LANCONONE® FORMULA HERBA TERKINI BANTU MELEGAKAN SAKIT SENDI

Melegakan sakit sendi dengan herba memang satu berita yang ditunggu-tunggu. Baru-baru ini NuvaLanconone telah menganjurkan satu forum bertajuk “Membongkar Paradoks Sakit Sendi” melalui penyelidikan herba.

Agenda utamanya adalah untuk membincangkan tentang masalah kesakitan sendi artiritis iaitu satu keadaan yang menyakitkan jika tidak dirawat dan bertambah teruk apabila dirawat dengan ubat tahan sakit. Ini adalah dilema seksaan harian yang sering dialami oleh kira-kira 60% penduduk di seluruh dunia yang berumur 65 tahun.

Dr Shalini Srivastava, penyelidik utama Lanconone® berada di Malaysia untuk berkongsi bagaimana formula herba Lanconone ini mampu menawarkan lebih banyak alternatif kepada penderita sendi kronik.

Beliau berkata, “Apabila kami memulakan kajian membandingkan Lanconone® kepada salah satu ubat penahan sakit yang paling terkenal di dunia hari ini, dengan harapan kejayaan kami akan diterjemahkan kepada penyelesaian alternatif yang lebih berkesan tetapi selamat untuk pesakit sakitan sendi di luar sana.”

sakit sendi

Dari kiri Dr Shalini Srivastava, Datin Swanee Teh dan Mr Amol Pathak.

Pesakit Sakit Sendi Degeneratif

Anda mungkin berusia 45 tahun ke atas, berkemungkinan dalam lingkungan lewat 50-an. Anda tidak sakit atau kelihatan seperti seseorang yang tidak sihat. Anda mungkin sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi ataupun kolesterol tetapi siapa sahaja yang tidak mengambilnya pada hari dan zaman ini?

Sebelum kekuatan sendi anda merosot dalam beberapa bulan atau tahun, anda menjalani kehidupan yang aktif dan memuaskan – berjalan kaki setiap pagi, perjalanan jauh penuh aktif, menikmati sukan.

Malahan bermain dengan cucu kesayangan anda. Anda adalah orang yang diharapkan untuk memasak setiap kali keluarga berkumpul, pergi bercuti, mendaki gunung bersama-sama. Ternyata anda masih hidup aktif dan mudah bergerak di usia puncak anda.

Namun, setelah kekuatan sendi anda semakin merosot, sementara atiritis berkembang, maka semuanya mula berubah. Setiap hari berakhir dengan kesakitan yang tidak dapat ditanggung pada lutut, adakalanya terasa kejang.

Kebanyakan orang mengalami kesakitan sendi di lutut mereka, di mana risiko mengalami osteoarthritis lutut seumur hidup kini dianggarkan sekitar 45%. Ada juga yang mengalami sakit sendi di jari, bahu dan belakang.

Setiap hari merupakan satu perjuangan menentang kesakitan sendi kerana anda bertarung antara keupayaan dan kekurangan upaya setiap hari. Anda mahu menyertai keluarga anda membeli belah tetapi terpaksa menyerah kalah kepada kesakitan sendi.

Kebiasaannya, anda akan memasak untuk keluarga anda tetapi kini membeli-belah dan berdiri lama adalah sesuatu yang anda tidak boleh lagi lakukan. Anda mungkin telah kehilangan beberapa kawan kerana sakit sendi anda telah menghadkan keupayaan anda untuk menyertai acara bersama. Tidak lama kemudian, kesakitan sendi anda mengehadkan banyak penglibatan sosial yang pernah menjadi sebahagian dari hidup anda.

Pada ketika ini, anda bersedia menyerah kalah. Paradoks sakit sendi adalah perjuangan yang tidak boleh dimenangi, dilihat dari sudut mana sekalipun.

sakit sendi

Artritis Adalah Degeneratif

Tanpa diketahui ramai, artritis bukanlah sekadar masalah penuaan. Artritis dengan osteoarthritis adalah bentuk yang paling biasa merupakan penyakit sendi yang aktif dan degeneratif yang menyebabkan tisu sendi menjadi reput pada kadar yang cepat.

 

Tanpa rawatan, artritis biasanya menjadi lebih teruk dari masa ke masa dan boleh mempengaruhi semua sendi utama dalam badan, termasuk tulang belakang, tangan, pinggul, dan lutut. Risiko pergembangan penyakit sendi degeneratif meningkat dengan usia begitu juga jika anda seorang perempuan dan mempunyai berat badan berlebihan.

 

Sakit sendi adalah punca utama penderitaan penghidap artritis. Sakit sendi memberi kesan kepada pesakit secara fizikal dan mental – memburukkan lagi keadaan adalah persepsi pesakit tentang keadaan mereka sendiri.

 

Menurut kajian yang dijalankan oleh Arthritis Research UK, 80% pesakit mengalami sakit sendi pada kebanyakan hari, manakala 60% pesakit mengalami sakit sendi setiap hari. Sakit sendi bukan sahaja seperti hilang keupayaan fizikal malahan menggangu kesihatan mental kerana ia meningkatkan tekanan, kesusahan dan kemurungan di kalangan penghidap artritis.

 

Pengurusan Sakit Secara Konvensional

Ubat ubat penahan sakit NSAIDs (ibuprofen, naproxen, celecoxib, etoricoxib) adalah ubat yang paling biasa diberikan untuk mengatasi kesakitan sendi, menjadikannya industri bernilai berbilion di seluruh dunia. Malah, dianggarkan sebanyak 70% individu berusia lebih 65 tahun mengambil NSAID sekurang-kurangnya sekali seminggu, dengan kira-kira separuh daripada kumpulan ini mengambil NSAID setiap hari.

 

Oleh kerana artritis merupakan penyakit kronik dan degeneratif, tidak hairanlah ramai pesakit bergantung kepada ubat penahan sakit ini secara berkala untuk mengatasi sakit sendi mereka. Walaupun NSAID berfungsi untuk melegakan simptom kesakitan sendi, bukti baru telah menunjukkan kesan buruk jika diambil untuk jangka masa panjang.

 

Pada tahun 2006, Osteoarthritis Research Society International (OARSI) membentuk sebuah jawatankuasa antarabangsa untuk mengkaji semula semua garis panduan yang relevan dan bukti saintifik untuk rawatan osteoarthritis. Berdasarkan bukti yang menunjukkan fungsi sendi semakin merosot, dan peningkatan keperluan penggantian pinggul dan lutut pada pesakit osteoartritis yang mengambil NSAID, jawatankuasa telah menasihatkan untuk tidak menggunakan NSAID untuk rawatan jangka panjang osteoarthritis.

 

Membongkar Gengaman Paradoks Sakit Sendi

Ini meninggalkan pesakit Artritis dalam gengaman Paradoks Sakit Sendi. Anda mahu melegakan kesakitan sendi anda, tetapi keselesaan ubat penahan sakit sebenarnya memburukkan lagi keadaan anda. Menjalani kehidupan seperti ini  adalah beribu-ribu pesakit sakit sendi, tanpa harapan untuk penyelesaian alternatif yang berkesan atau selamat.

 

Lanconone® adalah formula herba sakit sendi yang dikaji secara klinikal yang telah diuji melawan ubat tahan sakit NSAID, ibuprofen. Didapati bahawa ubat herba ini berfungsi dengan cepat dan berkesan seperti ubat  NSAID untuk melegakan kesakitan sendi sementara menyokong pemulihan sendi pada masa yang sama.

 

Terdiri daripada tujuh herba Ayurvedik yang disahkan dalam satu formula yang dipatenkan, Lanconone® kini boleh di dapati di Malaysia.Penyelidikan mengenai Lanconone® bermula sedekad yang lalu dengan kajian terbaru terhadap Ibuprofen yang diterbitkan dalam jurnal Trials 2016.

 

Lanconone® menonjolkan kemampuannya untuk memberikan kelegaan  sakit sendi sepantas Ibuprofen. Selain daripada melegakan kesakitan, fungsi sendi  di kalangan pesakit sebenar dengan osteoarthirtis juga didapati bertambah baik selepas 12 minggu rawatan dengan Lanconone®. Keputusan ini menunjukkan keupayaan Lanconone untuk membolehkan sendi membaiki dirinya. Formula herba ini sesuai untuk vegetarian dan yang paling penting, ia telah terbukti selamat.

 

Datin  SwaneeTeh, seorang ahli farmasi dan terapi semulajadi yang juga Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn. Bhd turut  berkongsi cerita, “Artritis adalah penyakit sendi yang dahsyat, yang perlahan-lahan menghisap semua warna dalam kehidupan seseorang.

 

Ia boleh merubah walaupun orang yang positif menjadi bayang-bayang diri mereka kerana gejala utama sakitan sendi – merosakkan keupayaan diri, mobiliti dan kehidupan normal pesakit sedikit demi sedikit, hari demi hari.

 

Bukan sahaja pesakit yang terjejas, malahan keluarga juga turut terkesan kerana 76% daripada pesakit yang mengalami artritis tidak dapat menyertai aktiviti bersama keluarga mereka. Bayangkan cucu anda tidak mempunyai atauk dan nenek untuk berjalan-jalan, bermain malahan pergi bercuti bersama.

 

Nuvanta diberi penghormatan untuk bekerjasama dengan Enovate Biolife dalam membawa penyelesaian semulajadi yang terbukti secara klinikal seperti Lanconone® ke Malaysia.

 

Turut hadir pada majlis itu adalah Amol Pathak seorang ahli farmasi berdaftar dan Pengarah Bersekutu Enovate Biolife. Amol telah memperjuangkan produk asli India selama hampir dua dekad di hampir empat puluh negara di seluruh dunia.

 

“Semua orang mahu mencari penyelesaian untuk masalah ini kerana artritis melemahkan semua orang – secara fizikal, mental dan kewangan. Sebagai seorang ahli farmasi, saya telah mengamalkan perubatan Barat sebagai satu-satunya cara penyelesaian. Saya gembira berada di sini hari ini untuk berkongsi alternatif, ubat-ubatan Ayurvedic yang terbukti secara klinikal dalam bentuk Lanconone®.

 

“Berita baiknya adalah, YA ada cara lain untuk menyelesaikan paradoks sakit sendi ini dengan berkesan dan selamat. Sekarang, anda tidak perlu membuat pilihan yang mengerikan antara menderita sakit sendi atau menambah kerosakkan artritis anda atau mencederakan perut atau buah pinggang anda,” jelas beliau panjang lebar.

 

Testimoni

Eddie Choong, Bapa Serena C’s:

“Saya sudah mengambilnya (Lanconone) secara tetap sejak 3 minggu lalu. Sakit belakang di awal pagi sudah kurang dan pergerakan saya lebih baik kini.”

 

Datuk Hafidz Roshdi, Mohd Jabar @ Ibrahim b Ismail:

“Lanconone adalah yang terbaik: kesannya dapat dirasai dalam tiga atau empat hari sahaja. Saya boleh berjalan lebih jauh dan menunaikan solat dengan selesa, dan Alhamdulillah tiada sebarang kesan sampingan yang saya, seorang warga emas rasai. Tahniah Lanconone!”

 

Lanconone dijual pada harga RM160 sebotol yang mengandungi 50 biji kapsul. Ia boleh didapati di Guardian, Caring, AA dan farmasi-farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.

Artikel ini dibawakan dari bahagian Nuvaceuticals Nuvanta (email: pharmacist@nuvanta.com)

BACA: BADAN MULA RASA SAKIT, CUBA PETUA TRADISIONAL INI!