANYA DISEBABKAN KETEGANGAN TANPA DISEDARI YANG MENYERANG DI MUKA, LEHER ATAUPUN OTOT-OTOT TENGKUK.

 

Sakit kepala berdenyut-denyut ini biasanya disebabkan ketegangan tanpa disedari yang menyerang di muka, leher ataupun otot-otot tengkuk. Situasi ini menyebabkan rasa sakit kepala yang kuat, dan berterusan menyerang tanpa henti.

 

Kita akan merasakan ketegangan di bahagian dahi, atas kening ataupun di kawasan belakang kepala. Kurang tidur atau stress disebabkan bebenan kerja atau kepenatan fizikal boleh menimbulkan sakit kepala berdenyut-denyut ini.

sakit kepala berdenyut

UNTUK MELEGAKAN SAKIT KEPALA BERDENYUT, CUBA CARA INI

  1. REHAT DALAM RUANGAN GELAP

Istirahat dalam ruangan yang tenang, gelap dengan mata terpejam dapat melegakan sakit kepala.

 

Jika boleh, lelapkanlah mata seketika. Usahakan untuk tidur secukupnya 7- 8 jam supaya kita terhindar daripada masalah sakit kepala ini.

sakit kepala berdenyut

  1. URUT PANGKAL LEHER

Cubalah urut pangkal leher dengan ibu jari. Mulakan dari bahagian tepi telinga terus ke pusat kepala bahagian belakang.

Di samping itu, urut juga dahi pada kedua belah sisi dengan perlahan-lahan. Ia dapat membantu mengurangkan ketegangan dan meredakan sakit kepala berdenyut yang terjadi.

sakit kepala berdenyut

  1. MINUM KOPI

Walaupun minuman berkafein ini tidak elok diambil secara berlebihan, tetapi kopi juga boleh menjadi solusi efektif untuk melegakan kesakitan kepala yang kita alami.

Ini adalah kerana kandungan kopi 40% lebih efektif dikatakan untuk mengubati sakit kepala berdenyut ini

Pastikan kita mengambil tidak lebih daripada 2 atau 3 cawan sehari.

sakit kepala berdenyut

  1. AIS BATU

Tekaplah mata dengan sapu tangan atau tuala yang sejuk dengan menggunakan ais batu pada pada bahagian mata.

 

Ais batu dapat mengurangkan rasa sakit pada kepala. Selain menekap ais batu yang dibungkus dengan sapu tangan atau tuala kecil di mata, kita juga boleh menekapnya di  kepala, dahi, bahu ataupun di bahagian belakang leher.

sakit kepala berdenyut

  1. BUAT STRETCHING

Lakukan senaman peregangan ataupun stretching mampu mengurangkan ketegangan.

 

Otot-otot yang tegang juga boleh menyebabkan munculnya sakit kepala. Oleh sebab itu, cubalah buat stretching supaya otot yang tegang kembali mengendur.

 

Selain itu, kita juga boleh melakukan teknik merelakskan diri iaitu dengan membayangkan pemandangan yang tenang dan damai, meditasi atau tarik nafas dalam-dalam.

sakit kepala berdenyut

Itulah 5 cara atau tip mengurangkan sakit kepala berdenyut-denyut yang boleh dipraktikan. Semoga ia bermanfaat.