MARY KAY PERKENAL FORMULASI BARU TIMEWISE® REPLENISHING SERUM+C

Inginkan wajah yang lebih licin, cerah, awet muda, sihat dan menawan? Formulasi baru TimeWise® Replenishing Serum+C® daripada Mary Kay ini mampu membantu membuatkan kulit wajah anda menjadi lebih terserlah.

 

Rata-rata kita tahu vitamin C memang baik untuk kita. Malah, kebiasaannya adalah mengambil pil Vitamin C sebagai suplemen. Walau apa pun sebabnya, pengambilan Vitamin C memang banyak membantu kulit dan badan kita.

 

Serum  formulasi baru TimeWise® Replenishing Serum+C® yang kaya antioksidan ini diperhebatkan lagi dengan pati campuran pelbagai botanikal efektif yang mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi.

 

Ia mampu melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang memberi kesan kepada ketegangan dan definisi kulit. Hasilnya, kulit wajah yang lebih terserlah!

 

Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang memberikan pelbagai manfaat, termasuk pertahanan terhadap radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan mencegah penuaan kulit.

 

Kadar Vitamin C yang amat tinggi di dalam serum mampu meningkatkan pengeluaran kolagen. Dengan bantuan kolagen yang kini lebih banyak dalam kulit, ia mengisi garis-garis halus dan kedutan yang seterusnya menghasilkan kulit yang kelihatan lebih muda. Selain itu, pekatan Vitamin C dalam serum banyak membantu dalam meningkatkan kadar lembapan dan memelihara kulit supaya kekal terhidrat.

 

Produk ini tampil dengan botol pam tanpa udara yang inovatif. Ia memastikan tiada udara yang terperangkap di dalam botol dan pegguna yakin mereka mendapat produk yang kekal segar secara maksimum dengan setiap penggunaan.

mary kay

 

Kandungan Yang Terdapat Dalam Timewise® Replenishing Serum+C®

 

  • Ekstrak buah delima (Punica granatum). Buah delima dianggap sebagai “superfruit” kerana jumlah kandungan vitaminnya yang tinggi. Ia turut mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi, vitamin lain dan antioksidan. Buah delima telah digunakan berkurun-kurun lamanya untuk membantu mengurangkan kesan stres oksidatif.

 

  • Ekstrak buah Plum Kakadu (Terminalia ferdinandiana) didapati dari buah plum kakadu, yang dilaporkan memiliki kadar kandungan Vitamin C yang paling tinggi.

 

  • Ekstrak buah Camu Camu (Myrciaria dubia) didapati dari buah yang dikatakan memiliki kadar kandungan Vitamin C yang kedua tinggi dalam dunia buahan. Pokok camu camu tumbuh di hutan malar hijau di Amerika Selatan.

 

  • Ekstrak buah Ceri Acerola (Malpighia punicifolia). Buah ceri acerola memang kaya dengan vitamin A and C. Buah ini mempunyai kuasa antioksidan yang tinggi.

 

  • Ekstrak buah Beri Black Currant (Ribes nigrum). Buah beri black currant mengandungi kadar vitamin C yang tinggi berserta vitamin dan mineral yang lain.

 

  • Ekstrak bijian Argan (Argania spinosa) adalah ekstrak botanikal yang didapati daripada pokok argan. Ia hanya ditemui di Afrika.

 

Cara Menggunakannya:

  • Sapukan rata ke muka anda TimeWise® Replenishing Serum+C® yang dipam sebanyak tiga kali dengan pergerakan atas dan luar.
  • Gunakan tiga pam pada waktu gagi dan tiga pam di waktu malam.

(Serum ini boleh digunakan juga di leher dan kawasan atas dada (décolleté), tetapi ini mungkin memerlukan tambahan serum.)

  • Elakkan kawasan mata.

 

 

Kajian pengguna komprehensif menunjukkan hasil para wanita selepas menggunakan TimeWise® Replenishing Serum+C®.

 

Hasilnya tampak jelas:

90%    berkata kulit mereka lebih terserlah.

89%    berkata kulit mereka kelihatan tegang dan lebih ‘bertenaga’.

86%    berkata kulit mereka kelihan lebih bertona.

79%    berkata kulit mereka tampak lebih muda.

*Keputusan memperlihatkan peratusan wanita yang bersetuju dengan kenyataan-kenyataan selepas kajian pengguna selama dua minggu.

 

Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C® sudah berada di pasaran sejak 1 Januari 2018 pada harga RM280 / 44ml . Info selanjutnya layari:  www.marykay.com.my 

 

BACA: SOLUSI MUKA CANTIK BILA BANGUN TIDUR