LINDUNGI FAMILI DARIPADA VIRUS FLU DENGAN FLUARIX TETRA

Virus Influenza atau flu menyerang kira-kira 5–10% daripada semua dewasa dan 20–30% daripada kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia[i]. Pemvaksinan dianggap oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu cara paling berkesan untuk mencegah penyakit ini[ii]

 

Batuk dan bersin daripada individu yang menghidap flu ialah antara beberapa cara kita boleh menjadi mangsa kepada kesannya[iii]. Flu ialah jangkitan respiratori yang disebabkan virus influenza daripada keluarga Orthomyxoviridae dan boleh dibahagikan kepada tiga jenis: influenza A, B dan C[iv].

 

Flu sememangnya berleluasa di seluruh dunia, dengan influenza jenis A dan B menyerang kira-kira 5–10% orang dewasa dan 20–30% kanak-kanak setiap tahun; hanya influenza A dan B boleh menyebabkan penyakit kepada manusia1. Di Malaysia, flu lazimnya dilaporkan sepanjang tahun dengan influenza A lebih kerap dikesan berbanding influenza B, tetapi perbezaan tahun ke tahun mungkin mempunyai perbezaan yang agak ketara4.

 

Virus flu muncul sebagai gejala di seluruh badan, menjangkiti hidung, tekak dan paru-paru. Orang yang menghidap flu sering mengalami beberapa atau kesemua gejala berikut: demam, batuk, sakit tekak, hidung berair atau tersumbat, sakit otot atau badan, sakit kepala dan kelesuan[v]. Jangkitan flu boleh berterusan selama satu atau dua minggu, dalam tempoh ini, gejala serius biasanya reda dalam masa dua atau tiga hari[vi].

 

Virus ini boleh mudah tersebar dalam kalangan ahli keluarga – orang dewasa yang dijangkiti virus boleh menjangkiti orang lain mulai satu hari sebelum gejala bermula sehingga lima atau tujuh hari selepas jatuh sakit; kanak-kanak boleh menyebarkan virus hingga seminggu selepas jangkitan.6

virus

Walaupun dianggap penyakit umum, tahap keseriusan flu tidak harus dipandang ringan; gejala mungkin berbeza daripada kesan ringan kepada kerumitan yang sangat serius seperti radang jantung (miokarditis), ensefalitis, atau kegagalan beberapa organ, yang boleh membawa maut[vii],4.

 

Flu boleh menjejaskan sesiapa, tetapi golongon usia tertentu lebih terdedah kepada virus dan kerumitan yang berkaitan, termasuk: orang dewasa yang berusia lebih 65 tahun, individu dengan masalah paru-paru, jantung, hati, buah pinggang, neurologi, isu-isu darah, penyakit metabolik atau endokrin seperti diabetes melitus, individu dengan sistem imun lemah disebabkan masalah kesihatan seperti HIV atau kanser, wanita hamil, kanak-kanak di bawah umur 5 tahun[viii], pekerja kesihatan2 dan mereka yang melawat/ mengembara ke negara-negara pada musim influenza negara tersebut1.

 

Pada tahun 2016, statistik menunjukkan bahawa anggaran seramai 500,000 kematian disebabkan oleh influenza mungkin berlaku setiap tahun 2. Terdapat kira-kira 28,000–111,500 kematian dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun akibat penyakit berkaitan influenza pada tahun 2008[ix].

 

Ketidakhadiran yang disebabkan oleh jangkitan flu ialah kesan umum dan membebankan. Kajian mendapati bahawa murid sekolah tidak hadir sekolah kerana dijangkiti influenza[x],; dan secara purata, individu yang menghidap flu tidak hadir kerja selama 2.8 hari[xi]. ini menunjukkan beban yang besar bagi masyarakat dan individu dari segi kekangan tenaga kerja dan kehilangan produktiviti.

flu

[Dari kiri ke kanan] Ramil Burden (Vice President and General Manager, GSK Pharmaceutical Sdn Bhd), Professor Dr Yasmin Malik (Visiting Senior Consultant, University Malaya Medical Centre) dan Dr Rupert Jakes (Medical Affairs Director, Vaccines, GSK Pharmaceutical Sdn Bhd) di majlis pelancaran Fluarix Tetra

Virus Flu Jadi Masalah Pada Pesakit Yang Mudah Terdedah

“Flu boleh menjadi masalah yang teruk, terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam profil pesakit yang mudah terdedah,” kata Profesor Dr Yasmin Malik, Perunding Pelawat Klinikal Kanan, Pusat Perubatan Universiti Malaysia. “Walaupun mereka tidak dimasukkan ke hospital, seseorang yang dijangkiti influenza mungkin kemudiannya mengalami kerumitan serius seperti serangan jantung atau strok. Dengan adanya vaksin “flu”, risiko ini boleh dikurangkan[xii].”

 

Vaksinasi diperakui secara meluas sebagai cara untuk melindungi orang dewasa dan kanak-kanak daripada penderitaan akibat pelbagai jenis strain influenza, lantas membantu mengurangkan penyebaran penyakit dan risiko kerumitan, melindungi ramai orang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penggunaan vaksin flu sebagai salah satu daripada cara paling berkesan untuk mencegah penyakit influenza2. Fluarix Tetra, ialah vaksin flu kuadrivalen tidak teraktif (QIV) keluaran GSK Pharmaceutical Sdn Bhd, yang kini boleh didapati di Malaysia.

virus

Flurix Tetra Vaksin Lindungi Orang Dewasa Dan Kanak-kanak

“Ramai di antara kita pernah menanggung kesan negatif flu, sama ada secara langsung atau melalui orang tersayang,” kata Dr Rupert Jakes, Pengarah Hal Ehwal Perubatan, Vaksin, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd, Malaysia. “Sebagai pemimpin yang komited dalam pencegahan penyakit dan inovasi vaksin, GSK berbangga untuk memperkenalkan Fluarix Tetra, vaksin flu tidak teraktif yang diluluskan untuk pengimunan secara aktif dalam usaha melindungi orang dewasa dan kanak-kanak daripada risiko influenza.”

 

Berbeza daripada vaksin tidak teraktif trivalen (TIV), yang mengandungi dua strain influenza A dan satu strain influenza B, Fluarix Tetra merangkumi dua strain A dan dua strain B. Ini memberikan perlindungan langsung dan meluas terhadap empat strain yang menyebabkan hampir semua kes global influenza bermusim [xiii].

 

Apabila dibandingkan dengan TIV, kajian mendapati bahawa Fluarix Tetra menghasilkan tindak balas imun serupa berbanding tiga strain yang terkandung dalam vaksin TIV dan QIV[xiv], dan tindak balas imun lebih tinggi terhadap strain B tambahan, tanpa menjejaskan tindak balas mana-mana antigen yang dikongsi.[xv] Fluarix Tetra disyorkan untuk melindungi orang dewasa dan kanak-kanak berusia lebih 3 tahun, dan boleh diterima dengan baik oleh kanak-kanak15, dewasa dan warga tua[xvi].

 

“Virus influenza sentiasa berubah, sebab itulah seseorang boleh mengalami “flu” lebih daripada sekali[xvii]. Vaksinasi tahunan, terutamanya  pada musim “flu”, adalah satu cara melindungi diri anda, keluarga dan rakan-rakan yang mungkin lebih terdedah kepada virus “flu”2,” tambah Dr Rupert. “Dengan menyasarkan strain “flu” yang mempunyai kesan paling besar, Fluarix Tetra boleh membantu memberikan perlindungan lebih baik berbanding ubat TIV terdahulu, sekaligus membantu mengurangkan beban influenza bagi semua ahli keluarga.”

  • [i] WHO. International travel and health. Seasonal influenza and influenza A (H1N1). Tiada tarikh terbitan. [Kali terakhir diakses: 23 Ogos 2017]. Boleh didapati di: www.who.int/ith/diseases/si_iAh1n1/en/index.html

    [ii] WHO. Fact sheet no 211 – influenza (seasonal). (2014). [Kali terakhir diakses: 23 Ogos 2017]. Boleh didapati di: http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs211/en.

    [iii] US Centers of Disease Control and Prevention. How flu spreads. [Kali terakhir diakses: 23 Mac 2017] Boleh didapati di:

    http://www.cdc.gov/flu/about/disease/spread.htm

    [iv] Jamal I-Ching Sam. (2015). Med J Malaysia. 70:3, 127-130.

    [v] US Centers for Disease Control and Prevention. Key Facts About Influenza (Flu). [Kali terakhir diakses: 23 Mac 2017]. Boleh didapati di: https://www.cdc.gov/flu/keyfacts.htm

    [vi] Everyday Health, How Long Does the Flu Last? [Kali terakhir diakses: 22 Ogos 2017]. Boleh didapati di: http://www.everydayhealth.com/flu/guide/how-long-does-the-flu-last/

    [vii] US Centers of Disease Control and Prevention. Flu Symptoms and Complications [Kali terakhir diakses: 23 Mac 2017]. Boleh didapati di: https://www.cdc.gov/flu/about/disease/complications.htm

    [viii] US Centers of Disease Control and Prevention. People at high risk of developing flu-related complications. [Kali terakhir diakses: 21 Ogos 2017]. Boleh didapati di: https://www.cdc.gov/flu/about/disease/high_risk.htm

    [ix] Nair, H. (2011). The Lancet. 378:1917-1930.

    [x] McLean, HQ. et al. (2016) Influenza and Other Respiratory Viruses. 1-10.

    [xi] Keech, M. (1998). Occup. Med. 48: 2 85-90.

    [xii] Smeeth, L. et al. (2004). New Eng J Medicine. 351:2611-18.

    [xiii] GSK. Fluarix™ Tetra SPC QIV. (2014). [Kali terakhir diakses: 23 Ogos 2017]. Boleh didapati di: http://www.medicines.org.uk/emc/medicine/27537/SPC/Fluarix+Tetra/.

    [xiv] Kieninger, D. et al. (2013). BMC Infect Dis. 13: 343.

    [xv] Domachowske, J.B. et al. (2013). J Infect Dis. 207: 1878–1887.

    [xvi] Curran, M. Drugs. 2010. 70:12, 1519–1543.

  • [xvii] US Centers of Disease Control and Prevention. How the flu virus can change: “Drift” and “Shift”. [Kali terakhir diakses: 4 September 2017]. Boleh didapati di: https://www.cdc.gov/flu/about/viruses/change.htm

 

BACA: KERAP DEMAM MALAM INILAH PUNCANYA