6 JENIS HIDANGAN TERBAIK SEBAGAI MAKANAN MASA PERIOD

HORMON WANITA MASA PERIOD MEMANG TIDAK MENENTU DAN SENTIASA TURUN NAIK. PERUBAHAN HORMON TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN KITA JADI MALAS, MUSCLE CRAMS DAN HILANG MOOD! SEBAB ITU MAKANAN MASA PERIOD AMAT PENTING DIBERI PERHATIAN.

 

Keadaan hormon yang turun naik masa period membuatkan keperluan zat dalam tubuh kita pun turut berubah-rubah. Jadi, sebab itulah kita perlu menitikberatkan pengambilan makanan masa period ini. Apatah lagi jika kita mengalami masalah senggugut ataupun PMS. Makanan yang sihat ini dapat mengatasi mood kita yang agak kurang baik masa period.

 

Makanan masa Period

BERIKUT ADALAH PILIHAN TERBAIK SEBAGAI MAKANAN MASA PERIOD

 

  1. MAKANAN KAYA KALSIUM

Kalsium dapat mengurangkan rasa sakit PMS.Pengambilan produk susu, sayuran hijau, tauhu ataupn makanan yang kaya kalsium sangat membantu.

 

Yoghurt, buttermilk, keju,kangkung, bayam dan brokoli boleh dijadikan pilihan makanan sewaktu kita datang period.

Makanan masa Period

 

  1. MAKANAN MENGANDUNGI ZAT BESI

Masa period kita akan kehilangan banyak darah dan berisiko mengalami anemia. Untuk mengatasinya, elok jika kita makan daging merah,ikan, kismis, sereal dan sayuran hijau.

 

Kalau kita memang menyukai daging merah inilah masa yang paling tepat untuk memanjakan lidah dan perut kita yang sebelum ini mungkin kita cuba hindari.

Makanan masa Period

 

  1. AIR MASAK

Jangan remehkan kebaikan apabila kita minum air masak ini. Masa period kita sememangnya perlu banyak minum air masak. Pengambilan dua liter air masak pada setiap hari akan membuatkan kita terhidrasi dengan baik.

Makanan masa Period

 

  1. IKAN

Masa period ikan yang paling bagus kita makan ialah tuna dan salmon. Kedua ikan ini kaya dengan Omega 3 dan memainkan peranan pentig untuk merelakskan otot otot yang mana sangat diperlukan ketika period.

 

Ikan salmon sebaiknya dinikmati sebelum period keran aia akan memberikan efek anti inflamasi yang dapat mengurangkan kembung perut.

Makanan masa Period

  1. TELUR

Makanan yang mengandungi protein juga sangat disarankan diambil ketika period. Telur mengandungi protein yang mampu menjaga sistem hormon dan memberikan kita lebih energi dan fokus walaupun datang period.

Makanan masa Period

  1. BIJAN

Kandungan vitamin E, serat, protein dan asid lemak yang terdapat dalamnya cukup berkhasiat untuk membantu tubuh kita agar sentiasa sihat.

 

Sungguhpun bermanfaat untuk melancarkan perjalanan haid kita, tetapi jangan makan bijan ini secara berlebihan kerana ia mempunyai efek yang akan meningkatkan kepanasan badan kita apabila diambil secara berlebihan.

Makanan masa Period

Selain pengambilan makanan yang tepat masa period, kita juga boleh mengamalkan senaman secara rutin untuk menjaga badan kita agar tetap segar. Badan yang selalu dibawa bersenam biasanya akan lebih bersedia untuk menghadapi serangan senggugut masa period ini!