MAGNUM HAZELNUT LUXE, SUATU KENIKMATAN SERBA MEWAH DAN LAZAT

Diilhamkan oleh keenakan coklat mewah, Magnum memperkenalkan Magnum Hazelnut Luxe yang baharu, satu ciptaan ais krim yang membayangkan kenikmatan dan kemewahan dengan sempurna.

 

Direka dengan teliti oleh ahli pakar coklat, Magnum Hazelnut Luxe adalah sejenis ais krim kacang hazel yang kaya dan mewah, diperbuat daripada pes kacang hazel gelap yang telah dipanggang dengan sempurna bagi menyerlahkan kekayaan rasa kacang hazel. Disaluti dengan rapi dalam coklat susu Belgium tersendiri Magnum, ciptaan yang sempurna ini dirias dengan kepingan-kepingan kacang hazel karamel yang halus, memberikan keseimbangan rasa, tekstur dan aroma yang sempurna.

 

Aiskrim Magnum yang paling mewah, Magnum Hazelnut Luxe adalah iringan sempurna bagi meraikan setiap detik dengan penuh nikmat.

Magnum Hazelnut Luxe

“Kenikmatan seringkali dianggap sebagai suatu keinginan dan bukan satu keperluan. Kami di Magnum percaya bahawa kenikmatan adalah hak anda, tanpa mengira siapa atau di mana anda berada, kenikmatan adalah satu perkara yang penting dalam hidup anda,” kata Annemarieke de Haan, Pengurus Besar, Unilever Malaysia dan Singapura.

Magnum Hazelnut Luxe

Beliau menambah, “Sebagai pihak yang arif mengenai kenikmatan, kami ingin meraikan dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk #TakePleasureSeriously dengan bertindak secara aktif bagi mewujudkan pengalaman yang nikmat dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak daripada matlamat ini, kami telah menghasilkan setiap ais krim Magnum dengan penuh cermat tanpa mengenal penat lelah, bagi mengubah detik-detik kecil menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan setiap gigitan. Lagipun, hari tanpa nikmat adalah hari yang merugikan.”

 

 

Magnum Hazelnut Luxe menawarkan aroma coklat susu Belgium Magnum

Bekerjasama dengan ‘chocolatier’ Belgium, setiap gigitan mewah Magnum Hazelnut Luxe menawarkan aroma coklat susu Belgium Magnum yang intensif dan kompleks yang dihasilkan daripada koko yang ditanam secara bertanggungjawab dan mampan. Dipadankan dengan nota kacang hazel yang ekspresif dan kaya, ramuan premium ini bergabung untuk memberikan pengalaman nikmat tanpa tandingan yang pasti memuaskan setiap keinginan.

Magnum Hazelnut Luxe

Magnum Hazelnut Luxe dilancarkan dengan keraian penuh meriah di ‘Magnum Pleasure Lounge’, yang digayakan mengikut glamor dan kemewahan ‘Roaring Twenties’. Para tetamu telah diperkenalkan dengan selok-belok pengolahan (tempering) coklat, yang ditunjukkan oleh pakar ‘chocolatier’ Chef Amanda Lim dari Barry Callebaut.

Magnum Hazelnut Luxe

Diiringi lagu-lagu popular dengan sentuhan ‘ragtime’ yang disampaikan oleh sebuah band jazz secara langsung, para tetamu menerokai bakat seni mereka dengan menjadi ‘chocolatier’; mencipta bar coklat susu peribadi yang dihias dengan indah. Sajian pencuci mulut Magnum yang direka khas serta ‘mocktail’ sempurna yang disediakan dengan inspirasi kacang hazel menjadi penutup tirai acara malam yang penuh bergaya ini.

Magnum Hazelnut Luxe

Dari 18 – 22 April 2018, ‘Pleasure Seekers’ di Malaysia juga akan berpeluang untuk menikmati pengalaman mewah ‘Magnum Pleasure Lounge’ di Highstreet, 1 Utama. ‘Pleasure Seekers’ akan berpeluang mencuba Magnum Hazelnut Luxe yang baharu sambil menyelubungi kelima-lima deria mereka dalam kemewahan di ‘Pathway to Pleasure’, mencipta rekaan Magnum khas di ‘Magnum Pleasure Bar’ dan memperibadikan kenikmatan mereka dengan cendera hati Magnum yang istimewa.

Magnum Hazelnut Luxe

Magnum Hazelnut Luxe yang baharu kini boleh didapati di pasar raya dan kedai di seluruh negara dengan harga runcit yang disyorkan sebanyak RM4.50. Kongsi pengalaman kenikmatan anda dengan #MagnumMY dan #TakePleasureSeriously di Facebook www.facebook.com/MagnumMalaysia atau Instagram www.instagram.com/magnum.