THE SCHOOL & KakiDIY BERKOLABORASI MELANCARKAN MAKERLAB

The School by Jaya One menubuhkan pasukan bersama KakiDIY untuk melancarkan MakerLAB  pertama yang pernah diwujudkan. MakerLAB merupakan sebuah ruang kerja serbaguna yang menggalakkan pembelajaran, penciptaan, inovasi dan invensi menggunakan sumber sedia ada.

 

Ruang kerja ini akan bertindak sebagai hab, mengumpul orang yang kreatif dan penuh tanda tanya yang suka belajar dan berkongsi apa yang mereka suka lakukan.

 

MakerLAB adalah usaha sulung The Scholl untuk membangunkan pengayaan ilmu bagi kanak-kanak dan remaja yang berusia 6 hingga 16 tahun. Pada bulan-bulan akan datang, penyedia pendidikan dan kurikulum tambahan akan menyertai MakerLAB di tingkat satu The School, menyediakan para remaja ruang untuk meneroka sains.

makerlab

“Kami mahu memulakan langkah pertama dan mengambil STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) ke peringkat seterusnya. MakerLAB akan menjadi hab bagi semua usahawan muda, saintis, pereka, jurutera dan artis untuk mencipta dan membuat inovasi. Dunia adalah mengenai pergerakan ke arah tenaga baharu, dan The School ingin melakukan peranannya dalam memperkayakan generasi muda dalam aspek kesedaran alam sekitar,” kata Charles Wong, Pengarah Eksekutif Tetap Tiara Sdn Bhd, pemaju The School by Jaya One.

makerlab

KakiDIY Menganjurkan Kelas Dan Bengkel Di MakerLAB

Dipimpin oleh KakiDIY, sebuah komuniti terkemuka berkenaan Maker Movement di Malaysia, pereka/pembuat boleh mengikuti kelas dan bengkel seperti seni dan kraf, STEM, Coding, Elektronik, Pertukangan Kayu, Pembuatan Tembikar, Jahitan, Percetakan 3D dan banyak lagi.

makerlab

Ruang ini dilengkapi bilik darjah, kawasan bengkel, worktops, lantai yang kemas, pencahayaan dan sistem pengudaraan yang baik. Di samping itu, kawasan bengkel dilengkapi dengan peralatan elektronik dan pencetak 3D.

makerlab

“Tiga alasan utama orang ramai apabila tidak mahu melakukan DIY (Do-It-Yourself) adalah kerana ‘tidak ada ruang’, ‘tiada alat’ dan ‘tidak ada pengalaman’. Oleh itu, makerspaces adalah penyelesaian yang sempurna untuk masalah ini. Memandangkan The School adalah pusat pengayaan ilmu, ia adalah tempat yang tepat untuk menjadi tuan rumah ala MakerLAB di sini,” kata Johnson Lam, pengasas KakiDIY.

makerlab

MakerLAB adalah fasa pertama untuk mewujudkan budaya kitar guna di kalangan belia. Dengan ruang seluas 3000 hingga 5000 kaki persegi, The School dan KakiDIY akan mengambil inisiatif ini ke fasa kedua, iaitu untuk membina Makmal Kawalan Alam Sekitar untuk menyelamatkan alam semulajadi dengan lebih berkesan. Untuk tujuan ini, The School akan menjadi lokasi kepada semua Mini Maker Faire di Lembah Klang pada masa akan datang.

 

Berikutan pelancaran MakerLAB ini, Mini Maker Faire telah diadakan di KL buat kali pertama pada 25 dan 26 November yang lalu – untuk meraikan seni, kraf, kejuruteraan, projek sains dan budaya DIY. Dihoskan oleh The Scholl dan KakiDIY, perayaan ini dilesenkan oleh Makezine dan disokong oleh TEfourP Enterprise, PCBWay, Dremel Malaysia dan Gurl Studio.

 

Acara ini telah menarik lebih 80 gerai mempamerkan projek pertukangan, produk jualan dan bengkel. Tetamu digalakkan untuk meneroka zon pengalaman – iaitu Zon Kesenian, Zon Teknologi & Elektronik, Zon Sains, Zon Hands On dan Zon Bengkel / Ceramah.

makerlab

Festival dua hari itu turut menampilkan banyak aktiviti DIY untuk merapatkan dan memberi pengalaman buat penukang, seperti String Art, Tangram Puzzles, Making Lime, Building Origami, DIY Hologram, Throwies LED, Membuat Frame Photo Ice Cream Stick, Paper Helicopter Making dan banyak lagi. Terdapat juga sebuah booth Demo dan Drone Experience di tingkat satu The School by Jaya One.

makerlab

Selain itu, para hadirin boleh melihat pelbagai bengkel menarik, terutamanya Pembuatan Helikopter Storm Trooper, Lightsaber, Percetakan 3D, Augmented Reality (AR) / Virtual Reality  (VR), Pematerian dan Pembaikan yang dilatih oleh komuniti KakiDIY.

 

Manakala untuk terus memupuk generasi muda dalam seni dan sains, pelbagai ceramah telah diatur di pentas dengan tema Sains, Drone, Robot dan pengalaman Makers.

 

Laman web Makerfaire.com

BACA: FESTIVAL JEPUN SHICHI-GO-SAN ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA