LIFEBUOY MENINGKATKAN TARAF KEBERSIHAN KANAK-KANAK DENGAN PROGRAM MEMUPUK TABIAT

Sempena Hari Cuci Tangan Global Ke-11, Lifebuoy, sabun mandian cecair No.1 Malaysia, memacu perubahan tabiat positif mencuci tangan dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Ini adalah selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit seperti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan juga untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

 

Oleh sebab tangan kita selalunya menyebarkan 80% daripada penyakit berjangkit umum, penjagaan kebersihan tangan secara berkesan terus diakui secara universal sebagai kaedah paling bijak, paling menjimatkan kos untuk mengawal jangkitan.

Kita terdedah kepada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan penyakit menerusi permukaan yang kita sentuh setiap hari. Antara penyakit paling mudah dijangkiti yang boleh disebarkan menerusi sentuhan ialah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Apabila seseorang yang dijangkiti bersin atau batuk ke dalam tangan mereka, kuman tersembur pada tapak tangan.

Tanpa pencucian tangan yang betul atau menggunakan disinfektan, kuman ini boleh disebarkan kepada orang lain atau benda-benda yang disentuhkan oleh mereka, lantas menyebarkan penyakit berjangkit.

lifebuoy

Tangan kotor medium pemindahan kuman paling utama kena cuci dengan Lifebuoy

Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit & Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Christopher Lee, berkata bahawa tangan tidak bersih dianggap medium pemindahan kuman paling utama. Oleh itu, kebersihan tangan ialah antara faktor penting untuk mengekang pemindahan bakteria, virus dan mikrob lain-lain daripada sumber pencemaran.

“Anak-anak kecil, khususnya, mudah terdedah kepada penyakit berjangkit kerana mereka kurang berhati-hati ketika menggosok mata atau mengesat hidung selepas menyentuh benda atau orang lain. Mereka lebih mudah dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit. Oleh itu, kita perlu mendidik kanak-kanak tentang cara-cara betul menjaga kebersihan dengan mencuci tangan mereka menggunakan sabun dan air secara kerap,” tambahnya.

Beliau berkata, “Disertakan dengan teknik yang betul, amalan mencuci tangan yang mudah ini berkesan mengurangkan patogen yang menyebabkan penyakit dalam kebanyakan situasi. Penjagaan kebersihan tangan yang sewajarnya juga termasuk mencuci tangan pada waktu-waktu tertentu – contohnya, selepas tandas dan sebelum makan. Amalan ini boleh mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit.”

HFMD ialah penyakit endemik di seluruh Malaysia dan merupakan penyakit utama yang mengancam kesihatan awam disebabkan keupayaannya untuk menyebabkan wabak dan kematian dalam kalangan kanak-kanak dan bayi. Kes HFMD di negara kita telah meningkat, dengan kenaikan 28% yang dilaporkan setakat 30 Jun 2018 berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya wabak HFMD, adalah sangat penting untuk menggalakkan pendidikan tentang kepentingan mencuci tangan dengan sabun dan juga impak tangan kotor ke atas jangkitan penyakit.

lifebuoy

Lifebuoy Program Mencuci Tangan “School of 5”

Lifebuoy mempunyai komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menjadikan Malaysia lebih sihat menerusi amalan mencuci tangan yang mudah tetapi berkesan untuk mengawal jangkitan. Selama ini, Lifebuoy telah melabur lebih RM1 juta untuk menggalakkan amalan menjaga kebersihan tangan dengan betul di sekolah rendah dan tadika menerusi Program Mencuci Tangan “School of 5”.

Program ini diilhamkan untuk mempermudah perubahan tabiat bagi menggalakkan kanak-kanak dan keluarga mereka mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun. Sejak permulaan program pada 2015, Program Mencuci Tangan “School of 5” anjuran Lifebuoy telah melibatkan 223,258 kanak-kanak di Malaysia.

lifebuoy

Selain mendidik kanak-kanak tentang tabiat menjaga kebersihan yang baik, Lifebuoy dan Kementerian Kesihatan telah memulakan projek di Sarawak untuk mengukur kesan perubahan tabiat menerusi pendidikan menjaga kebersihan tangan dalam kalangan ibu dan pelajar prasekolah. Menerusi Program di Sarawak ini, Lifebuoy berhasrat untuk menekankan bahawa pendidikan yang berterusan boleh memberi kesan positif ke atas perubahan tabiat dalam kalangan kanak-kanak.

Tinjau selidik yang telah dijalankan melibatkan lebih 2,000 ibu bapa untuk memahami dan mengenal pasti tabiat asas penjagaan kebersihan mereka dan pengetahuan mereka tentang penyakit berjangkit seperti HFMD. Tinjau selidik ini meliputi dua komponen – pratinjau selidik untuk mengenal pasti tabiat penjagaan kebersihan dan pengetahuan mereka tentang HFMD sebelum kami menjalankan program “School of 5” di sekolah anak-anak mereka, dan pascatinjau selidik 21 hari selepas menamatkan program “School of 5”.

“Dipacu oleh matlamat yang lebih besar, Lifebuoy berhasrat untuk menyebarkan maklumat tentang tabiat ini kepada seramai mungkin. Wawasan kami adalah untuk menerapkan tabiat mencuci tangan dengan betul dalam kalangan 1 bilion orang di seluruh dunia menjelang 2020,” kata Vincent Chong, Pengarah Penjagaan Kecantikan, Peribadi & Penjagaan Rumah, Unilever Malaysia.

Dengan meningkatkan kefahaman kita tentang kepentingan mencuci tangan dan memainkan peranan proaktif dalam penjagaan kebersihan peribadi, kita semua boleh membantu mengawal penyebaran penyakit berjangkit. Langkah-langkah kecil untuk menjaga kebersihan tangan boleh mencegah jangkitan penyakit dalam jangka masa panjang.