KOLEKSI PENJAGAAN DIRI MARINI NATURALE MAGIC TERBUKTI BERKESAN!

Penjagaan rambut, muka dan badan perlu dititikberatkan meskipun kami (team travelogue Malaysia) sedang menjalankan misi tugasan yang mencabar. Kami amat bertuah kerana sepanjang program Travelogue Malaysia ke 13 negeri, kami telah dibekalkan dengan produk penjagaan diri yang lengkap daripada Marini Naturale Magic.

 

Produk ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan 100 peratus bebas bahan kimia, tanpa Sodium Lauryl Sulphate (SLS) dan Parabens. Oleh itu sama ada anda  berkulit biasa, berminyak atau sensitif, Marini Naturale Magic memang sesuai untuk anda. Bahkan ia selamat untuk digunakan pada kanak-kanak.

Marini Naturale Magic

Terdapat 48 jenis produk penjagaan diri di bawah jenama Marini Naturale Magic. Bagi siri Travelogue Malaysia – Melaka, kami telah berpeluang mencuba 10 jenis produk Marini Naturale Magic sepanjang tiga hari menjelajah di bumi Melaka.

 

Marini Naturale Magic Membantu Badan Segar Sepanjang Hari

Sebagai permulaan saya mencuba sendiri OB Powder untuk mengelakkan bau badan tatkala berpeluh dalam cuaca panas. Manakan tidak, kami perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan semestinya peluh yang memercik akan menimbulkan bau yang kurang enak.

 

Bahkan jadual kami yang padat tidak membolehkan kami berehat panjang. Pada mulanya memang saya risau takut tidak selesa tetapi mujur ada OB Powder ni. Memang tidak ada bau peluh walau pun tidak mandi dalam tempoh 12 jam.

Marini Naturale Magic

 

Produk kedua yang sempat saya cuba ialah Bidara Rose Geranium Facemist. Kepada orang yang tidak suka memakai bedak muka apatah lagi mekap, mist muka ini memang sangat sesuai. Dengan bau bunga ros yang menyegarkan, muka saya terasa lembab dan segar sepanjang hari.

 

Seterusnya produk yang saya sempat cuba ialah Lipbalm kerana bibir saya mudah kering dan saya tidak begitu gemar memakai gincu. Mujur ada Marini Naturale Magic Lipbalm. Selesai masalah saya dan bibir saya kekal lembab sepanjang hari.

Marini Naturale Magic

 

Selesai misi tiga hari, saya bawa pulang semua produk dan mencubanya satu persatu. Antaranya ialah Manja Bidara Oil yang saya sapu untuk melegakan otot tegang akibat banyak berjalan semasa tugasan. Selepas menyapunya beberapa kali, rasa tegang pada betis dan belakang lutut terus hilang.

 

Selain itu, kini saya sedang mengamalkan Hairmist. Saya memang mengalami masalah rambut gugur dan kelemumur. Semoga dengan memakainya secara kerap, masalah saya akan hilang. Harganya pun amat berpatutan iaitu RM30 sahaja.

 

Setakat ini semua produk Marini Naturale Magic yang saya gunakan memang sangat berkesan dan sangat praktikal untuk keperluan penjagaan badan harian. Memang tidak rugi memilikinya. Dengan harga berpatutan serendah RM10 hingga RM110, anda telah memiliki produk yang sangat berkualiti. Memang berbaloi.

 

Berikut adalah butiran terperinci mengenai 10 produk yang kami gunakan dalam Travelogue Malaysia – Melaka.

Marini Naturale Magic

1. Hairmist (100ml)

  • Melebatkan rambut, melegakan migrane
  • Memberi kesegaran sepanjang hari
  • Tidak menutup pori-pori kulit
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens

 

2. Bidara Rose Geranium Facemist (50ml)

  • Menyegarkan wajah dengan cepat
  • Anti Tekanan
  • Boleh digunakan sebagai antiseptik
  • Melembabkan wajah
  • Semburkan di muka sebelum dan selepas mekap untuk kelihatan bersinar dan kesan yang berpanjangan.
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens

 

3. Tumeric Body Cream (100ml)

  • Untuk melembabkan kulit yang kering
  • Melembutkan klit
  • Memutihkan kulit secara semulajadi
  • Sebagai antioksida
  • Haruman pandan dan kemboja yang menyegarkan
  • Dibuat dari bahan-bahan semulajadi
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens

 

4. OB Powder (30gm)

  • Menghilangkan bau badan tanpa menutup pori-pori dikulit.
  • Boleh digunakan di bawah ketiak, di bawah payudara, di bawah perut dan di kawasan pubik serta untuk kaki yang berbau.
  • Membant mengurangkan kelembapan dan bau-bauan yang tidak selesa.
  • Haruman Minyak Pati Bergamot memberikan anda kesegaran sepanjang hari.
  • Bertindak sebagai pewangi semulajadi
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens

 

5. Manja Bidara Oil (60ml)

  • Membersihkan dan membuang toksin
  • Melegakan ketidakselesaan di bahagian abdomen
  • Melegakan sembelit dan memudahkan penghadaman
  • Baik untuk kesakitan otot dan kesakitan sendi serta arthritis
  • Boleh juga dignakan untuk rawatan rambut dan kulit
  • Baik untuk kekejangan sewaktu haid
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens

 

6. Face & Neck Serum (10ml)

  • Berkesan mengurangkan kedutan
  • Menganjalkan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan garis dan tona wajah tidak sekata
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens

 

7. Kish Kish Lipscrub (20g)

  • Berkesan untuk bibir yang kering dan pecah
  • Melembutkan dan mencantikkan bibir
  • Membuang sel kulit mati
  • Memontel dan memunggilkan bibir
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens

 

8. Lipbalm (15g)

  • Melembabkan bibir
  • Boleh digunakan untuk siku dan tumit pecah
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens

 

9. Sabun Gebu Muntah Belut (55g)

  • Mengurangkan parut dan jeragat
  • Berkesan untuk kulit berminyak
  • Berkesan merawat ekzema pada bayi dan dewasa
  • Pemutih kulit semulajadi
  • Sangat berkesan menyembuhkan jerawat dan masalah kulit yang lain
  • Menghilangkan kesan kehitaman di celah-celah paha dan ketiak
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens

 

10. Chocolate Soap (50g)

  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencantikkan kulit
  • Anti bakteria dan anti oksida semulajadi
  • Memperbaharui tekstur kulit
  • Melindungi kulit dari jerawat dan ruam
  • Sebagai pelembap semulajadi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens

 

Facebook MariniSignatures

Instagram MariniNaturalemagic

BACA: MELAKA DESTINASI SULUNG SIRI COLOUR OF LIVES TRAVELOGUE MALAYSIA